Rupanya Hairul Azreen Ni Ringan Tulang. Tolong Isteri Buat Susu Anak Dan Tukar Lampin. Sweet!

Share

Kebahagian sebuah rumahtangga itu terletak atas sikap saling bantu dan tolak ansur pasangan.

Jelas gambaran ni melalui posting, Hairul Azreen ada berkongsi sepotong video pendek menerusi Instagram yang merakamkan aksinya yang sedang ‘berbual’ dengan anak bongsu, Alisa Aisyah. Suami kepada instafamous,Hanis Zalikha ini rupanya rajin tolongnya tukar lampin dan buat susu waktu malam.

“Ini jelah masa, kita ada utk peluk& tidur dgn anak2. nanti dia dah besar, tak mau nya dia tdo dgn kita , tak percaya tanya diri sendiri.

“Hahahah jadi hargai saat2 dorg masa
baby n kecik ni walaupun tidur kita tak lena, kena bangun buat susu, atau pun tukar lampin, utk beberapa tahun ni je.” 

Hairul berkahwin dengan Hanis pada 5 Jun 2015 di Bukit Jelutong, Selangor dan menimang cahaya mata sulung, Yusuf Iskandar pada 3 Jun 2016. Dan terkini, anak kedua dilahirkan pada 24 Mei lalu.

Jelas menunjukkan mereka pasangan saling melengkapi.

Foto: Instagram Hairul Azreen

zbshsh