Rupanya Ini Cara Yang Betul Pilih Ayam Segar,Pakar Pemakanan Ini Beri Panduan Supaya Tak Salah Beli.

Share

Bagi memastikan masakan enak, sudah tentu kita akan akan membeli dan memilih barang yang segar termasuk buah-buahan, ikan serta ayam.

Bagi yang gemar makan ayam, ada caranya untuk memilih daging ayam yang segar. Ia bertujuan untuk memastikan masakan yang berasaskan ayam enak dimakan.

Nak tahu caranya ikuti perkongsian ini.

Sejak saya mula bertugas menyelia perkhidmatan makanan di dapur hospital di samping memberi rawatan terapi diet kepada pesakit di wad, salah satu tugasan adalah memeriksa bekalan makanan yang sampai. Antaranya adalah ayam.

Setiap pagi bekalan ayam segar akan tiba ke dapur kami dan penyelia bertugas harus memastikan bekalan mentah yang sampai memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.

Ayam mesti segar. Tidak beku dan tidak ada bau. Dan baru disembelih pastinya.
Memastikan ayam itu elok untuk diterima pihak kami adalah satu ilmu baru yang saya tidak arif. Selalu saya main tunjuk saja ayam di pasar. Tak kisah betul segar atau tidak.

Ilmu memilih ayam ini saya belajar daripada Chef saya di dapur dan daripada penyelia perkhidmatan makanan. Mujur ada mereka yang rajin turun ilmu. Kalau tak, sampai ke tua pun tak pandai pilih ayam.

Lima tips memilih ayam segar.

1. Warna ayam.
Ayam yang kulitnya berwarna putih kemerah-merahan adalah ayam yang segar. Jika ayam itu pucat, kebiru-biruan, ayam itu biasanya telah diletakkan formalin dan di sejuk bekukan.

2. Tekstur ayam
Ayam yang segar, apabila ditarik kepaknya ke belakang akan kembali ke posisi asal. Tetapi jika ia tidak segar, kepaknya akan terkulai layu di tasik madu pastinya.

Isi yang segar apabila ditekan terasa empuk akan kembali ke bentuk asal tetapi sekiranya ditekan ia tenggelam, ayam itu ayam lama.

Ayam yang kenyal biasanya diletakkan formalin. Manakala ayam yang kelihatan bengkak biasanya telah disuntik.

3. Darah ayam
Apabila ayam yang dibeli kelihatan mempunyai banyak darahnya atau cecair berdarah. Biasanya ia adalah ayam yang telah dibekukan dan dicairkan semula. Ayam segar tidak mempunyai air berdarah yang banyak.

4. Bau ayam
Ayam yang segar tidak akan mempunyai bau yang busuk atau hanyir. Elakkan membeli ayam yang berbau hanyir.

5. Lalat
Sekiranya ada lalat yang mengurung atau hinggap pada ayam, biasanya ayam ini tidak lagi segar. Berpindah ke penjual yang lain dan elakkan membeli pada penjual yang dihurung lalat.

Selamat membeli ayam segar.
Kak Diet
Makan apa tuuu pagi ni…?

Sumber: RuQayyah Muhd

 

 

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club