Spaghetti adalah antara menu yang menjadi pilihan keluarga terutama anak-anak. Memang menjadi pembuka selera buat anak-anak. Oleh itu, ia menjadi hidangan popular di kalanga seisi keluarga.
Malah tidak mustahil, ada yang sanggup membeli pes untuk membuatnya di rumah. Namun, kadang kala, sebagai ibu bapa yang mementingkan kesihatan keluarga, kadang kala, terdedah dengan bahan pengawet tidak digalakan.
Bagi yang mementingkan kualiti penyediaan makanan secara sihat tanpa pengawet, boleh cuba membuat sos spaghetti di rumah.
Walaupun banyak step yang kena buat, tetapi berbaloi, kena sosnya boleh tahan sehingga 6 bulan jika di simpan di peti beku. Jom ikuti perkongsian ini oleh puan Dahlia Kamaruza di halaman Masak Apa Hari Ini.
Homemade pasta sauce. Gigih hakak kau pulun demi anak-anak si peminat tegar pasta. Seminggu mesti 2-3 kali makan pasta. Asik nak beli je sosnya. Bengkok mummy. Zaman2 ni kena pandai jimat2. Tambah anak berderet kan.
Jadik lah. Dari 10kg tomato. Dapatlah 3 bekas besar 1 bekas kecik. Boleh lah makan pasta hari2 gini.
RUPANYA INI CARANYA.
Ads
BAHAN-BAHAN
Tomato 10kg Bawang holand 4 biji (dadu) Bawang putih 2 labu (tumbuk)
Capsicum merah 4 biji
Cendawan shitake dalam 1/2 bekas (dadu)
Sweet basil 2-3 batang (ambil daun je)
Bay leaf 2-3 helai
Blackpepper sedikit
Mixed herbs sedikit
Cili powder 2 tbs (optional)
Cbs/cfs/serbuk ayam homemade (optional)
Minyak olive/masak dalam 1-2 cup
CARA PENYEDIAAN
Basuh bersih tomato kemudian kelar kulit luar dia silang. Rebus air dalam kuali hingga didih dan celur tomato sekejap.
Ads
Kemudian angkat dan rendam dalam bekas berisi air yang mengalir. Nak bagi dia cool down.
Kopek kulit dan asingkan dengan isi. Belah 2 dan picit biji keluar.Blend biji dan kulit. Ambil air je.
Masak semua dalam periuk hingga air berkurangan. Biar sejuk. Blend separuh.
Jadi lah macam ni. Masuk dalam kuali. Hidupkan api. Tak payah letak air. Sebab nanti air dari tomato tu keluar.
Biji dengan kulit tu jangan buang pulak. Blender dan tapis ambil jusnya. Jus pada biji tu yang sedap. Sebab dia manis.Tak payah tambah air pun masa blend. Sebab akan keluar air.Ini lah hampas hasil dari blend kulit dan biji tu….kenapa buang. Sebab nak sos yang halus…. Kalau tak buang biji dan kulit tu tak hancur bila masak… Tak sedap lah sosnya
Kemudian, capsicum tu bakar je atas dapur sampai kulit dia hangus… Lepas tu lalukan bawah air paip.. Buang kulit dan biji dia. Blend. Campurkan dengan sos tomato.
Ads
Tomato yang dah didihkan atas dapur tu bila dia dah kecut sikit air dah kurang boleh cedok sikit keluarkan. Yang lain blend halus. Hakak pakai hand blender je. Senang. Blend sekali jalan je.
Tumis bawang holand, putih dan cendawan sampai layu. Kemudian blend. Taknak blend pun takpe. Boleh add on terus dalam sos.
Tapi anak2 mummy nanti tak makan. Dia pilih2. So mummy blend halus je terus. Transfer dalam kuali dan masak hingga kering.
Yang ni hasil selepas di masak hingga kering betul. Nak tahu kering betul ke tak.Masak sampai sos dia lompat2. Kalau melompat ke dinding. Lantai tu. Kering dah la. Lepas blend semua tu campur balik semua dalam kuali.Buka api then masak je sampai kering. Boleh add on herbs masa ni. Sweet basil tu local punya. Tanam sendiri.Sedap. Wangi. Tapi dia taklah kuat sangat baunya. Bila campur dalam sos tu memang sedap sangat.Rasa dah sama macam sos dalam botol tu tau. Lagi sedap dan pekat.
Add on serbuk cili, serbuk blackpepper, mixed herbs, sweet basil dan bay leaf. Dah kering matikan api. Dan biar cool down baru masuk bekas dan simpan.
Sos tomato ini tahan selama 2 hingga 3 hari di dalam peti sejuk bahagian Chiller. Bahagian peti beku pula sehingga 6 bulan. Sos ni pekat tau. Tak macam dalam tin tu. Ni macam paste. Boleh buat sos untuk pizza, lasagna, bake macaroni. Macam2 lah.. Simpan freezer… Tahan lama tau. Kena simpan freezer sebab tak ada bahan pengawet.
Menariknya perkongsiannya ni. Boleh cuba resipi ni. Yang paling penting tiada bahan pengawet!
Masak kurma sering menjadi menu kegemaran ramai kerana rasanya yang berempah, lemak dan tidak pedas. Malah ibu-ibu juga gemar menyediakan sajian ini memandangkan ia mudah disediakan dengan menggunakan bahan rempah yang sedia ada dipasaran.
Pun begitu, menambahkan lagi rasa keenakan rasa masakan kurma ini, Syed Mohd Nazli Jamalullail melalui MAHN berkongsi tip atau petua untuk menjadikan masakan ini lebih sedap daripada biasa.
Nak tahu apa yang perlu dibuat, jom semak perkongsiam bermanfaat ini.
Petua Khas Dan Resipi Masak Kurma
1)Tumis menggunakan minyak sapi, bawang besar,hirisan halia,kulit kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga sehingga garing kekuningan.
2)Masukkan serbuk rempah kurma yang telah digaul bersama air, daging,kerisik,
tomato,bawang putih/merah yang telah di blend dan buah keras serta jintan yang telah ditumbuk.
3)Tutup periuk,masak dengan api kecil sehingga pecah minyak,tutup periuk itu bertujuan supaya aroma bau tak hilang dan daging akan cepat lembut. Awas! Jangan biarkan ramuan rempah tu hangit,air kena pandai agak.
4)Bila daging dah hampir lembut,masukkan kentang,tunggu sehingga lembut,
masukkan santan,biarkan sehingga menggelegak.
5)Masukkan cili merah potong tengah dan bawang besar potong empat dan garam.
6)Petua khasnya ialah – Setelah semuanya selesai masak,tuangkan sedikit minyak sapi mentah ke dalam kuah kurma,ini akan menambahkan kelazatan masakan kurma itu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sepanjang PKP ni, tentu mak-mak sentiasa mencari idea untuk memasak untuk seisi keluarga. Maklumlah anak-anak pun, duduk di rumah. Tentu kerap anak ke dapur mencari makanan.
Kali ini Majalah Keluarga ingin berkongsi resipi mudah dan sedap untuk minum petang. Apam susu gebu gebas. Memang sedap! Makan panas-panas pasti licin. Bahan-bahan nak buat pun mudah. Semua bahan-bahan ada di ruang rak dapur anda. Jom!
Ikuti perkongsian ini.
Bahan-bahannya:
Bahan A: 4 biji telur (bilik suhu),1 sudu besar ovalet (suhu bilik),3 sudu besar susu pekat manis (suhu bilik), 1 sudu kecil Asen Vanilla,1 cwn gula * semua bahan kat atas putar hingga kembang dan putih (ringan) jika tiada pengadun, gunakan blender pun boleh.
Bahan B: 2 cwn Tepung gandum
Cara penyediaan:
1. Apabila adunan A sudah siap diputar, tambahkan dua cawan cawan tepung gandum. Gunakan kaedah kaup balik dan gaul sebati.
2. Selepas itu, asingkan ke dalam beberapa bekas dan letakkan warna yang disukai.
3. Jangan lupa sapukan acuan dengan mentega dulu supaya adunan senang dikeluarkan.
4. Kukus selama 30 minit. Guna api yang kuat. Pastikan air mendidih terlebih dahulu dan baru masukkan adunan.
Tip:
Untuk mengelakkan apam bantat, pastikan pengudus tudung dibalut dengan kain dahulu kerana jika udara menitik, apam akan menjadi bantat dan permukaannya tidak cantik. – Pastikan putar atau blender adunan selama mungkin dalam 15 hingga 20 minit kerana apam susu, lagi lama diputar, semakin gebu hasilnya.
Melayan selera selepas puas menjamah rendang sepanjang berhari raya tentunya terbuka selera dengan juadah ala kampung.
Membayangkan betapa enaknya menikmati hidangan makan tengah hari bersama lauk pauk kegemaran dan dilengkapkan pula dengan ulam jantung pisang dan sambal belacan, memang terbaik!
Bahkan bila hidangan ini dijamah, pasti bukan sepinggan nasi dimakan akan tetapi akan makan bertambah. Begitulah jika ingin digambarkan akan keenakan dan kelazatan menikmati hidangan bersama ulam jantung pisang ini buat penggemarnya.
Pun begitu, tidak semua antara kita ‘pakar’ menyediakan ulam jantung pisang agar terlihat putih bersih warnanya. Apa yang sering terjadi, ulam yang direbus sering menjadi lebam dan sekali gus menjadikan ulam jantung pisang ini kurang menarik.
Nak tahu apa rahsianya untuk menjadikan jantung pisang yang direbus nampak cantik, sebenarnya ada petuanya. Nak tahu lebih lanjut, jom praktik 5 kaedah mudah ini sebagai mana yang diamalkan oleh orang dulu-dulu.
[su_highlight background=”#dacfd5″ color=”#d01313″]Petua Untuk Pastikan Jantung Pisang Tidak Mudah Lebam[/su_highlight]
Minyak masak
Masukkan sedikit minyak masak ke dalam periuk semasa ingin merebus jantung pisang tersebut.
Jangan dibelah dua
Pastikan kulit jantung pisang telah dibuang hingga beberapa lapisan dan kemudian masukkan terus ke dalam air rebusan yang mendidih. Jantung pisang jangan dipotong dan setelah masak barulah di potong dua atau empat.
Limau
Semasa merebus jantung pisang tersebut boleh juga diperahkan limau ke dalamnya.
Garam
Memasukan garam ke dalam air rebusan jantung pisang juga antara cara yang berkesan untuk memastikan jantung pisang tidak menjadi lebam selepas direbus.
Asam Keping
Penggunaan asam keping juga dikatakan dapat menjadikan jantung pisang yang direbus kekal berwarna putih. Caranya cukup mudah hanya masukkan sekeping ke dalam periuk rebusan dan masaklah seperti biasa.
Pelbagai menu berasaskan jantung pisang. Memang menyelerakan!
Atasi masalah sembelit- seperti pisang, jantung pisang juga kaya dengan serat bagi membantu melancarkan pencernaan. Kandungan serat dalam jantung pisang juga akan membuatkan kita rasa kenyang lebih lama.
Atasi anemia- Bagi yang mengalami anemia, amalkan makan jantung pisang untuk menambah darah dalam badan . Ini kerana jantung pisang kaya dengan zat besi yang merupakan mineral utama untuk membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah.
Menyihatkan rahim- Selain tinggi kandungan serat, jantung pisang juga kaya dengan mineral, kalsium, dan zat besi bagi mencegah jangkitan pada rahim serta dapat memperkuatkan dinding rahim.
Menurunkan berat badan- ia mampu melancarkan pencernaan dan sekali gus akan menurunkan berat badan. Bagi yang sedang berdiet disarankan untuk mengambil jantung pisang sebagai salah satu menu diet harian.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon jelita, Nora Danish menyifatkan hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-43 pada Jumaat lalu adalah berjaya khatam al-Quran dalam tempoh 10 hari pada Ramadan ini.