Irfan Khairi bukanlah nama asing di Malaysia, bahkan popularitinya sehingga tertulis dalam buku teks sekolah. Irfan pernah mencipta fenomena sekitar tahun 2005 kerana berjaya bergelar jutawan muda atau jutawan internet.
Dia cuma memerlukan tiga tahun untuk bergelar jutawan pada usia 25 tahun menerusi bisnes online. Kini Irfan memiliki lebih 15 perniagaan berstatus multijuta.
Namun kejayaannya itu, ramai yang tidak tahu mengenai kisah keluarganya. Rupanya ada sebabnya yang dinyatakan menerusi perkongsiannya baru-baru ini.
Pastinya anda tahu, saya jarang-jarang kongsikan mengenai keluarga, isteri dan anak-anak di media sosial. Ya, memang mereka jenis pemalu, tak macam saya muka tak malu. Mereka tidak mempunyai media sosial.
Tetapi juga, saya pernah dengar pesanan ustaz. Katanya, pesan ulama bahwa ada 3 perkara yang kita jangan kongsikan dengan orang lain.
Pertama, perihal harta kita. Jangan menunjuk. Ia akan membawa kepada perasaan riak. Di media sosial hari ini dalam perniagaan, menunjuk telah menjadi kebiasaan. Menunjuk kereta sports, kereta mewah, rumah, wang berkepuk-kepuk. Dengan alasan “nak memberi motivasi”. Wallahualam. Tapi sejak saya diingatkan pesanan ustaz ini, saya pun tidak kongsikan gambar kereta. 10 tahun lalu ada juga.
Kedua, pesanan ulama jangan kongsikan umur. Sebabnya, nanti pandangan orang pada seseorang itu akan berbeza bila kita tahu umur. Mungkin kalau seseorang itu lebih muda, akan difikirkan kurang pengalaman, kurang ilmu. Jangan ditanya umur juga, untuk menjaga adab.
Dan yang ketiga, jangan dikongsikan tentang keluarga. Mungkin akan menyebabkan perasaan iri hati pada orang lain. Mungkin akan menyebabkan perasaan yang tidak diinginkan pada pihak lain. Mungkin ada kekurangan pada keluarga kita, dan mengakibatkan pelbagai tanggapan. Dan juga menjadi norma perbandingan anak-anak dengan anak orang lain. Sebaiknya, kurangkan pesan ulama.
Tapi, kalau anda nak juga tengok ahli keluarga saya, tengok je la video ini. Saya perkenalkan once and for all 🙂
Sekiranya anda nak mulakan perniagaan online 2022 ini dari rumah, tetapi tak tahu nak mulakan perniagaan apa dan mula di mana, sertai webinar percuma bersama saya MALAM INI, “Nak Jual Apa? Mulakan Perniagaan dari ZERO”. Sertai percuma di www.NakJualApa.com
Jumpa di sana… jangan marahhh yaa
Sumber: Irfan Khairi
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club