Petai antara buah yang menjadi kegemaran ramai. Walaupun berbau tetapi kalau dapat makan memang tak sedar, lagi-lagi jika dibuat sambal atau jeruk. Makan sebagai ulam cicah sambal belacan memang terbaik.
Bagi yang tinggal Di kampung tak ada masalah nak tanam sendiri. Jom baca tip atau petua bagaimana nak dapat petai yang besar-besar isinya.
Gambar hiasan
Menariknya petua yang dikongsi oleh Mayour Garage ini Dipraktikkan oleh bapanya semasa menanam pokok petai. Hasilnya saiz buah besar-besar. Bukan Tu je, pokok pun berbuah rendah, sambil bersila pun boleh petik. Menarik bukan!
Tip Tanam Pokok Petai
Pokok petai bapakku, sambil bersila pun boleh petik.
Petuanya masa pokok baru nak naik dulu bapak akan buang pucuk bahagian atas dengan kaedah pulas. Tanam kena berjarak dengan pokok lain supaya pokok tak berebut dengan pokok lain supaya tak meninggi.
Ads
Baja tak tau bapak pakai baja apa, baja buah la kot… buahnya pun besar-besar.
Mencuba resipi yang diperolehi dari carian di internet, bila hasilnya menjadi pasti seronok rasanya.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Siti Hasmah Rahman apabila mencuba resipi untuk membuat donut.
Hasilnya, donat dimasak cukup gebu dan sempurna kejadiannya. Meluahkan rasa seronok, Siti terjemahkan di dalam pantun dan turut berkongsi resipi untuk dicuba oleh yang lain.
Pagi-pagi mengutip lidi,
Lidi disimpan di atas papan,
Riangnya hati kuih menjadi,
Donut gebu menjadi santapan.
Pergi ke bendang memancing ikan,
Itik dibendang siapa yang punya,
Resipi donut daku kongsikan,
Bolehlah tuan/puan cuba membuatnya
Saya share resipi ye
(kredit kepada Sirap Limau)
Bahan A
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar susu manis
Secubit garam
1 sudu besar baking powder
Ramas bahan2 A sampai jadi seperti tekstur serbuk roti
Bahan B
1 1/2 cawan air suam
Sepekt yis mauripan
(campurkan keduanya. Tunggu dalam 5 minit)
Cara-cara
Masukkan Bahan B ke Bahan A sedikit demi sedikit. Tambahkan air jika doh masih belum sebati (air ni ikut kesesuaian ye. Kalau nak selamat jangan curah air semua, letak sikit2 sampai doh tak melekat kat tangan. Kalau tak cukup air tambah lagi sikit).
Kemudian biarkan doh berehat dengan tenang dan berkembang dengan jayanya dalam 40 minit hingga sejam. Nanti doh tu akan berkembang sekali ganda. Pastu dah boleh terap dengan acuan dan sedia untuk digoreng
Usai sang isteri tercinta selamat dikebumikan, Shuib berkongsi perjalanan hidupnya bersama bidadari syurganya itu.
Dalam ‘live’ di Instagram tersebut, Shuib kelihatan tidak dapat menahan sebak menceritakan liku-liku kehidupan yang ditempuhi bersama isterinya yang tercinta. Bermula dari awal perkahwinan sehinggalah hari ini, satu persatu ‘keistimewaan’ Siti Sarah yang diungkapkan oleh Shuib.
“Isteri saya bukan milik saya. Dia milik Allah dan Allah sayang sangat kat dia. Allah pinjamkan kat saya sekejap je, dalam 11 tahun. Tapi 11 tahun yang sangat luar biasa untuk saya.
“Saya bermula dari tak ada apa-apa, saya nikah dengan dia, saya hutang mas kahwin, Saya tak ada kereta, dia yang ambik saya kalau nak pegi jalan. Saya pindah rumah pertama, duduk dengan isteri saya. Bukak puasa duduk atas surat khabar, beli kat bazar Ramadhan. Dia sanggup bersusah senang bersama ketika diri saya masih tidak mempunyai apa-apa.
“Saya cakap dengan dia, sabar. InsyaAllah I akan bagi yang terbaik untuk you. Tapi dia cakap dengan saya, I akan ikut you. Apa pun jadi, I akan ada belakang you. I akan support you.”ujar Shuib dengan nada sebak.
Shuib akui kena kuat kerana dirinya adalah ketua keluarga, namun dia reda dengan pemergian isteri.
“Saya bersangka baik dengan Allah, Dengan kejadian Siti Sarah, Allah buka ramai mata dan sampaikan pesanan kasih sayang. Kita jadi bersatu padu untuk mendoakan Sarah ‘menang’ tapi akhirnya Allah yang ‘menang’.
“Kita sekadar meraih simpati untuk ambil ‘barang’ milik Dia. Isteri saya sedang berlari-lari disyurga kini Aamiin. Cuma ingin saya kongsikan, bila jadi suami kita adalah ketua. Kita kena jadi imam, kena solat jemaah barulah isteri rasa dia adalah pengikut kita.
“Ada kebaikan yang saya kongsikan ini kepada semua. Allah sangat sayang kita jadi jangan jadi manusia sombong. Doakan saya kuat, doakan juga untuk anak saya di hospital. Berkasih sayanglah dengan pasangan. Belum terlambat untuk hidupkan sunah, berjemaah.
Dalam pada itu, Shuib meminta orang ramai menjaga kesihatan dan jangan keluar rumah.
“Memang benda nak jadi tapi terpulang, kalau dah kena memang takkan sanggup untuk lalui apa yang saya lalui kini. Ini bukan masa untuk berteka-teki.
“Dulu pernah gaduh dengan isteri sebab saya keluar jumpa kawan.Dia tak bagi kerana takut covid. Tapi Allah nak jadikan jalan cerita, pembantu turun bawah dan bersalam dengan kawan dia ketika buang sampah, dan daripada situlah kami kena jangkit covid. Saya yakin dan pasti tak ada yang tak sayang isteri. Tak ada yang tak sayang ahli keluarga. Pastikan apa yang saya alami tak jadi pada anda semua.
‘Selalu doa pada Allah untuk melindungi ahli keluarga kita. Saya mohon maaf pada semua yang bagi ucapan.Tak mampu nak balas lagi. Saya tengah nak biasakan diri tanpa ada orang rumah (isteri). Jutaan terima kasih atas doa dan apa yang anda semua buat, baca yassin, buat sedekah, buat solat hajat dan sebagainya.
Pelakon dan hos, Elly Mazlein memuatnaik sebuah video yang memaparkan gelagat anak lelaki, Haider Mateen yang sangat manja dan rapat dengannya.Video yang di ambil ketika selebriti ini dan keluarga pergi bercuti baru-baru. Haider yang sedang dipangku oleh Elly Mazlein memeluk dan mencium pipi ibunya tanpa henti. Biarpun hanya nampak sisi wajah anak lelaki namun rata-rata geram melihat gelagatnya itu.
Selain gelagat Haider, turut kelihatan di dalam video tersebut adalah anak perempuan Elly iaitu Putri Sara Sefhia yang sedang mandi di kolam bersama papanya, Mohamad Azlan Che Nuh.
Sememangnya Sefhia cukup manja dengan papanya kerana sebelum ini banyak dikongsikan keakraban dua anak beranak ini.
menerusi kapsyennya, Elly turut menguarakan pertanyaan kepada pengikutnya adakah anak lelaki sememangnya sangat manja dengan ibu.
Pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM, guru kongsi kisah sedih. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.