
Nampak mudah untuk masak agar-agar tapi rupanya jika salah masak jadi tak cantik hasilnya.
Malah ada yang keliru sukatan air untuk masak agar-agar tali? Boleh ikut panduan ni.
1. Basahkan agar-agar tali hingga lembut dan buang airnya.
2. Isikan agar-agar tersebut serta padatkan dalam bekas/ cawan/mangkuk. Ingat ya..mesti dipadatkan. Contoh seperti dalam gambar.
3. Nisbahkan agar-agar kepàda air/apa-apa cecair (termasuk susu/santan dsb) adalah:
(agar-agar : cecair)
1 bekas : 4 bekas (tekstur agar-agar akan keras-keras manja tapi kalau suka keras sikit ok dah cantik )
1 bekas : 4.5 bekas (tekstur sedang-sedang saja)
1 bekas : 5 bekas ( teksturlembut. tapi jangan sampai lebih 5 bekas cecair nanti agar-agar akan lembik/berair sangat)
4. Nisbah air 4 ke 5 ikut kekentalan yang disukai. Kalau letak susu/santan pun sama sukatkan sekali dengan air supaya dapat 4 atau 5 gelas tu.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Zaleha Rusli
Perkongsian Suami ini Cukup Membahagiakan! Boleh Ikut Caranya Tawan Hati Isteri Supaya Rumahtangga Semanis Kurma

Bukan mudah untuk membahagiakan pasangan, tambahan pula kesibukkan dengan tanggungjawab sebagai keluarga, kerjaya dan anak-anak. Namun, itulah rencah dunia rumahtangga.
Nyata, bagi membentuk sebuah perkahwinan bahagia ini harus diketahui oleh setiap pasangan supaya perkahwinan sentiasa sakinah. Oleh itu, setiap pasangan harus tahu peranan masing-masing untuk membahagiakan pasangannya.
Begitulah pendekatan yang dilakukan oleh seorang suami ini Muhammad Hassan melalui perkongsiannya di fbnya mengenai salah satu cara dia menawan hati isterinya supaya kekal bahagia rumahtangga. Walaupun nampak biasa-biasa, tetapi begitu luar biasa buat wanita bergelar isteri.
Seronok sebenarnya bagi masa untuk isteri shopping pakaian dia. Itulah ‘me time’ seorang isteri apabila masuk pasar raya,itulah masa untuk mereka hilangkan stress dan itulah salah satu cara suami gembirakan isteri yang sepanjang perkahwinan jiwanya untuk kita.
Saya cakap kat isteri; Pergilah pilih baju berapa lama masa yang awak nak,takpa saya jaga anak. Memang lama betullah,sampai saya dan anak pun cari ruang untuk rehat ?.
Rupanya sekeliling saya ramai para suami yang baik layan isteri,bagi masa untuk shopping sambil jaga anak.
Sabar menunggu isteri memilih pakaian mereka. yelah, bagi isteri terutama suri rumah,masa mereka lebih banyak berada dalam rumah. Dapur,bilik,ruang tamu itulah pejabat mereka 24jam.
Saya terharu sangat tengok para suami layan sepenuhnya ‘me time’ seorang isteri. Ada tu dari jauh lambai-lambai isteri sambil buat flying kiss. Saya apa lagi,lambai jugalah kat isteri, ingat nak buat flying kiss juga, rupanya isteri balas dengan isyarat nak duit ??.
Habis bayar isteri ucap terima kasih sebab belanja. Saya cakap itu hak awak terhadap suami.
Sahabat. Buatlah apa cara sekali pun,asalkan pasangan dan keluarga kita bahagia. Bahagia ini mahal,lebih mahal dari dunia isinya.
-EncikMatt-
#LelakiBurQa
#IsteriAnugerahTerhebat
Sumber:Muhammad Hassan
Tiga Suku Kekuatan Ada Dalam Diri & Jiwa Suami Adalah Kerana Isteri.” Mustapha Kamal Akui Kejayaannya Berkat Sokongan Isteri

“Lelaki yang hebat bukan yang dapat mengahwini perempuan solehah , tapi lelaki yang mengahwini wanita biasa dan berjaya bimbingnya menjadi perempuan solehah ” .
Itu antara kata-kata pelakon Vila ghazara yang baru menerima anugerah darjat kebesaran Ahli Setia Mahkota Kelantan (Al-Ibrahimi V) membawa gelaran Datuk Paduka.
Pelakon Datuk Paduka Mustapha Kamal menganggap kejayaan yang diperolehinya selama ini adalah kerana sokongan daripada isterinya, Datin Sri Susan Manen.
Salam …
Kejayaan seorang suami adalah kerana sokongan dorongan dan dokongan seorang isteri .. tiga suku kekuatan yang ada dalam diri dan dijiwa suami adalah kerana isteri ..
Peranan isteri paling penting utk kejayaan suami dan keluarga … berkat kesabaran dan kesungguhan usaha , In sya Allah … dia maha penyayang .
*Abg Mus sedang mencari kejayaan itu dunia akhirat *
PERMUDAHKANLAH YA ALLAH
JANGAN PERSULITKAN
SUDAHI DENGAN KEBAIKAN .
aamiinn……….
Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi laman facebooknya. Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dia atas penganugerahan yang diterima pelakon ini.
Isnin lalu, Mustapha dikurniakan darjah kebesaran Ahli Setia Mahkota Kelantan yang membawa gelaran Datuk Paduka pada Istiadat Pengurniaan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Kelantan sempena Hari Keputeraan Sultan Muhammad V ke-50, di Istana Balai Besar, Kota Bharu.
Beliau kemudian nya memuat naik beberapa keping gambar sewaktu istiadat berlangsung bagi berkongsi kegembiraan tersebut dengan peminatnya.
Anak Mengadu Ada ‘Benda’ Bergerak Dalam Tangan, Rupanya Cacing! Hati-Hati Bagi Anak Main Pasir

Selain pemakanan dan jangkitan, soal kebersihan juga boleh membawa kepada cacing parasit masuk ke tubuh badan. Dan atas sebab itu, kita diwajibkan membersihkan diri setiap kali melakukan aktiviti luar untuk mencegah sebarang penyakit.
Pengalaman ibu ini yang melihat sendiri kejadian yang berlaku pada anaknya boleh dijadikan peringatan bersama. Menurut Puan Murni Hassan, kejadian yang berlaku pada anaknya ini langsung tak terfikir sama sekali. Bila nampak depan mata sendiri baru tahu hal ini.
Kisah tangan Adam masuk cacing…
Sebelum nak puasa hari tu balik kampung, biasalah Adam kalau balik kampung seronok dia boleh main pasir. Memang main sungguh-sungguh laa pasir tu. Pasir yang orang buat rumah pun main, pasir tanah gambut pun dia main siap korek-korek dengan tangan lagi.
Murni bagi main tu sebab sebelum ni ok je tak ada masalah. Tapi kali ni tak. Balik je ke KL lepas 3 hari tu dia kata gatal-gatal tangan dia. Murni tengok macam ada biji merah, ingatkan kena gigit nyamuk. Letaklah ubat gamat.
Dia kata sakit juga. Pujuk-pujuk dia ok. Keesokannya haaa ambil nampak macam dalam gambar di bawah tu, sebab ada dot-dot menjalar. Tapi husband Murni tak caya tu cacing, tapi Murni ni firasat kuat tu memang CACING !!!
Alhamdulillah selepas pergi beberapa klinik dapat ubat cacing untuk 3 hari makan dan cacing di tangan pun dah mati. Syukurlah tak ada apa-apa jangkitan kat lain.
Hari ke 6 Adam makan ubat albendazole dan dalam hari ke-11 dah kering. Cacing tu mati sendiri dan doktor kata nanti kulit akan mengelupas.
Hingga kini Adam dah fobia nak main pasir, terpijak pasir pun cepat-cepat suruh mommy basuh. HAAA baru dia tahu erti serik. Syukur Ya Allah.
Masa kejadian itu kasihan sangat. Malam-malam Adam tak lena tidur asyik mengetap gigi, mengigau tangan sakit, perut macam tak cerna makanan dan berat badan pun menurun.
Sebagai ibu saya nasihatkan semua ibu bapa agar sentiasa beringat setiap kali anak main pasir. Pastikan anak basuh tangan bersih-bersih. Jangan jadi macam anak saya ni.
Sumber: Munni Hasan II