Ramai wanita ingikelihatan cantik sehingga menyebabkan ramai yang sanggup berhabis duit untuk melakukan suntikan ini.
Namun itu tidak semua mahu berbuat demikian sebaliknya memilih bahan-bahan secara semulajadi. Biarpun ia mengambil masa,namun ia tidak mempunyai kesan jangka masa panjang.
Ikuti cara wanita ini kekal awet muda terutama untuk wanita berusia 30 dan 40 an untuk menjaga kecantikan dalaman dan luaran.
RESIPI BUAT KULIT AWET MUDA DAN PINKISH DENGAN BAHAN DAPUR JEE.
Sejenis Kekna ni suka amalkan dengan bahan bahan semulajadi macam ni. Sebab kecantikkan bermula dari dalaman kita kan. Cantik dalam cantik la dekat luar tu.
Resipi ni Kekna dapat dari seorang aunty tau. Terujaaa kot kalau korang jumpa dia. Walaupun umur dia dah mencecah 60 an tapi dia punya awet muda tu nampak terserlah tau.
Bila risik risik dia pun bagi la petua resipi ni dan aunty ni cakap setiap hari minum sebelum nak tidur.
Bahan bahan mudah je nak dapat:
Susu rendah lemak
1 inci kunyit di tumbuk
3 Biji Badam di tumbuk kasar
2 Sudu Madu
Cara cara nak buat:
1. Panaskan susu terlebih dahulu dekat atas dapur dengan api yang kecil je.
2. Masukkan kunyit yang dah di tumbukkan. Kacau perlahan lahan dan akhir sekali baru masukkan badam.
3. Tuangkan susu tu dalam gelas. Baru la lepas tu masukkan dua sudu madu. Jika dapat madu asli lagi bagus.
4. Kacaukan dan boleh la minum susu yang sedap rasa lemak lemak manis ni tau.
Ha senang kan nak buat. Rajin tak rajin jee.
Kekna izinkan yang nak SHARE. Lagi bagus bertambah pahala korang tau sebab bantu kengkawan yang lain untuk sama sama nak kulit cantik juga
Sumber: Zana Mokhtar
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Nak Beli Emas Kena Bayar ‘On The Spot’. Haram Bayar Ansuran, Mungkin Ada Yang Tak Tahu!
Semenjak dua menjak ini ramai juga yang bercadang memiliki emas sama ada sebagai pelaburan, simpanan atau pun untuk dipakai sebagai perhiasan diri. Apatah lagi dikatakan harga emas turun, namun tetap mahal juga harganya.
Jika ada lebihan wang, bolehlah memilikinya pun begitu jangan sampai membeli emas dengan cara berhutang dan membayarnya secara ansuran.
Kenapa dikatakan tidak boleh berhutang untuk membeli emas?
Ini dijelaskan secara detail berkenaan hukumnya dan bersamalah kita fahaminya untuk kebaikan bersama dan tidak terjerumus kepada melakukan perkara-perkara yang haram.
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya adakah dibenarkan untuk membeli emas dengan cara hutang? Maksudnya emas tersebut saya ambil dan pakai dahulu, kemudian baru buat pembayaran.
Ringkasan Jawapan
Jual beli emas secara ansuran adalah diharamkan dan tidak sah kerana mengandungi unsur riba al-nasiah iaitu riba yang terjadi disebabkan menangguhkan pembayaran secara sengaja.
Asalnya, hukum berjual beli suatu barang adalah diharuskan sama ada hendak membeli secara tunai mahupun hutang.
Namun begitu, apabila suatu urusniaga tersebut melibatkan item ribawi (barang-barang yang terpalit hukum-hakam riba), maka setiap pihak yang terlibat perlu memberikan perhatian khusus agar tidak terjerumus dalam kancah riba.
Item-item ribawi ada disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Ubadah Bin al-Somit R.A bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
الذَّهَبُ بالذَّهَبِ، والْفِضَّةُ بالفِضَّةِ، والْبُرُّ بالبُرِّ، والشَّعِيرُ بالشَّعِيرِ، والتَّمْرُ بالتَّمْرِ، والْمِلْحُ بالمِلْحِ، مِثْلًا بمِثْلٍ، سَواءً بسَواءٍ، يَدًا بيَدٍ، فإذا اخْتَلَفَتْ هذِه الأصْنافُ، فَبِيعُوا كيفَ شِئْتُمْ، إذا كانَ يَدًا بيَدٍ
Maksudnya: “Emas dijual dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar, garam dengan garam, timbangan dan beratnya mesti sama, dibayar secara serta-merta (bukan bertangguh). Namun, jika jenis dan kategori barangnya berbeza, maka berjual belilah mengikut yang kamu kehendaki dengan syarat mesti dibayar secara serta-merta (on the spot)”.
Hadis Muslim (1587)
Berdasarkan hadis di atas, jual beli item ribawi seperti emas perhiasan mestilah dilakukan secara lani (serta-merta) bukan bertangguh.
Huraiannya, jual beli hendaklah dilakukan secara on the spot dalam satu majlis; sama ada penyerahan dilakukan secara hakiki ataupun secara hukmi (contohnya diberikan resit pembayaran). Tidak boleh bertangguh sehari atau dua hari selepas itu.
(Rujuk: Kompilasi Pandangan Hukum Mesyuarat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, m/s 81)
Sekiranya terdapat syarat menangguhkan bayaran atau penyerahan barang, maka ia tergolong di bawah kategori Riba al-Nasiah; iaitu riba yang berlaku disebabkan tempoh bayaran bertangguh. Bahkan, lebih dahsyat pengharamannya apabila penangguhan bayaran tersebut disertakan bersama caj tambahan.
(Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie, 3/110-111)
Oleh itu, jual beli emas secara ansuran seperti isu di atas adalah diharamkan dan tidak sah kerana mengandungi unsur riba al-nasiah iaitu riba yang terjadi disebabkan menangguhkan pembayaran secara sengaja.
Sebagai alternatif, pembeli dibolehkan untuk membuat pinjaman duit daripada pihak ketiga terlebih dahulu sebelum membeli emas tersebut secara tunai.
Walau bagaimanapun, pembeli perlu mengelakkan diri daripada meminjam duit daripada pihak yang sama yang menjual emas tersebut supaya tidak terjerumus dalam larangan Nabi Muhammad SAW berkenaan “jual beli dan hutang” dalam satu masa yang sama.
Ini bersandarkan kepada hadis Baginda,
أنَّ النبيَّ ﷺ نَهى عن بَيعتينِ في بيعةٍ وعن بَيعٍ وسَلَفٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW melarang dua jual beli dalam satu transaksi serta jual beli dan hutang”.
Musnad Ahmad (10/120)
Sebahagian ulama antaranya Ibn al-Qayyim Rhm. mengulas hadis di atas bahawa ia menjadi tunjang utama dalam mualamat yang melarang umat Islam daripada berbuat helah untuk melakukan riba dalam jual beli. Hal ini walaupun tidak disebutkan secara jelas namun dapat difahami berdasarkan senario yang berlaku bahawa terdapat dua hasrat yang ingin dicapai oleh kedua-dua penjual dan pembeli, iaitu:
1) Penjual emas meminjamkan duit mereka bertujuan agar emasnya dapat terjual. Sedangkan jika pelanggan tersebut tidak mahu membeli emas tersebut, nescaya penjual tidak meminjamkan duitnya.
2) Pembeli pula sekiranya tidak diberi pinjaman wang kepadanya oleh penjual, nescaya dia tidak akan membeli emas tersebut.
(Lihat: Tahzib Sunan Abi Daud, 2/190)
Akhir kata, kami menasihatkan agar para pembeli tidak menambahkan hutang melainkan untuk perkara-perkara yang mendesak sahaja. Adapun sekiranya mempunyai lebihan wang selepas ditolak perbelanjaan utama, maka diharuskan untuk membeli aset dan hart lain seperti emas dengan syarat pembayaran mestilah dilakukan secara tunai.
Wallahu a’lam.
Sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
ARTIKEL MENARIK:“Personal Loan Ni Macam Virus..” – Pastikan Tahu Urus Duit Jika Tidak Boleh Muflis!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!
Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Homemade Pati Fanta Hijau Sedap, segar & Jimat Masa. Yang Penting Sihat Tanpa Karbonat. Wanita Ni Kongsikan Caranya!
Minuman manis antara menu wajib dihidangkan buat tetamu. lagi lagi bila musim panas, sedap dapat minum ais manis sejuk.
Bagi yang menggemari air minuman Fanta pasti terbayang keenakannya.
Tetapi, minuman ini tidak boleh diambil dalam kuantiti yang banyak kerana mengandungi karbonat yang boleh mengundang masalah kesihatan.
Saudari Farrera Lee berkongsi resipi bagi menghasikan Pati Fanta Hijau secara homemade.
Selamat mencuba semua!
Homemade Pati Fanta Hijau
( 0% tanpa karbonat – gas )
Sungguh , sangat sedap dan segar
tinggal tambah air dan ais sahaja untuk sedia minum
sesuai waktu raya , mudah dan jimat masa
saya sangat suka air Fanta tapi disebabkan ia mengandungi karbonat ( gas ) yg membuatkan tak puas minum & tak boleh minum banyak
maka , saya cuba cara resepi ni , memang sama sebijik rasa fanta di kedai / pasaraya
apa yg pasti , resepi ni 0% tanpa karbonat ( gas )
Bahan yang digunakan
2200ml air ( bersamaan 2.2liter )
3kg gula pasir
1 botol sunquick orange ( 330ml – botol kecil )
1 botol pewarna hijau epal yg dibenarkan
1 botol esen perisa pisang yg dibenarkan
dua helai daun pandan
*kurang kan bahan jika buat kuantiti yg sedikit
Cara membuat:
- masak air bersama gula pasir dan daun pandan sehingga gula larut.
2. keluarkan daun pandan, masukkan sunquick orange. Gaul sekata sekitar 15saat
3. masukkan pewarna hijau epal yg dibenarkan gaul sekata sehingga mendidih.
4. sedang air mendidih ,masukkan esen perisa pisang yg dibenarkan tutup api. Gaul sekata sehingga sebati, sejukkan.
5. simpan pati di dalam botol / bekas kedap udara.
6. bancuh bersama air masak , sukatan sendiri mengikut kemanisan masing2
sedap di minum sejuk-sejuk.
boleh le minum laju – laju ?
selamat hari raya aidilfitri ♡
#homemadewithlove
“Pesanan Buat Para Isteri, Usaha Ketepikan Ibu Bapa Atas Alasan Taat Pada Suami.” Deep Pesanan Lelaki Ni!
Mentaati suami itu dituntut oleh Islam dan seorang wanita yang sudah bergelar isteri, syurganya terletak di bawah kaki suami. Namun itu tidak bermakna anda tidak perlu mengingati dan menghargai jasa kedua orang tua yang selama ini membesarkan dan memberi sepenuh kasih sayang selain mengorbankan segala-galanya.
Di dalam Al-Quran ada menyebut tentang hal ini. Antaranya:
“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu” (Luqman, 31: 14).
“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa…” (al-Ahqaf, 46: 15).
Justeru, ikatan perkahwinan tidak bermakna anda boleh mengabaikan tanggung jawab sebagai seorang anak. Kisah yang cukup menyentuh hati dan patut dijadikan pedoman ini dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Faiz Mustapha.
Kesian pula pada makcik ni selepas mendengar kisahnya. Ketiga-tiga anak perempuannya lepas berkahwin tidak bekerja. Anak-anaknya bukannya calang-calang kelulusan.
Anak pertama lulusan Master di Universiti Sains Malaysia (USM). Habis master bekerja sebagai research assistant tetapi berhenti selepas kahwin sebab jaga anak. Suami tak bagi kerja. Suami kata derhaka jika ingkar.
Anak kedua dapat degree Universiti Putra Malaysia (UPM) terus kahwin dengan coursemate. Sempat kerja kerajaan setahun tetapi kena transfer. Terus berhenti kerja dan beranak.
Anak ketiga Degree daripada UiTm dan dua tahun cari kerja. Akhirnya dapat panggilan guru, tapi tolak sebab tak minat. Sehingga sekarang umur dah 30 tahun dan tidak bekerja. Kahwin dan beranak.
Makcik dan arwah suaminya bersusah payah membesarkan anak-anak mereka bagi pelajaran. Makcik pencen kerani kerajaan dan arwah suami kerja kampung. Anak-anak minta macam-macam waktu belajar. Semuanya dipenuhi daripada laptop, handphone sehingga duit belanja sebab pinjaman yang diterima tidak cukup. Mak saudara pun banyak tolong bantu anak-anak perempuan.
Akibatnya, makcik dan arwah suami ketika itu selalu catu belanja. Nak beli makanan pun berjimat sebab waktu tu anak serentak sambung belajar.
Orang lain tua-tua mampu pergi umrah atau haji tapi mereka tak berkesempatan kerana masalah kewangan. Simpanan pun habis untuk pembelajaran anak-anak.
Kini, makcik tinggal seorang diri. Dia bertuah sebab masih ada pencen. Boleh lah tanggung makan minum sendiri.
Kata makcik seronok tengok anak-anak saudaranya berjaya dan tolong mak bapak. Kadang kala anak-anak saudara sedekah duit dan beli macam-macam tapi dia malu jugak nak terima. Anak-anak sendiri tak pernah bagi.
Tetapi menyebabkan saya lagi sedih juga geram ialah anak- anaknya masih lagi menyusahkan hidupnya. Kadang-kadang minta pinjam duit ye. PTPTN pun tak mampu bayar. Nak minta suami bayar?
Jangan harap…..
“Hafiz, tak yah kahwin lah. Kalau kahwin cari perempuan yang kerja tau”. Kata makcik pada saya sambil ketawa. Pertama kali mendengar pesanan macam itu daripada seorang wanita tua. Kejadian dan pengalaman hidup menyebabkan dia berkata begitu. Walaupun kami banyak bergelak ketawa ketika berbual, tetapi saya tahu makcik susah hati.
Kepada perempuan, jika ada kelayakan, bekerja lah bantu keluarga. Janganlah mengenepikan ibu bapa dengan alasan taat suami.
Your parents raised you up kan? They will be with you forever. Suami tu esok pun dia boleh cerai dan cari perempuan lain.
Hafiz CuteCarry
Sejak habis universiti terus kerja non stop!