Rupanya Ini Kisah Sebenar! Datuk Remaja Curi Tabung Masjid Dedah Cerita., Buat Netizen Terkejut!

Share

Tular kisah remaja yang mencuri tabung masjid dan dimandikan ala jenazah, rupanya tindakan itu mendapat sokongan daripada datuk remaja berkenaan iaitu Rosli Sidek, 65.

Sebagaiama laporan daripada malaysiagazette.com, dia tidak menyalahkan pihak masjid dan berharap memberi pengajaran kepada cucunya, Daniel Iskandar Mohd Nasir, 19, supaya menjadi orang berguna pada masa depan.

“Daniel Iskandar merupakan remaja yang bermasalah dan saya tidak sanggup menjaganya kerana tindakan yang tidak boleh dikawal lagi dan agresif.

“Kemungkinan besar dan dikhuatiri dia ada ambil benda terlarang dan baru terjebak jadi penagih kerana sering melakukan tindakan luar dugaan.

“Contohnya dia pernah mencuri wang dan motosikal saya, wang simpanan umrah arwah neneknya, telefon bimbit saudaranya, pernah hendak ugut mencederakan arwah neneknya dan sering pulang lewat malam,” katanya ketika ditemubual MalaysiaGazette di sini hari ini.

Mohon jalan salahkan pihak masjid

Terdahulu, menerusi video yang viral, netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan pihak masjid.

Namun, sebaliknya Rosli memohon kepada netizen di media sosial agar tidak menyalahkan AJK masjid yang membawa kes curi cucunya itu kepada pihak berkuasa.

Malah dia juga mendedahkan yang menyarankan kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Al Islahiah Kuang supaya membuat laporan polis ke atas cucunya itu.

Tidak ambil hati

Lebih mengejutkan datuk kepada remaja berkenaan, tidak ambil hati cucunya menjadi viral kerana dimandikan seperti jenazah.

“Saya tidak ambil hati pun malah bersyukur dia diberi pendidikan kerana mencuri.

“Nasib baik hanya dijirus air biasa kalau air panas macam mana,” katanya yang tidak menyesal tidak mempertahankan cucunya itu agar kes curi itu diselesai cara baik.

Masa depan cucu

Sambil mengalirkan air mata, dia yang sayangi cucunya inginkan masa depan cerah buat cucunya.

Katanya, apabila cucunya dapat dibebaskan, beliau mahu ada pihak dapat memasukkannya ke rumah perlindungan atau pusat kemahiran.

Selain itu beliau juga mahu jaminan polis agar dirinya tidak lagi diganggu oleh menantunya yang juga bapa Daniel Iskandar.

“Pada masa sama, saya tidak pernah suruh dia beli ubat sehingga mencuri. Saya pun ada terima bantuan Lembaga Zakat Selangor sebanyak RM400 sebulan.

“Malah pihak AJK masjid selalu bertanya khabar dan memberi barang keperluan asas seperti beras setiap bulan,” katanya yang tidak berniat mendedah aib cucunya namun perlu bersikap jujur.

Semalam, , Daniel Iskandar dikenakan hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis kerana cuba mencuri tabung masjid lima hari lalu.

 

 

Sumber: malaysiagazette.com

Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.

Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara

*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club