Rupanya Ini Cara Mudah Tanam Terung Berbuah Lebat.

Share

Rupanya begini cara tanam terung yang mudah. Asyik beli je, apa kata tanam sendiri. Jimat dan boleh dapat makan terung yang ‘fresh’ setiap hari.

Ikuti perkongsian saudara Azuan Abdullah cara tanam terung.

Ini pokok terung yang kami tanam. Ada sepokok pun dah tak habis makan. Sayangnya yang ni serkah awal sebab buah lebat sangat. Tak sempat nak upgrade sokongan.

Kami tanam dalam petak tanaman. Petak tanaman tu upah member yang buat. Guna batu bata. Lebarnya 3 kaki, tinggi 8 inci dan panjang 12 kaki.

Guna tanah campuran sebagai media tanaman. Cara penyediaan tanah campuran follow Rukun TOL.

Pembajaan pula guna kombinasi baja kimia dan baja organik.

Baja semburan guna foliar organik seperti mol ikan, mol subur, mol buah, pati baja kulit telur dan pati baja tulang.

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

 

Kawalan perosak pulak guna racun organic buatan sendiri. Taip je ‘Instant Control” kat fb, akan keluar cara detail yang pernah AA kongsi.

Baik.

Ini panduan ringkas supaya buah terung yang kita tanam nanti berbuah lebat.

1. Tujuh hari sebelum tanam, isi tanah campuran ke dalam petak tanaman dan tayar. Nisbahya 1 bahagian tanah bukit + 1 bahagian kompos tinja ayam + 1 bahagian pasir.

2. Tiga hari sebelum tanam, siram dengan larutan mol ikan + mol subur. Mol subur yang biasa AA guna adalah mol batang pisang.

Siram hingga permukaan tanah basah lencun. Kadar pencairan untuk 1 liter air adalah 2 ml mol ikan dan 2 ml mol batang pisang.

3. Satu hari sebelum tanam, gali lubang yang dalamnya lebih kurang 4-6 inci. Letakkan 5 gram baja sebatian NPK 15:15:15 ke dalam lubang tersebut. Kambus sedikit lubang tersebut.

4. Tanam anak benih usia 30-35 hari lepas semai. Pilih anak benih yang sihat dan bebas penyakit. Eloknya tanam waktu petang untuk elakkan anak benih stress.

5. Lepas tanam, siram air secukupnya. Lepas tu spray dengan racun organic buatan sendiri. Saya biasa guna instant control. Cara buat boleh search di fb saya ya.

6. Siraman air kosong dibuat 1-3 hari sekali bergantung kepada kelembapan media. Eloknya siram pada waktu pagi. Cuba elakkan siram pada waktu petang sebab ia boleh gangu proses kimia pokok.

7. Siraman dengan mol ikan + mol batang pisang (subur) dibuat seminggu sekali. Kadar pencairan untuk 1 kiter air adalah 2 ml mol ikan dan 2 ml mol batang pisang.

8. Semburan racun organic “Instant Control” ini dibuat secara berkala 2 kali seminggu. Eloknya sembur pada waktu petang.

9. Pembajaan pertama dibuat pada minggu kedua. Buat alur disekiling pokok. Tabur 10 gram baja sebataian NPK 15:15:15 ke dalam alur tersebut. Tutup alur semula. Siram secukupnya.

10. Semburan foliar organic untuk percepatkan pertumbuhan dibuat pada minggu pertama. Guna kombinasi mol ikan + mol batang pisang + pati baja tulang.

11. AA buang semua tunas sisi pada minggu ketiga. Tak nak buang pun tak apa. Cuma jangan simpan terlalu banyak. Memadai simpan 3-4 stem je untuk mudah pengurusan.

12. Pembajaan kedua dibuat pada minggu keempat. Buat alur disekiling pokok. Tabur 10-20 gram baja sebataian NPK 12:12:17 ke dalam alur tersebut. Tutup alur semula. Siram secukupnya. Ulang proses ini 2 minggu sekali.

Sahabat,

Ini salah satu cara yang kami amalkan dan ianya menjadi dengan sangat baik.

Biasanya pokok terung akan start berbunga 3-4 minggu selepas tanam. Ianya boleh dituai sekitar 3-4 minggu selaps berbunga.

Pokok terung ni boleh hidup lama kalau betul cara jaganya. 3-4 bulan tu biasa. Di rumah AA, ada yang cecah 6-7 bulan.

Boleh dapat berbelas-belas kilogram untuk 1 pokok. Memang tak habis makan. Siap boleh bagi kat sanak saudara lagi.

Semoga bermanfaat sahabat!

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club