Rupanya Ini Cara Nak Buat Takoyaki Versi Melayu. Sedap, Boleh Cuba!

Share

Anak-anak tentu suka makan takoyaki. Biasanya kita akan beli, kali ini apa kata kita buat sendiri. Mudah aje cara nak buatnya.

Ikuti perkongsian ini.

Bekal anak pagi ni baba buatkan TAKOYAKI versi MELAYU . Memandangkan baba takde acuan utk masak tako ni.. jadi kenalah kreatif. So baba buat ikut resepi CUCUR VIRAL. Alhamdulillah menjadi jugak. bleh makan sepuas²nya.

Resepi Cucur viral:

1 cawan air panas didih
1 cawan tepung gandum
1 sudu gula
Secubit garam

Nak jadikan tako versi tekak melayu just tambah kubis (cincang halus) daun sup dan cili merah. Inti bleh la buh sosej, sotong atau crabstick… mana² yg berkenan.

Satukan semua bahan & kacau sebati dgn segera. bulat²kan pastu blehlah digoreng dalam minyak yg panas.

Untuk sos (versi hentam saja daa):
Panaskan Kicap manis + gula & air.. pastu tambah tempung jagung utk pekatkan sos. sos kena manis baru sedap.

utk hiasan:
saya tabur daun sup dgn bawang goreng.. bonito xde kat rumah. 

Selamat mencuba!

Kredit: Wan Muhammad Hafiz Satar to Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)