
Bagi yang suka masakan kampung tentu suka hidangan ini. Ia termasuk hidangan cucur kembung panjang yang enak. Kalau masak pasti nak lagi.
Nak tahu cara membuatnya, jom lihat resipi.
Saya nak share resepi Cucur Kembung Panjang kalo orang kampung saya panggil..senang sahaja..boleh makan dgn kuah kacang dan kuah persembur memang sedap.
Bahan-bahan cucur kembung panjang
-Tepung gandum 1kg
-Air 300ml
-Sebuk Kunyit 1sudu kecil
-yis 1sudu kecil
-Kucai 100gm
-Taughe 100gm
-Bawang 2labu
-Garam secukup rasa
-Minyak masak 1pkt
Langkah2
1.ambil bekas masuk tepung gandum dan tuang air sikit2..jgn masuk semua air takut cair..kacau hingga sebati
2.masukkan serbuk kunyit,yis,kucai, taughe,bawang dan garam,kacau hingga rata.biar selama 1jam bagi yis dgn adunan naik…
3.ambil kuali panas kan minyak…dan goreng dgn api yg slow supaya cucu kita tidak hangus..
4.angkat cucur dan boleh dihidangkan
Selamat mencuba kawan-kawan
Sumber: Haffiz Fizzainal
Makan Petang Bersama Bingka Buah Kelapa Sawit Legend. Bukan Takat Rare, Cara Buat Pun Mudah Je!

Sejak-sejak PKP hari tu asyik masuk dapur je kerjanya, mak-mak yang dari amatur memasak dah bertukar jadi pro dah! Betul tak?
Nak-nak lagi dalam buat menu petang. Kalau tak sebelum ni pisang goreng, keropok lekor tepi jalan je dipandangnya. Sekarang ni nak makan apa, haa sebut je zupp siap! gittew kan?!
Dah kalau pro tu, cer cuba try test tengok buat kuih bingka buah kelapa sawit resipi dari Siti Maisarah Qaleesya. Mudah je, yang duduk kampung ada kebun tu lagi best, main petik je buahnya. Jom cuba!
Salam semua.. hari ni first time saya buat talam/ bingka kelapa sawit dan rasmikn oven baru adik..ada masa free ke rmhnya yg penting hapey2 je,menjadi ke idok ni.??.keluar dari oven ank kata bau wangiii lh…kelapa sawit fresh ambil tepi rmh je..terlebih time membakar so kering sikit lh..tp rasanya manis, lemak dan lembut ddalam, garing dluar..alhamdulilah ank suka mkn..kite bagi2 kn sikit kt family utk rasa ye..
BINGKA & BENGKANG BUAH KELAPA SAWIT LAGEND
1kg buah kelapa sawit(direbus sehingga empuk)
*5 biji telur
*2 sudu ovelate
*1 1/2cwn gula
-1 kotak santan kara
-3 cwn tepung gandum
1.Rebus buah sawit sehingga empuk.Biarkn ia suam2 pns.kemudian asingkan isi dan biji sawit- tapis asingkn
2.Bland telur+ gula+overlet dan pati sawit yg dtapis td.
3.Masukkn santan kara+ tepung gandum(Jika penuh keluarkn separuh bland,bland 2x ye.lebih limid penuh bland x jln plk kn)
4.Selesai bland tuang dlm loyang acuan dan bakar 180’c selama 45 minit.(saya guna santan kara,santan kelapa lemak sgt.sbb buah sawit dh lemak dan brminyak)
*BILA DH NAIK BAU TU MESTI BEST..MASAK DH, POTONG MKN PNS2 SDP*
-SELAMAT MENCUBA KUIH LAGEND SAYA,SEMOGA BERMANFAAT…
Popia Bergedil Daging & Sambal Kicap, Sedap Ya Amat. Rugi Tak Cuba & Ni Resipinya!

Menu bergedil sememangnya sedap tapi lagi berganda enaknya bila dimasak menjadi Popia Bergedil. Boleh dijadikan menu minum petang atau sarapan yang cukup menyelerakan, bila turut dihidangkan bersama sambal kicap yang pedas. Laju sahaja kita makan dan sedar-sedar habis sepinggan Popia Bergedil yang terhidang.
Jadi buat yang pertama kali hendak mencuba rasa, di sini dikongsikan resipi untuk memudahkan anda mencubanya. Resipi ini dikongsikan oleh Ana Kefli dan boleh dicuba. Bila masak sendiri, puas hati dapat kita makan ramai-ramai bersama seisi keluarga.
Bergedil Popia Cili kicap
Kentang 5 biji – Goreng/lenyek
Cili Besar Merah 1 biji – Hiris halus
Daun Bawang Secekak – Hiris halus
Bawang Goreng Sesenduk
Daging Lembu Kisar * Bubuh sedap. Tak ada takpa
Serbuk Lada Putih
Perasa
* Gaul semua bahan di atas.Bebolakan atau bentukkan panjang. Ikut suka.
Cili Kicap Pedas Gills
Cili Api Vietnam 10biji
Cili Api Hijau 10biji
Bawang besar sebelah
Bawang putih 3 ulas
Kicap pekat
Kicap cair
Perasa
Air sikit
* Goreng semua. Biar sejuk sikit, masuk blender semua bahan. Masukkan perasa, air sikit,kicap pekat dan kicap cair, gula ikut kesesuaian/kemampuan pedas atau tak dan perahan limau sikit.
** Nak tahan lama mesti masak sekejap atas dapur api kecil dalam 10minit. Simpan peti tahan seminggu atau lebih.
Cara Gulung & Goreng
Kulit Popia
Air masak *agen pelekat/gam
* Sehelai kulit popia, lipatan pertama lipat 1 besar. Sebelah lagi lipat sikit sahaja.Bubuh begedil, dan isikan air dihujung lipatan sebagau agent pelekat. Dan boleh gulung.
* Bancuh telur 3biji + tepung jagung sesudu + perasa. Kacau rata. Panaskan api, celup Bergedil Popia dan goreng kekuningan.
* Sudah siap! Boleh makan.
Sedap gillsss gaiss
Sumber : Ana Kefli
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BUAT ROTI JALA VIRAL dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/ceriakan-hati-dengan-buat-roti-jala-viral/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Petua Hilangkan Angin, Sakit Kaki & Lenguh Badan Dengan 4 Bahan Di Dapur. Wanita Ini Kongsikan Caranya.

Semakin berusia seseorang, semakin bertambah segala penyakit dalam badan. Angin, lenguh sana sini dan sebagainya lagi. Lebih teruk lagi bila salah makan, makin mengundang macam-macam masalah pada tubuh.
Buat ibu-ibu yang ada masalah sakit badan, angin dan lenguh-lenguh badan, boleh cuba petua ini. katanya dapat membantu menghilangkan angin dan lenguh badan. yang ada masalah sakit kaki juga boleh cuba.
Petua ini dikongsikan oleh No Or. Selamat mencuba!
PETUA HILANGKAN SAKIT KAKI DAN LENGUH BADAN
Selain dari perlu jaga apa yang kita makan dan amalkan gaya hidup sihat, ada beberapa petua jugak yang orang-orang dulu biasa amalkan untuk hilangkan sakit badan dan kuarkan angin dalam badan kita ni.
Salah satu petua yang Cik No nak kongsi ni, di amalkan sendiri oleh emak kawan baik Cik No sendiri. Mak dia buat air ni untuk minum. Untuk hilangkan sakit-sakit badan dan buang angin. Memang berkesan sangat.
Kebas kat kaki dan tangan pun boleh lega. Selain dari tu, kalau yang ada masalah susah buang air besar pun boleh cuba tau. Sebabnye die boleh bantu untuk cuci darah beku dalam badan jugak.
BAHAN-BAHAN:
*halba 1 bungkus (50sen)
*halia 1 – 2 inch
*serai 1 batang (yang gemuk)
*air 3 gelas besar
1 sudu asam jawa
CARA-CARA
1. Rebuskan semua bahan bertanda * dalam periuk hingga mendidih.
2. Bila dah mendidih, angkat dan campurkan rebusan tadi dengan 1 sudu asam jawa.
Kacau hingga sebati.
Seeloknya, minum masa suam.
Paling bagus minum sebelum masuk tidur. Insha Allah, bila bangun pagi, badan rasa segar je.
Boleh amalkan 1 atau 2 kali seminggu.
**Nota:
Lebihan air rebusan ini boleh disimpan dalam peti ais 1 hari saja.