Rupanya Ini Claim Insuran Bencana Alam Untuk Rumah, Boleh Dapat RM60K, Lelaki Ini Kongsi Cara.

Share

Umum mengetahui sejak 17 Disember lalu, Malaysia dilanda hujan lebat secara berterusan yang mengakibatkan banjir di beberapa kawasan, tanah runtuh, rumah dinaiki air dan pelbagai kerugian dicatatkan.

Namun, untuk ini, mungkin ada yang tidak tahu bahawa boleh membuat tuntutan insurans jika rumah terlibat dengan bencana alam.

Nak tahu lanjut caranya, ini perkongsian  Mohd Mustaqim mengenai insurans itu dan cara untuk membuat tuntutan.

Insurans bencana alam untuk rumah.

Arini aku cuba share sikit pengalaman insurans rumah untuk bencana alam. Pada tahun 2014, banjir besar melanda Kelantan. Rumah mak aku salah satu mangsa kejadian. Rumah tinggal bumbung. Barang kt dalam umah mmg total lost abis (rujuk gambar).

Tp Alhamdulillah nasib baik mak aku ada amek insurans khas untuk cover bencana alam mcm banjir. So fully covered. Dalam masa less than 2 minggu duit masuk dlm acc. Dpt lebih kurang dkt RM60k kot untuk perabot sahaja. So mmg lega la. Yg x lega penat nk kemas.
Ok now ak share ap patut korang tau time nk apply.

Aku sudah apply insurans khas bencana alam, kebakaran, dan juga kena pecah rumah untuk rumah aku. So kalau jadi ap2 mmg Insyallah fully covered. Bila korang apply, akn ada dua benda korang kena take note iaitu :
1-Coverage untuk building. Rujuk gambar ke 4.

Ini coverage khas untuk bangunan rumah korang. Bukan isi rumah ye. Contoh, rumah aku letak coverage 400k. So rumah korang runtuh ke, rosak ke, pecah ke, disebabkan banjir, maximum insurans akan bayar ialah 400k. Paham kan?


 

 

2-Coverage untuk ON HOUSEHOLD GOOD.
Ini pula coverage untuk benda2 di dalam rumah, contoh perabot, alatan elektronik, atau apa sahaja YANG BERADA DI DALAM RUMAH. Ok ni yg menarik, contohnya aku ada basikal, sekiranya kena curi, or terbakar or watsoever, basikal tu ada dalam rumah, akan termasuk dlm coverage. Power kan? So untuk yg ni aku insured RM100k.

Cara nk claim.

Mudah je, contact agent, nt diorg akan suruh amek gambar seeemuaaa tempat yg terjejas. Kalau mcm aritu agent mmg dkt rumah, die dtg dan amek sendri gambar. Kemudian tnggu je. Xperlu report polis. X sampai 2 minggu duit masuk.
*apapun rujuk semula dgn agent masing2. Mungkin berbeza mengikut company.
Insurans ni korang kena renew secara TAHUNAN (bermaksud byr sekali setaun je).
So benda ni ak rasa mmg sgt galakkan korang ambil selain medical card dan juga hibah. At least dapat ringankan beban kita kalau jadi pape. Aku da kena sekali. Sbb tu ak mmg ambil berat benda2 mcm ni.


So, kalau sape2 nk apply, sile contact terus salah sorang my trusted agent, Mr Pui Tiong Hoo. Mmg sgt komited, cekap dan arif untuk urus benda2 mcm ni.
Sekian perkongsian saya. Semoga membantu.

Sumber: Mohd Mustaqim

*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club