Apabila bergelar suami atau bapa, tanggungjawabnya pasti mencabar. Semua ini kerana gelaran ketua keluarga itu menjadi dirinya sebagai orang paling penting dalam keluarga.
Segala keputusan yang dibuat oleh suami akan memberi kesan kepada keluarga itu. Namun jika keputusan itu salah, kesan sebaliknya kepada keluarga itu.
Perkongsian oleh Taufik Razif ini dilaman facebooknya membincangkan cara mudah nak jadi suami dan bapa yang hebat.
5 Cara Mudah Nak Jadi Suami & Bapa Yang Awesome
1. Selalu jaga mulut di depan anak dan isteri walaupun sedang marah melampau
2. Tak berkira dengan duit bila melibatkan nafkah dan benda yang berfaedah
3. Kenal personaliti & perwatakan anak dan isteri. Lagi hebat bila si suami sendiri berminat nak belajar ilmu parenting & ilmu mendidik anak anaknya sendiri
4. Jadi ’emphatic listener’ pada pasangan dan anak anaknya sendiri. Tak terlalu cepat memberikan solusi dan sedia mendengar keluhan pasangan dan anak anaknya kerana hanya dengan mendengar pun ianya adalah satu terapi emosi!
5. Tahu beza BONDING TIME & ME TIME. Masa me time tu boleh la nak bermain game dan handphone sekejap tapi jangan la sampai terabai perhatian kat anak isteri.
Jangan sampai ketika anak anak dah liar dipengaruhi oleh BONDING LUAR baru kita nak tersedar. Masa tu mungkin semuanya dah terlambat dah.
Jom sebarkan ilmu ni pada mak ayah yang belum tahu
p/s : Gambar di atas adalah gambar sumbangan Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan dan anak anaknya
SelamatHariBapa pada semua bapa di seluruh dunia
15 Tips Pikat Hati Mertua. Boleh Jadi Menantu Favourite!
Memikat hati mertua pastinya bukan sesuatu yang mudah. Maklumlah pengalaman baru. Pelbagai perkara yang perlu dipelajari untuk memastikan hubungan menjadi erat. Nyata, apabila bergelar suami isteri, bermakna bermulalah alam baru. Kita akan menerima orang baru dalam hidup kita. Sama ada isteri atau suami kita. Ibu dan bapa .
TIPS PIKAT MAK MERTUA
1. ANGGUK-ANGGUK
Walaupun ada beberapa perkara yang kita tidak setuju, angguk-angguk sahajalah. Biarkan mereka selesa dengan pilihan mereka sendiri. Lebih baik mengiyakan sahaja apa sahaja tindakan yang mereka buat.
Walaupun kadang-kadang panas juga hati dengan tindakan mereka, bersabar sahajalah. Itu lebih baik.Tu tanda kita raihkan pendapat dan turun kan ego kita .
2. TUNJUK RAJIN MASAK
Tunjuklah rajin memasak di dapur. Sedap tak sedap, itu belakang kira. Asalkan rajin membantu ipar dan mertua.Kalau tak pandai pandai, cuba mula kan dialog “ Mak nak masak apa hari ni , saya bantu ?” sekurang-kurangnya kita bersama dengan nya di dapur .
Dalam mental si ibu mertua, kalau si isteri tak pandai masak, dia mula risaukan anak dia. Siapa yang akan bagi makan?
3. BANYAKKAN BERBUAL
Perbanyakkan bualan mesra yg boleh menarik minat mertua dan ipar duai. Kalau mereka suka tengok drama di TV, layankan sahaja.
Walaupun tidak sama level, ketepikan dahulu. Janji berkomunikasi.itu penting . kalau senyap je , kang mertua cakap kita sombong ! haaa .
4. JANGAN TUNJUK MALAS
Jangan menonton televisyen apabila mertua atau ipar duai sibuk mengemas rumah.Tak rugi membantu mereka mengemas bersama.
5. BERIKAN HADIAH/BUAH TANGAN
Sebab itu, kita selalu nampak orang-orang dulu akan bungkus bawa buah-buahan bila berkunjung ke rumah tetamu. Sama juga adabnya bila menantu melawat mertua.
Jangan lupa belikan mereka ole-ole. Mahal atau murah itu belakang kira. Buah tangan atau hadiah itu adalah tanda ingatan. Bila kita tidak beri apa-apa, maknanya macam kita tidak ingat dia. Scary bukan?
Dan lagi, jika berkunjung ke tempat pelancongan, jangan lupa souvenir. Jangan sampai lupa kerana ia boleh mendatangkan kecil hati.
6. CUBA BERGAUL DENGAN IPAR-DUAI
Jangan asyik dengan mak mentua sahaja. Kena berbaik-baik dengan ipar yang lain. Ini penting supaya tidak berlaku cemburu dalam keluarga, lebih-lebih lagi antara ipar-duai perempuan.
7. JANGAN BERKEPIT DENGAN SUAMI
Masa mula-mula kahwin, bolehlah tunjuk manja semasa tengok TV beramai-ramai di ruang tamu. Bukan apa, takut ipar-duai yang lain meluat melihat kemesraan begitu.
8. BIARKAN IBU ‘CONQUER‘ ANAK
Sekali-sekala, biarlah ibu dia ‘conquer‘ anak. Takkan asyik isteri sahaja nak ‘conquer‘. Contohnya, kalau mak mertua nak sendukkan nasi untuk anak lelakinya itu, biarkan. Kita boleh uruskan diri kita sendiri.
9. TAK PAYAH TUNJUK MANJA
Tak perlu aksi gedik dan tunjuk manja bila duduk dengan suami. Jangan pula nak tunjuk aksi urut-urut sambil geletek, atau sandar kepala pada bahu suami semasa menonton TV. Lebih-lebih lagi kalau tunjuk aksi ini depan ipar-duai. Gerenti ipar meluat! Mak mertua juga boleh datang sifat cemburu!
Buat biasa-biasa sudah.
10. OFFER MAK MERTUA DUDUK DEPAN
Dahulukan mak mertua dalam apa jua keadaan. Biarkan kita yang kedua. Contohnya, kalau nak kereta dengan suami, offer mak mertua duduk depan. Biarkan mak mertua ada masa sembang dengan anak dia. Kita duduk belakang dengan anak-anak pun tak mengapa.
11. BUAT-BUAT TANYA MAKANAN KEGEMARAN SUAMI
Sesekali jadi kepoh apa salahnya. Buat-buat tanya dan salin resepi. Sudah tentu ibu mertua rasa dihargai, kerana dialah yang menyediakan dan menyuap makanan favourite suami dari kecil.
12. JANGAN MARAH SUAMI DEPAN MAK MERTUA
Bukan sahaja marah. Adik beradik marah ialah kutuk atau kecilkan suami depan mak mertua. Kenapa?
Anak jantan itulah yang dia bela dari kecil. Kalau dia layan elok-elok, dia expectmenantu akan layan anak dia elok-elok juga. Bukan buruk-burukan suami
13. UCAPKAN “SYUKUR DAPAT SUAMI MACAM NI” PADA MAK MERTUA
Banyakkan puji suami depan mak mertua. Antaranya, “Terima kasih mak sebab besarkan abang dengan baik sekali. Saya bersyukur sangat-sangat dapat suami macam ni. Ini semua kerana didikan mak”.
Namun cakap biar dalam nada ikhlas, jangan buat-buat nak memuji. Confirm, mak mertua akan kembang.
14. JANGAN BEREBUT SUAMI DENGAN MAK DIA
Kalau mak dia panggil, dahulukan yang itu. Walaupun kita ada perkara lain yang memerlukan suami, biarkan suami attend mak dia dulu. Didik hati supaya redha, bahawa syurga suami itu di bawah tapak kaki ibu.
15. INGAT BAHAWA ALLAH MAHA ADIL
Jangan sesekali layan mak mertua macam sampah. Apa salahnya layan mak mertua macam mak kita sendiri?
Layan mak mertua baik-baik sebagaimana kita nak menantu kita suatu hari nanti layan anak lelaki kita dengan baik.
P/S : ingat , kalau kita layan mak mertua macam kita layan mak kita sendiri , kesan dia sangat besar untuk rumah tangga kita . kalau yang tak ada mak mertua tu , doakan mereka dekat sana . moga-moga mereka ditempatkan dikangan orang beriman .
Kredit:Nadia Halim
“Dia Macam Abah.” Soal Jodoh, Ini Rupanya Kriteria Lelaki Kiriman Tuhan Pilihan Ibu Mira Filzah.
Setiap ibu bapa pastinya mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Baik dalam apa jua perkara termasuklah juga dalam soal mencari jodoh. Demikian juga dengan ibu kepada pelakon cantik manis Pujaan Hati Kanda dan Lelaki Kiriman Tuhan ini.
Menurut Faizatul Akmar Hisan yang merupakan ibu kepada Mira Filzah, ciri-ciri bakal menantu yang diingini adalah boleh menjadi imam kepada anaknya itu.
Dengan kata lain, Faizatul inginkan menantu yang beragama orangnya sebagai pendamping dan ketua rumah tangga untuk anaknya.
Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 25, berkongsi kriteria utama bagi lelaki yang bakal menjadi imamnya dalam satu sesi temu ramah bersama majalah Keluarga semalam.
Temu ramah yang berlangsung bersempena sesi fotografi untuk edisi khas Hari Ibu menampilkan Mira bersama ibu tersayang dan adik bongsunya.
Di dalam temu ramah tersebut, Mira dan ibunya diberikan task untuk satu game dinamakan Serasi Challenge. Antara soalan yang ditanyakan adalah apakah ciri-ciri bakal menantu / suami kepada Mira.
Manakala Mira pula memilih bapanya sebagai idola dalam mencari teman hidup.
“ Dia macam abah. Good looking, educated, pendiam dan juga tinggi.
Ditanya karakter anak kedua yang dipanggil Angah, akui Faizatul anaknya berbeza karakter di rumah dan juga di tempat kerja.
“Angah kalau di rumah seorang yang garang manakala di tempat kerja sangat lembut dan lebih banyak bertolak ansur.
Jom layan teaser pendek berkenaan sesi temu ramah Mira dan ibunya. Untuk peminat Mira, nantikan edisi Khas Hari ibu yang bakal keluar tak lama lagi.
Behind The Scene cover Majalah Keluarga istimewa sempena hari ibu.. Mira Filzah dan ibu tersayang.. Nantikan! #keluargamag
Posted by Keluarga on Saturday, 16 February 2019
Sumber: Igs mfmirafilzah
“Macam Kakak & Adik Je, Ala Cantiknya.” Tampil Sedondon, Anak Siti Nordiana Raih Perhatian Ramai. Dah Besar Dah!
Sendirian membesarkan anak bukanlah satu tanggung jawab yang mudah, sementelah diri masih mauda. Namun, penyanyi terknal Siti Nordiana tidak lemah semangat, sebaliknya dia berjaya membuktikan dengan sokongan keluarga , dia mampu melakukannya.
“Sebagai ibu saya akui agak gementar dan cuba yang terbaik untuk anak. Saya tak pernah paksa dia janji benda yang dia belajar itu bermanfaat untuknya. Saya berikan yang terbaik untuknya.
“Saya jenis ibu yang sempoi, saya bukan jenis ibu yang mahu anak membanggakan ibu, sebaliknya saya mahu dia belajar benda yang baik.
Terbaru Nana memuat naik beberapa keping gambar bersama anaknya ketika Syawal yang lalu. Penampilan Nana dan Rayyan meraih perhatian ramai. Apa tidaknya anaknya nampak lebih besar dari Nana. Seolah-olah macam kakak dan adik.
Sedondon dalam persalinan rona merah jambu, rata-rata memuji Nana nampak muda di samping anaknya.
Untuk rekod, Rayyan adalah anak hasil perkongsian hidup Nana dengan bekas suaminya, arwah Mohd Faizal Yusup. Rayyan kini sudah berusia 13 tahun dan tidak hairanlah dia nampak semakin tinggi daripada ibunya.
“Rayyan masa arwah abah dia meninggal umur dia baru dua tahun tujuh bulan, dia masih belum faham lagi.
“Dulu waktu waktu masih kecil dan Rayyan sudah masuk sekolah, dia ada bertanya pada saya juga, sebab kadang-kadang saya hantar sendiri ke sekolah jadi dia bertanya…
“Mama semua orang datang dengan abah dia, Rayyan sahaja datang dengan mama. Itulah soalan yang paling susah saya nak jawab sebenarnya.”
“Saya jawab… Rayyan abahkan dah tak ada. Tak apa Rayyan jangan lupa baca Al-Fatihah untuk abah.
“Abah memerlukan doa Rayyan supaya abah senang dekat ‘sana’. Bila saya cakap macam tu barulah dia faham.
Penampilan Nana yang cukup manis manakala Rayyan nampak ‘abang-abang’ sangat.
Sumber: sitinordiana