Menurut pakar Kimia, Puan Dr Fatimah Salim, krimer manis/ sejat berbeza dengan susu pekat manis/ sejat.

Krimer diperbuat daripada lemak minyak kelapa sawit. Sangat minima atau TIADA langsung kandungan susu!

Oleh itu, baca label sebelum membeli.

Susu pekat manis merupakan susu yang dihasilkan daripada membuang lebih daripada 60% kandungan air dalam susu lembu yang mana kemudiannya ditambahkan gula (~45%) dan ditinkan agar tahan lama.

Rupanya Ini Beza Susu Pekat Manis Dan Krimer Manis. Pakar Kimia Ini Jelaskan.

Kebanyakkan susu pekat manis yang berada di pasaran juga ditambah dengan lemak kelapa sawit untuk mengurangkan penggunaan susu lembu dan boleh dijual dengan harga yang lebih murah (biasanya dilabel ‘filled milk’).

IKLAN

Setiap 1 Oz (30 ml) susu ini mengandungi sekitar 15 g GULA (sukrosa dan laktosa), 2.5 g lemak (lebih separuh lemak tepu) dan 2.2 g protein. Ianya juga mengandungi kalsium, natrium, fosforus, selenium, riboflavin, vitamin B12 (biasanya ditambah vitamin A dan D3) dan choline.

Susu pekat manis sangat popular digunakan dalam pelbagai jenis minuman dan makanan. Pengambilan susu pekat manis secara kerap dan berlebihan boleh membawa kepada pelbagai risiko kesihatan seperti diabetis yang mana akan menjadi pemangkin kepada penyakit lain.

Disebabkan tinggi kandungan gula, alternatif yang lebih bagus ialah dengan mengantikannya dengan susu sejat. Ini kerana susu sejat juga dibuat daripada pepejal susu namun tiada penambahan gula.

IKLAN

BOLEH BUAT SENDIRI DI RUMAH SUSU PEKAT MANIS

Susu pekat manis sebenarnya boleh dihasilkan sendiri di rumah dengan mencampurkan 1 bahagian susu sejat dengan 1 1/4 bahagian gula. Panaskan dan kacau sehingga gula cair, susu bertekstur pekat dan sejukkan. Atau boleh juga didihkan susu dengan gula sehingga ianya menjadi pekat (~60% kandungan air meruap).

Nota:

IKLAN

Susu pekat manis yang sudah dibuka perlu disimpan dalam peti sejuk kerana jangka hayatnya berkurangan sekitar 2 minggu.

Krimer manis/ sejat BERBEZA dengan susu pekat manis/ sejat. Krimer diperbuat daripada lemak minyak kelapa sawit. Sangat minima atau TIADA langsung kandungan susu! Oleh itu, baca label sebelum membeli.

JOM KENALI SUSU DALAM TIN

Rupanya Ini Beza Susu Pekat Manis Dan Krimer Manis. Pakar Kimia Ini Jelaskan.

Sumber: Fatimah Salim

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI