
Sebenarnya, menanam banyak kaedah. Tidak semestinya berfokus kepada satu kaedah sahaja. Anak-anak kita boleh libatkan dengan aktiviti sihat sebegini untuk memberi ilmu dan membuka minda mereka bahawa menanam ini tidak sukar tetapi menyeronokkan.
Bermula 17 februari lepas, saya mulai mengajak ketiga-tiga anak untuk menanam kangkung tapis. Saya belikan mereka baldi dan bekas tapis masing-masing supaya adil tak berebut. Kanak-kanak kan jenis excited nak cuba.
Setiap perkembangan bermula dari semaian benih sehingga matang saya rekod dan rakamkan sebagai kenangan untuk mereka apabila sudah besar nanti. Masing-masing gembira dengan hasil mereka.
Mudahnya. Jom buat sendiri di rumah. Mudah sangat!
Sumber: Mohd Amri
Isteri Kena Tahu Tip Ini Untuk Pikat Hati Suami. Inilah Rahsia Sweet Rumahtangga

Sebagai isteri, tentu sahaja kita mahu menjadi orang yang paling disayangi dan dicintai oleh suami. Cinta dan kasih sayang perlu dibajai sentiasa agar ia terus berkekalan hingga ke akhir hayat. Sudah tentu ia memerlukan usaha dan inisiatif daripada pihak isteri sendiri.
Isteri perlu bijak menarik perhatian suami supaya diri terus menjadi fokus utama biarpun suami sibuk bekerja mencari nafkah untuk keluarga. Gunakan tip berikut sebagai senjata ampuh anda bergelar isteri untuk memastikan kasih dan perhatian suami tidak berkurangan sepanjang kehidupan berumah tangga.
1.Sentiasa nampak cantik di mata suami sepanjang masa
Isteri mesti rajin bersiap dan berhias untuk suami. Jangan bila hendak keluar rumah sahaja bersiap cantik tetapi di rumah selekeh dan kusam. Alasan sebab sibuk menguruskan anak-anak dan rumah tangga. Bila isteri cantik sepanjang masa, suami rasa seronok ada di rumah. Bahkan salah satu ciri isteri yang baik adalah yang menyenangkan suami ketika dipandang. Ia termasuk hal menjaga kebersihan badan, menyikat rambut, memakai wangian, memakai pakaian yang menarik dan lain-lain lagi.
2. Pandai bergurau senda dengan suami
Suami mesti bahagia kalau ada isteri yang pandai menggembirakan hatinya. Sikap bergurau senda dan selalu tersenyum pada suami dapat mengurangkan kepenatan suami pulang dari kerja.
3. Sentiasa utamakan suami & menghormati pandangannya
Sebagai pemimpin rumah tangga, suami mesti diberi keutamaan oleh isteri. Dalam apa jua perkara, utamakan suami terlebih dahulu. Hormati juga pandangannya terhadap sesuatu perkara. Jangan cepat melenting jika suami beri pandangan walaupun dalam hati tak bersetuju dengan pandangannya.
4. Jangan lupa minta izin
Isteri perlu meminta izin daripada suami untuk pergi ke mana-mana atau melakukan apa sahaja. Jangan sesekali membelakangkan suami kerana ia hanya akan membuatkan anda berdosa.
5. Bersikap sederhana
Jadilah isteri yang bersikap sederhana dalam apa jua perkara. Jangan keterlaluan meminta itu dan ini kepada suami apatah lagi jika melebihi kemampuan suami.
6. Memanjakan suami
Suami amat suka dimanjakan oleh orang yang dia cintai. Jadilah isteri yang suka memanjakan suami. Pasti anda terus disayangi dan dicintai. Melayan suami seperti menyediakan hidangan makan minumnya, mengurut badan suami, memotong kukunya, membersihkan tubuh badannya dan mencuci rambutnya ketika mandi dan sebagainya.
7. Boleh memberi pendapat dan bertukar pandangan
Komunikasi sangat penting untuk menngekalkan kebahagiaan rumah tangga. Oleh itu sebagai isteri, anda perlu bijak memberikan pendapat atau pandangan dalam apa jua isu.
8. Hormat hak peribadi suami
Jangan terlalu busybody seperti banyak bertanya jika dia ingin keluar berjumpa kawan, memeriksa telefon suami, facebook, e-mel dan sebagainya.
9. Jangan bandingkan suami anda dengan lelaki lain
Lelaki paling rasa tercabar kalau isterinya suka membandingkan dirinya dengan lelaki lain. Awas ya!
10. Sentiasa menjaga maruah suami
Tidak kira di mana anda berada atau dengan siapa anda bersama pastikan maruah suami sentiasa terpelihara.
11. Menyokong suami
Tidak kira di waktu susah atau senangnya isteri mesti memberikan semangat kepada suami sewaktu dia dalam kesusahan dan bersama mengharungi kehidupan sukar tanpa sebarang keluhan.
12. Mencintai suami sepenuh hati
Hanya suami yang sentiasa bertakhta di hati anda. Curahkan sepenuh cinta kepada suami kerana Allah supaya kasih sayang anda berdua sampai ke syurga.
Sumber: penyusakti.wordpress.com
Pilih Untuk Jaga Anak Sendiri, Jihan Muse – “Saya Rasa Hebat Dengan Kerjaya Tapi Tak Sebagai Isteri & Ibu”

Bukan sukar untuk bahagikan masa sebagai seorang pekerja dan seorang surirumah tangga. Pengacara Jihan Muse, akui enggan terlepas setiap detik dua anaknya Ungku Arsalan Haq, 5, dan Ungku Altamis Barr yang berusia lapan bulan membesar di depan matanya.
Memetik laporan Harian Metro, Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa berkata, dia dan suami Ungku Hariz Faizal, 38, mengambil pengajaran daripada rakan artis senior yang kerugian masa menjaga anak kerana terlalu sibuk.
“Ada artis-artis senior yang saya rapat pernah bercerita mereka rugi masa terlepas detik anak-anak membesar. Jadi, kami ambil perkara itu sebagai pengajaran.
“Saya terfikir, kalau saya terus-menerus sibuk akan macam itulah, tiba-tiba anak sudah besar. Zaman sekarang pula terlalu cepat. Anak saya depan mata pun, saya tertanya bila dia belajar sesuatu perkara.
“Saya risau budak-budak sekarang, kalau terlepas pandang jadi apa? Sekurang-kurangnya, suami saya cakap, kalau dia jadi buruk ke baik, dia depan mata,” katanya.
Menurut Jihan, dia juga ingin mencabar dirinya agar mampu menggalas tanggungjawab menguruskan rumah tangga sebagaimana dia cekap dalam kerjayanya.
“Sebenarnya pendorong utama adalah suami. Dia macam mencabar saya jugalah boleh bekerja tapi boleh tak selesaikan tanggungjawab (sebagai isteri). Bimbang itu satu perkara, tapi ia lebih kepada prinsip anak kita, kitalah jaga.
“Saya lebih kepada nak cabar diri. Saya boleh kerja depan beribu orang, tak ada masalah untuk saya. Tapi kalau kat rumah, saya tak berapa hebat. Saya rasa saya hebat dengan kerjaya tapi sebagai isteri dan ibu, tak berapa hebat.
“Jadi, saya rasa apa lagi cabaran yang boleh buat dengan diri saya. Kalau soal kerja, macam-macam kerja saya sudah buat. Kalau suami terluang, baru saya kerja. Sebab kami memang jaga anak sendiri tanpa pembantu. Memang begitu sejak anak yang pertama,” katanya.
Disebabkan itulah juga, Jihan memang akan jarak-jarakkan terima tawaran kerja dan pastikan tidak bertembung dengan jadual kerja suaminya.
“Kalau saya ‘hilang’ tiga bulan, maknanya suami saya ‘shooting’ (penggambaran) tiga bulan. Setakat ini, mungkin ada kurang juga pada kerja-kerja saya tapi secara peribadi berjaya buat.
“Klien yang puas hati dengan kerja saya. Tapi dengan klien sebenar, anak-anak ini yang Allah bagi ini. Boleh tak saya uruskan kalau kerja? Lebih kepada nak cabar diri sendirilah,” katanya.
Sumber : Harian Metro
Hulur Bantuan Banjir, Gelagat Siti Nurhaliza Tegur Guru Gimnas, Bikin Netizen Terhibur.

Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing yang membawa maksud suka duka sama-sama ditanggung. Tiada paksaan, terpulang kepada individu untuk membantu atau tidak.
Begitu juga dengan insan yang prihatin ini, penyanyi popular tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di terutama di kampung halamannya, Kuala Lipis, Pahang.
Dalam pada itu, menerusi Instagram @ctdk, berkongsi video momen secara tidak sengaja berjumpa dengan salah seorang gurunya ketika menghulurkan bantuan mangsa banjir.
Apa yang menarik perhatian netizen, gelagat lucu penyanyi itu bersahaja menegur gurunya berbangsa cina itu. Guru berkenaan tidak mengenalinya kerana itu memakai pelitup muka.
Namun, guru yang pernah mengajarnya ketika menyertai sukan gimnas sewaktu di sekolah hanya menyedari akan hal itu setelah salah seorang penduduk di situ memaklumkan bahawa individu yang menegurnya adalah Siti Nurhaliza. Mereka saling berkongsi kenangan lama sewaktu menyertai gimnas.
Momen jumpa guru gimnas
Sewaktu ke Kuala Lipis baru-baru ini, saya singgah di Taman KSM, menghantar bantuan di sini. Bantuan diletakkan di rumah seorang aunty berbangsa Cina yang menjadi tempat pengumpulan dan pengagihan bantuan untuk warga taman tersebut. Sepanjang saya di rumahnya, beliau memang tidak perasan saya.
Saya juga berborak-borak dengan penduduk di taman tersebut, kemudian lalu seorang wanita berbangsa Cina juga, yang saya memang kenal sewaktu zaman sekolah. Beliau juga tidak perasan saya.
Sepanjang berada di sana, saya memang memakai pelitup muka (mask) dan akhirnya barulah terjadi sesi jejak kasih kami. Guru gimnas saya rupanya dan saya juga tidak perasan (maklumlah dah lama sangat).
Begitulah cerita, sesekali pulang ke daerah kenangan, banyak kenangan mengusik jiwa.
I kenal u la, u tak kenal i
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan sikap penyanyi kesayangan ramai itu yang begitu ‘humble’ ketika melawat mangsa banjir di negeri kelahirannya.
Sumber: ctdk
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club