Menurut pakar Kimia, Puan Dr Fatimah Salim, krimer manis/ sejat berbeza dengan susu pekat manis/ sejat.
Krimer diperbuat daripada lemak minyak kelapa sawit. Sangat minima atau TIADA langsung kandungan susu!
Oleh itu, baca label sebelum membeli.
Susu pekat manis merupakan susu yang dihasilkan daripada membuang lebih daripada 60% kandungan air dalam susu lembu yang mana kemudiannya ditambahkan gula (~45%) dan ditinkan agar tahan lama.
Kebanyakkan susu pekat manis yang berada di pasaran juga ditambah dengan lemak kelapa sawit untuk mengurangkan penggunaan susu lembu dan boleh dijual dengan harga yang lebih murah (biasanya dilabel ‘filled milk’).
Ads
Setiap 1 Oz (30 ml) susu ini mengandungi sekitar 15 g GULA (sukrosa dan laktosa), 2.5 g lemak (lebih separuh lemak tepu) dan 2.2 g protein. Ianya juga mengandungi kalsium, natrium, fosforus, selenium, riboflavin, vitamin B12 (biasanya ditambah vitamin A dan D3) dan choline.
Susu pekat manis sangat popular digunakan dalam pelbagai jenis minuman dan makanan. Pengambilan susu pekat manis secara kerap dan berlebihan boleh membawa kepada pelbagai risiko kesihatan seperti diabetis yang mana akan menjadi pemangkin kepada penyakit lain.
Disebabkan tinggi kandungan gula, alternatif yang lebih bagus ialah dengan mengantikannya dengan susu sejat. Ini kerana susu sejat juga dibuat daripada pepejal susu namun tiada penambahan gula.
Ads
BOLEH BUAT SENDIRI DI RUMAH SUSU PEKAT MANIS
Susu pekat manis sebenarnya boleh dihasilkan sendiri di rumah dengan mencampurkan 1 bahagian susu sejat dengan 1 1/4 bahagian gula. Panaskan dan kacau sehingga gula cair, susu bertekstur pekat dan sejukkan. Atau boleh juga didihkan susu dengan gula sehingga ianya menjadi pekat (~60% kandungan air meruap).
Nota:
Ads
• Susu pekat manis yang sudah dibuka perlu disimpan dalam peti sejuk kerana jangka hayatnya berkurangan sekitar 2 minggu.
• Krimer manis/ sejat BERBEZA dengan susu pekat manis/ sejat. Krimer diperbuat daripada lemak minyak kelapa sawit. Sangat minima atau TIADA langsung kandungan susu! Oleh itu, baca label sebelum membeli.
JOM KENALI SUSU DALAM TIN
Sumber: Fatimah Salim
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sotong celup tepung adalah antara menu yang sering menjadi kegemaran buat keluarga apabila menjamu selera.
Selalunya hidangan ini agak mahal jika makan di kedai. Apa kata buat sendiri di rumah. Rasanya pun rasa macam di kedai.
Malah melalui perkongsian ini berkongsi resipi untuk memastikan hidang sotong celup tepung rangup dan tidak meletup-letup ketika mengoreng.
Ikuti bahan-bahannya.
Resepi Nurul Faidha mmg menjadi, TQ faidha. Tepung ubi + tepung jagung + tepung bestari sikit. Tak meletup-letop, tak makan minyak, rangup & elok kejadian.
Ini Rahsianya. Bahan-bahanya adalah: Sukatan : 1 cawan tepung ubi + 1 cawan tepung jagung + 2 sudu tepung bestari Telur sebiji Tepung tak perlu bancuh, pecah telur gaul-gaul sotong, angkat terus golek-golek dalam tepung. Minyak letak banyak, bagi betoi2 panas, api jangan kuat sangat *mama Zarina Nasirudin Kamal tambah 1 sudu KFC garam n black pepper tepung bistari 2 sudu makan penuh Terima kasih Niza Nora for sharing
Memang rangup dan sedap. Dah rasa macam sotong goreng makan di kedai.
Sumber: Zarina Nasirudin Kamal
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pulut hitam sememangnya mempunyai banyak manfaat yang bagus terutamanya untuk para ibu yang sedang hamil. Ia juga dipercayai dapat mengurangkan risiko diabetes dan kaya dengan nutrisi.
Selain daripada rasanya yang lemak-lemak manis, cara untuk memasaknya juga amatlah mudah kerana hanya perlu ikut sahaja resipi yang dikongsikan oleh ini. Bubur ini juga boleh dimakan panas-panas atau sejuk.
– Rebus pulut hitam bersama air, gula kabung dan daun pandan. Rebus sehingga pulut hitam kembang dan lembut. Masa ni kuah akan jadi pekat sikit. Kalau nak tambah air lagi pun boleh. Ikut selera nak kuah banyak mana.
– Massukkan santan pekat dan susu cair.
– Perasakan dengan garam. Garam ni penting nak naikkan rasa lemak bubur itu.
Kentang bersalut keju memang kegemaran ramai. Biasanya kita akan ke kedai makanan segera untuk menikmati hidangan ini atau dikenali juga sebagai cheezey Potato Wedges. Selain membeli, kita boleh cuba membuat sendiri di rumah. Menerusi perkongsian ini, kita dapat mengetahu langkah demi langkah membuat hidang kegemaran ramai ni. Jom cuba buat. Memang mudah dan cepat.
1/2kilo ubi kentang cuci bersih
2sudu makan tepung gandum
2sudu makan tepung jagung
2sudu makan breadcrumb
1sudu teh serbuk kari
Sedikit garam
Cara-cara :
*potong baji ubi kentang dan gaul bersama garam&kukus lebih kurang 10minit
*toskan ubi kentang dan gaul bersama tepung gandum, tepung jagung, breadcrumb&serbuk kari
*panaskan minyak dan goreng hingga perang
*angkat dan tuangkan cheezy sos
Sos cheezy wedges ala ala kfc walau ala2 tapi rasa, warna& tekstur pun betul betul sama, cheese tu betul betul rasa yang nak buat meniaga meatball, ayam cheese pun boleh
Sos Cheezy Wedges
Bahan-bahan :
1gelas susu fullcream@susu cair
1/2ketul keju cheddar(beqa)
2sudu butter
1sudu teh serbuk cili
1ketul kiub ayam
2sudu tepung gandum(bancuh dengan air)
1gelas air
Sedikit pewarna kuning@oren
Sedikit gula
Cara-cara :
*cairkan butter masukkan kiub ayam,serbuk cili dan air
*kacau sebati hingga larut dan masukkan susu cair, tepung gandum, keju dan pewarna(sentiasa kacau supaya tak berketul)
*masak hingga keju cair dan sedikit pekat
*simpan dalam bekas bertutup boleh masukkan dalam peti ais.
Kredit Cheeszif Comunity
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Guru wanita trauma disamun tiga lelaki bersenjata parang di sebuah taska. Seorang guru wanita berdepan detik mencemaskan apabila menjadi mangsa rompakan oleh tiga lelaki bersenjatakan parang di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Tali Air 11, Pasir Panjang pada pagi Isnin.