Rupanya Ibu Yang Super Busy, Hari-Hari Pun Boleh Masak Untuk Keluarga Dengan Cepat & Enak!

Share

Rupanya Ibu Yang Super Busy, Hari-Hari Pun Boleh Masak Untuk Keluarga Dengan Cepat & Enak!

Kesibukan bekerja bagi seorang ibu yang berkerjaya diakui kerap juga memberi tekanan bila mula memikirkan untuk menyediakan menu yang enak untuk keluarga apabila setibanya di rumah setelah seharian berkerja. Apatah lagi andai terpaksa berdepan dengan kesesakan jalan raya, ini sekali gus menyebabkan waktu untuk menyediakan hidangan semakin singkat.

Sedangkan hasrat di hati mahu menyediakan menu dari air tangan sendiri. Jika tidak dapat menyediakan menu istimewa, memadai sajian yang ringkas dan cepat dimasak. Asalkan anak-anak makan berselera dan kenyang, itu pun sudah cukup membuatkan hati seorang ibu rasa bahagia.

Oleh itu, bagaimana cara untuk sediakan menu yang cepat dan sedap sedangkan anda seorang ibu yang sangat sibuk?

Sebenarnya banyak tip yang boleh dipraktikkan untuk membantu anda memasak dengan cepat dan tidak perlu lagi memperuntukkan masa yang terlalu lama berada di dapur untuk menyediakan hidangan.

Tips Masak Dengan Cepat

1.Asingkan bahan mentah

Pastikan bahan mentah seperti daging, ayam, udang dan sebagainya telah dibersihkan dan dipotong mengikut saiz yang diingini. Semua kerja-kerja ini dilakukan pada hari minggu.

 

2.Sediakan bahan masakan

Kena rajin buat stok bahan masakan pada hujung minggu, sama ada kisar bawang merah, cili kering, bawang putih dan sebagainya. Sebolehnya letakkan di dalam bekas lutsinar agar mudah untuk anda mengetahui isi kandungannya. Bila hendak digunakan, terus boleh capai dalam peti sejuk.

 

3.Listkan menu seminggu

Anda juga boleh tetapkan menu seminggu, jadi tidaklah perlu mengambil masa yang lama memikirkan menu setiap kali ingin memasak.

 

Nak Lagi Mudah, Sediakan Stok Makanan Sejuk Beku

Malah jika ingin disenaraikan berkenaan tip cepat menyediakan hidangan untuk keluarga terlalu banyak. Pun begitu diakui memerlukan pengurusan masa juga untuk melakukan semua itu terutamanya pada hujung minggu.

Jika terasa ianya agak sukar dipraktikkan dan inginkan yang lebih mudah apa kata anda pastikan di dalam peti sejuk tersedia stok makanan sejuk beku. Andai tiba-tiba terasa lapar atau teringin untuk makan, ketika dan detik itu juga anda boleh sediakan dengan begitu mudah.

FIRST PRIDE Pilihan Ramai

Tidak kira tua mahu pun muda, ramai yang menggemari produk sejuk beku jenama First Pride sebagai snek yang mengenyangkan untuk dimakan pada bila-bila masa. Selain enak rasanya dan mudah disediakan, jaminan kebersihan produk tersebut juga menjadikan produk ini terus mendapat tempat di hati orang ramai.

Justeru itu, tidak hairanlah bila dilihat pada rekod jualan ternyata sebanyak 3 juta pek telah dijual dalam setahun. Wow! Terbukti ramai menggemari produk ini.

Antara produk yang mendapat tempat paling popular dihati pengguna adalah :-

FIRST PRIDE Tempura Chicken Nugget

Dalam banyak-banyak variasi produk yang ditawarkan dengan jenama FIRST PRIDE, Tempura Chicken Nugget adalah produk ‘best seller’. Apa tidaknya, nugget dengan citarasa original yang dibuat menggunakan daging ayam berkualiti tinggi pada bahagian dada, kurang berlemak sekali gus menjadikan keenakan rasa nuget ini apabila dimakan terasa begitu lembut dan ‘juicy’. Pasti tidak akan dilepaskan begitu sahaja bila siap terhidang di atas meja.

 

FIRST PRIDE Home Spiced Tempura Chicken Nugget

Istimewanya FIRST PRIDE Home Spiced Tempura Chicken Nugget ini pula, sebelum ini pernah viral gara-gara ramai yang mengatakan bahawa rasanya yang enak. Malah dengan rasanya yang sedikit pedas amat menepati selera sesiapa jua, lebih-lebih lagi bagi peminat makanan pedas. Mamang ‘kick’ rasanya!

 

FIRST PRIDE Tom Yum Chicken Nugget

Tidak dinafikan nugget yang biasa dimakan adalah dengan perisa original, pedas mahu pun keju.  Tetapi yang satu ini cukup unik, nugget berperisa Tom Yum! Rasa nugget pedas dan beraroma, menjanjikan kenikmatan rasa yang digemari ramai.

 

FIRST PRIDE Crispy Chicken Nugget

Melihat tekstur dengan salutan serbuk roti yang kuning keemasan sudah menjelaskan betapa enaknya FIRST PRIDE Crispy Chicken Nugget ini. Sekali rasa, pasti ingin terus menikmati hidangan yang tersedia.

Mungkin antara anda  sudah ada yang terliur untuk mencuba sendiri keenakan nugget pelbagai variasi daripada First Pride ini bukan? Jadi tunggu apa lagi, anda boleh terus membelinya  sama ada  di pasaraya berdekatan atau nak lagi mudah beli sahaja melalui online di Shopee  , Lazada  mahu pun di Pandamart.

Atau jika anda ingin info lanjut sila terus ke Facebook First Pride Malaysia  atau di instagram firstpridemy.