Rupanya Ini Cara Masak Agar-Agar Tali Yang Cantik. Sesuai Untuk Newbie.

Share

Nampak mudah untuk masak agar-agar tapi rupanya jika salah masak jadi tak cantik hasilnya.

Malah ada yang keliru sukatan air untuk masak agar-agar tali? Boleh ikut panduan ni.

1. Basahkan agar-agar tali hingga lembut dan buang airnya.

2. Isikan agar-agar tersebut serta padatkan dalam bekas/ cawan/mangkuk. Ingat ya..mesti dipadatkan. Contoh seperti dalam gambar.

3. Nisbahkan agar-agar kepàda air/apa-apa cecair (termasuk susu/santan dsb) adalah:

(agar-agar : cecair)
1 bekas : 4 bekas (tekstur agar-agar akan keras-keras manja tapi kalau suka keras sikit ok dah cantik )
1 bekas : 4.5 bekas (tekstur sedang-sedang saja)
1 bekas : 5 bekas ( teksturlembut. tapi jangan sampai lebih 5 bekas cecair nanti agar-agar akan lembik/berair sangat)

4. Nisbah air 4 ke 5 ikut kekentalan yang disukai. Kalau letak susu/santan pun sama sukatkan sekali dengan air supaya dapat 4 atau 5 gelas tu.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Zaleha Rusli