Melihat limpahan cecair keju atas makanan membuatkan penggemar keju terliur dan tak sabar untuk menikmatinya. Tidak hairanlah sekarang ini banyak tempat makan yang viral dek resipi yang menggunakan cecair keju di atasnya.
Namun, tahukah anda kesan pengambilan cecair keju ini pada tubuh seseorang?
Page Public Health Malaysia baru-baru ini memuat naik satu perkongsian mengenai kesan dari pengambilan cecair keju ini terhadap tubuh seseorang.
Kegilaan rakyat Malaysia kepada cecair keju ini bermula dari menu KFC cheesy wedges yang telah di perkenal sekian lama.
Setelah ramuan cecair keju ini ditemui, ia bagaikan satu bahan tambahan wajib untuk pengusaha makanan meningkatkan “value” produk makanan mereka.
Sebagai contoh, Roti nan sepatutnya merupakan antara makanan yang sihat..
Oleh kerana mengikut trend semasa, segala makanan akan di siram dengan cecair keju yang tinggi lemak, garam dan gula ini!
Persoalannya adakah cecair keju ini benar benar mengandungi keju?
Senarai kandungan bahan bahan yang di gunakan untuk menghasilkan cecair keju ini terbukti ia sebenarnya merupakan bahan proses yang terdiri dari pelbagai bahan perasa, garam, gula dan MALTODEXTRIN.
Mungkin anda telah tahu apa kesan makanan tinggi gula dan garam kepada kesihatan. Kami kongsikan sedikit info mengenai maltodextrin ini.
Bahan tambahan yang banyak di gunakan ini merupakan bahan makanan proses yang berfungsi sebagai “pemekat” dan menambah jumlah makanan proses.
Apa yang membimbangkan, bahan ini mengandungi glycemic index yang cukup tinggi. Maknanya, selepas anda makan bahan ini, paras gula dalam darah akan meningkat dengan mendadak.
Makanan seperti ini ternyata TIDAK sesuai untuk pesakit kencing manis. Bagi individu yang sihat, pengambilan makanan ini meningkatkan risiko kencing manis di masa hadapan.
Lihatlah anak anak kita yang begitu menggemar cecair keju ini, badannya gemuk dan obese. Anak anak obese ini tidak cergas, cepat lesu dan tidak aktif. Perkembangan minda mereka juga turut terganggangu.
Ibu bapa dan pengusahan produk makanan sekalian,
Elakkan mengguna produk cecair keju ini secara keterlaluan. Lihatlah gambar gambar menu keju banjir ini.
Adakah anda merasakan ia satu menu yang sihat untuk dimakan?
Pilihan di tangan anda.