Rupanya Ini 4 Tip Pilih Ikan Segar Di Pasar, Masak Sardin Pun Sedap!

Share

Mak-mak dulu selalu pesan, ‘nak jaga suami, jaga perutnya dulu’. Sibuk macam mana pun, kena ada masa bagi suami rasa air tangan isteri.

Jika selalu masak, air tangan isterin ni, pergilah mana-mana, ia tidak akan setanding dengan apa yang isteri masak. Sentiasa jadi ingatan untuk suami dan anak-anak.

 

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Artikel Berkaitan: Ini Petua Masakan Daging Goreng Kunyit Supaya Kekal Lembut Dan Tak Liat Walaupun Dah Sejuk.

Artikel Berkaitan: 17 Petua Masakan Antaranya Elak Makanan Basi Dan Lebih Sedap, Tukang Masak Ini Kongsi Tip. Jadi Panduan Peniaga Makanan.

Artikel Berkaitan: Petua Buat Cili Kisar Lebih Tahan Lama, Masakan Pun Jadi Lebih Sedap. Ini Caranya.

Walau sibuk mana pun isteri akan tetap masak. Bahkan merajuk macam manapun seorang isteri itu dapur tetap berasap! Hebatnya kasih sayang isteri kepada keluarga.

Membeli keperluan bahan-bahan memasak seperti barang basah dan kering adalah aktiviti rutian harian sebuah keluarga.

Jadi untuk memastikan bahan-bahan masakan dibeli segar terdapat pelbagai petua yang boleh dijadikan panduan.

1. MATA IKAN

Cara yang paling mudah untuk menentukan kesegaran ikan ialah dengan memastikan ikan mempunyai mata yang jernih dan cerah. Selain itu, matanya juga akan timbul dan menonjol.

Manakala ikan yang tidak segar pula mempunyai mata berwarna merah dan pudar. Matanya juga sudah tenggelam dan sembap.

2. WARNA INSANG IKAN

Pilih ikan yang mempunyai insang berwarna merah terang dan pastikan insang basah tanpa mempunyai terlalu banyak lendir.

Ikan yang tidak segar pula mempunyai insang yang berwarna kelabu atau coklat kehitaman. Insangnya juga sudah menjadi keras dan berlendir.

3.WARNA KULIT DAN SISIK IKAN

Ikan yang segar mempunyai kulit luaran yang berkilat dan berwarna cerah berbanding dengan ikan tidak segar yang mempunyai kulit pucat.

Manakala sisik ikan segar juga kuat dan ikan tidak segar mempunyai sisik yang rapuh dan mudah tercabut.

 

4.TEKSTUR IKAN

Tekan ikan pada bahagian perutnya untuk memastikan ikan segar atau tidak. Tekstur yang keras bermakna ikan masih segar tetapi jika lembik, maknanya ikan sudah lama.

Elakkan daripada membeli ikan yang bahagian perutnya sudah pecah. Ini kerana ikan yang kurang segar mempunyai kulit perut yang lembik.

Dalam pada itu selain membeli barang-barang basah, ibu-ibu juga boleh membeli bahan masakan yang sudah dibungkus dan sedia untuk dihidangkan.

Bahan masakan yang ‘ready to eat‘ sudah banyak di pasaran menjadi pilihan buat ibu-ibu yang sibuk. Tidak salah sekali sekala mengunakan cara masakan ini.

Stok makanan begini wajib ada dalam kabinet di rumah apabila keperluan terdesak seperti kekangan masa untuk memasak, isteri ‘out-station’, atau pergi ‘camping’ bersama keluarga.

MASAK SARDIN PUN SEDAP!
PRODUK PILIHAN:

Hanya Koyak & Makan! Sardin Viral D’Heritage Pilihan Rakyat Malaysia

Pilihan produk yang paling trending adalah sardin. Mudah di masak dan penyediaannya paling cepat dan seisi keluarga mengemari hidangan ini.

Sardin viral D’Heritage menjadi pilihan rakyat Malaysia dek kerana pek sardinnya di dalam bentuk pek kantung (pouch) berbanding penggunaan tin yang cenderung membuatkan ikan sardin itu masih berbau hanyir dan mempunyai aroma tin.

Selain mudah untuk di bawa ke mana-mana sahaja, sardin viral D’Heritage hanya perlu ‘koyak dan makan’ (meal-ready-to-eat). Menggunakan teknologi retort atau pensterilan supaya produk yang dihasilkan mampu bertahan sehingga dua tahun tanpa menjejaskan struktur dan rasanya.

Sardin viral D’Heritage, jenama di bawah syarikat D’Era Pouch Industries yang telah beroperasi sejak 2004, namun mengeluarkan jenama sendiri termasuk Sardin Viral D’Heritage pada tahun 2014.

Syarikat milik bumiputera tersebut turut menghasilkan produk lain
antaranya ‘kari ayam mamak’, ‘baked beans’ dan ‘tomato puri’.

Sardin viral D’Heritage boleh didapati di lebih 100 pasaraya besar dan lebih 500 pasaraya terkemuka di seluruh semenanjung Malaysia. Jom dapatinya di pasaraya cawangan terdekat anda.

Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
k

 

Sumber: Says.com

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club