Tak perlu nak bazirkan duit untuk beli pencuci lantai yang mahal, guna pencuci pinggan je yang memang dah ada di rumah untuk mop lantai tiles di rumah. Hasilnya memang bersih berkilat.
Inilah kaedah yang dikongsikan oleh Heze Zamri yang menurut beliau, tip ini turut digunakan oleh kontraktor pembersihan.
Sekadar sharing 🤭☺️
Petua nak bagi licin Dan kilat tiles rmh uols, guna sunlight je gaisss 👍🏻😂 buh sikit je then bancuh laa dgn air paip pastu mop laa sambil dengar utube 🤪
Petua untuk lantai tiles rumah licin dan kilat.
Caranya, guna Sunlight saja, letak sikit saja kemudian bancuh dengan air paip dan boleh terus mop lantai.
Ads
Sebelum ini mop guna sabun lantai, hampir 10 kali mop debu pasir masih kelihatan kesan dari renovation rumah tapi lepas guna Sunlight sekali mop saja terus bersinar.
Oh ye Petua ni di sharing oleh saudara ibunda yg duk KL sbb dia mmg contractor cleaning services, Dan kebetulan dia xcukup kakitangan utk Bantu akakcomel so dia share laa Petua ni, thank you uncle Hussin 😘
Inilah hasilnya selepas dibersihkan. Memang berkilat kan.
Bila dah berkeluarga ramai ni, lagi-lagi bila anak semua dah meningkat dewasa, masing-masing nak ada bilik sendiri. Yang dulunya bilik stor, terpaksa la mak ayah mengangkut keluar barang, bagi keselesaan kat anak-anak punya pasal kan!
Kalau ada duit lebih boleh la tambah bilik kan, tapi kalau yang hidup bersederhana, kena la cari tempat baru nak simpan barang-barang dari dalam stor tadi tu.
Jangan risau! Syasya Safiyya ada penyelesaiannya! Jom ikuti perkongsian Puan Syasya buat transformasi dari tak ada tempat nak simpan barang, terus magik zappp siap pakej kemas lagi tempat simpan barang kita ni. Jom tengok!
Bahan-bahan yang diperlukan:
Papan jenis plywood Bracket – beli braket untuk aircond Engsel Kunci
Langkah buat stor:
1. Buat ukuran dulu panjang dan lebar stor barang yang hendak dibuat. Sesuaikan dengan keluasan dan ketinggian dinding.
2. Pasang bracket, saya guna bracket aircond. Harga satu dalam RM7. Berapa tingkat rak, ikut cita rasa.
3. Lekatkan papan plywood pada dinding menggunakan engsel.
4. Kemudian potong plywood untuk buat pintu menutup setiap tingkat/rak.
5. Cat stor dan pasang kunci untuk memastikan keselamatan barang yang disimpan. Dah siap!
Idea ini juga boleh digunakan untuk membuat tempat menyimpan barang di dapur atau dalam bilik. Saiznya boleh dikecilkan mengikut ruang yang ada. Bagusnya tempat simpanan begini kerana ia tidak makan ruang serta dapat mengelakkan masalah barang bersepah.
Ada juga yang mencadangkan untuk dipasang damper cabinet (hydraulic) bagi memudahkan rak ini dibuka dan ditutup. Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Baru nak relaks di sofa sambil hilangkan penat seharian memasak dan mengmas tetapi tiba-tiba anak-anak bergaduh berebutkan barangan. Habis bersepah kembali barang mainan di sana dan di sini.
Belum ditambah jeritan dan pekikan anak-anak bergaduh. Naik pening dibuatnya lebih-lebih lagi dengan PdPR . Keletihan badan dan minda membuatkan ibu-ibu mudah naik angin. Yang jadi mangsa anak-anak.
Bayangkan jika setiap hari anak dimarahi kerana situasi ini, sudah tentu tidak baik untuk perkembangan emosi mereka.
Dalam satu perkongsian Dr. Siti Ujila Masuri, seorang pensyarah dan juga penulis buku keibubapaan sebelum ini pernah berkongsi tip membantu para ibu menangani situasi ini dengan betul.
“Sebagai manusia, emosi kita tidak menentu. Kadang balik rumah dengan kepala yang kusut, ‘bateri’ tenaga tinggal 10% dan perlu di ‘charge’ segera. Masalahnya baru saja nak charge, rumah sudah terlebih dahulu dilanda ribut taufan. Tuan-puan pun boleh teka apa yang jadi selepas itu.
“Dalam hidup ini, kita cuba melakukan yang terbaik dan bekerja keras namun terkadang kita lupa apakah sebenarnya yang kita inginkan. Jawapannya ada pada ayat ini yang sangat terkesan di hati:
““Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu” Surah Al Fajr ayat 27-30
“Ya Allah, bila baca ayat ini, seolahnya Allah beritahu “whatever you do, all you really want adalah jiwa yang tenang”.
“Jiwa yang apapun masalah yang datang dalam hidup, orang kata ‘dalam hati ada taman’. Subhanallah, rupanya Allah dah bagi jawapannya dalam Quran. Kita kerja keras, kita besarkan dan didik anak-anak, kita bersolat mengaji, kita bersilaturrahim, semuanya untuk kita mencapai satu pekara:
“Jiwa yang tenang. Hati yang redha dan diredhai. Izinkan saya berkongsi beberapa tip yang mungkin boleh digunakan. Tip yang saya amalkan dan alhamdulillah bonding saya dengan anak-anak kuat walaupun ada masanya saya jadi cikgu disiplin yang garang.
Cuba 5 Tip Ini
Saya percaya, tip ini bukan perkara baru. Sekadar satu perkongsian yang moga-moga bermanfaat buat saya dan para pembaca:
1. Peganglah jawapan yang Allah berikan itu saat kita melangkah kembali ke rumah selepas seharian bekerja. Katakan dalam hati: “I am going to see my loved ones. This is our happy moment“. Kalau boleh, tampal nota di mana-mana sebagai friendly reminder.
2. Happy moment bukan bermaksud kita tak marah anak. Jika kita perlu tegur kesalahannya, ia mesti dilakukan dan pastikan anak-anak sedar kesilapannya.
3. Tapi bila mood kita OK, ambillah peluang itu sehabis baik untuk katakan pada anak “Sayang mama kat kakak”. Sambil makan bersama atau tengok tv, peluk anak atau sesekali usap kepalanya sambil kita katakan “Sayang anak mama ni”.
Walaupun anak kita masih leka menonton tv saat itu, tapi sebenarnya kata-kata kita itu sampai ke hatinya hingga ia tahu yang ‘mama sayang saya’
4 Bila anak buat perkara yang baik yang menggembirakan kita walaupun sekadar menolong kita mengambil telefon di tingkat atas, pujilah dia sehabis baik “Baiknya anak mama ni, thank you sayang tolong mama. Good sayang. Mesti Allah sayang kakak kan sebab tolong mama ni” sambil picit pipinya yang comel atau hidungnya yang cute.
5. Carikan satu aktiviti yang kita boleh lakukan bersama dengan anak-anak yang boleh buat kita gelak-gelak bersama. Tanpa perlu keluarkan wang dan tanpa perlu keluar dari rumah.
Contohnya, saya dan anak-anak suka bermain ‘dinasour’ di mana saya akan jadi dinasour yang akan mengejar anak-anak sampai mereka berlari lintang pukang sambil ketawa tak kering gusi dibuatnya.
Saya suka sangat momen ini. Dapat buat 10 minit pun sudah cukup menggembirakan anak. Abahnya pula suka bermain ‘horse’. Abah duduk di kerusi, kemudian anak-anak duduk di kaki abah. Konon-konon masukkan duit syiling 50 sen, tiba-tiba horse bergerak (kaki abah) dan mereka punyalah suka (walaupun bergerak setempat).
Supaya, walaupun ada masanya kita marah…ada masanya kita kurang sabar melayan karenah anak-anak, tapi anak tahu yang kita sayangkan mereka. Kerana ada masanya kita tergelak bersama. Ada masanya kita memeluk dan memujinya.
Tip di atas adalah antara elemen dalam Teknik ADHA (Allah Dalam Hati Anakku). Apabila kita melakukannya, secara automatik kita sendiri akan jadi mak ayah yang “full of love“. Kita yang terlebih dahulu akan menjadi ibu bapa yang mudah menunjukkan kasih sayang, hanya dengan satu teknik yang santai.
Membesarkan anak lelaki ini, ibu bapa perlu banyak besar untuk menghadapi cabarannya.
Maklumlah mereka ini lebih bertenaga dan lasak. Lebih-lebih lagi anak-anak yang aktif dan sentiasa melakukan penerokaan di sekelilingnya.
Jika dibandingkan dengan anak perempuan agak mudah untuk diuruskan. Malah anak perempuan mudah untuk diberi arahan supaya tidak terlalu aktif.
Ikuti tip dari Dr Redza Zainol untuk mendidik anak lelaki dan bagaiman mengendalikan anak ini.
Perkara yang kita patut tahu tentang anak lelaki
1. Otak anak lelaki cenderung untuk melakukan sesuatu (action-oriented). Kalau ada masalah, mereka suka untuk cuba selesaikan.
2. Untuk memahami dan berkongsi perasaan sendiri dengan orang lain adalah tak mudah untuk anak lelaki. Jadi hargailah bila anak lelaki berkongsi rasa dengan kalian.
3. Kita kena sayang anak lelaki sebanyak mana kita sayang pada anak perempuan. Hanya kerana mereka lelaki, tak bermakna mereka tak perlukan kasih sayang yang banyak.
4. Didik anak lelaki untuk urus konflik dengan tutur kata yang halus dan beradab. Bukan dengan serangan perkataan yang kasar, mengugut atau menggunakan kekerasan.
5. Anak lelaki perlu diberi masa dan ruang untuk berlari, memanjat, melompat dan melakukan aktiviti fizikal lain.
6. Anak lelaki perlu diberi perhatian untuk mengasah kemahiran otot halus (fine motor) seperti menggunting, bermain playdough, memegang pensel dan melukis.
7. Anak lelaki suka jika mak ayah bacakan mereka buku cerita terutama dari usia 1 – 8 tahun. Mereka suka bila kita terangkan proses yang berlaku di sekeliling mereka.
8. Anak lelaki kadang-kadang buat keputusan terburu-buru.
Kongsikan dengan mereka pilihan yang ada serta cara mengurus cabaran dalam hidup. Berani menghadapi ujian dan bukan lari dari masalah.
Pasangan suami isteri terkejut duit raya anak cecah lebih RM2000. Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati anak mereka yang baru berusia lima tahun berjaya mengumpul duit raya sebanyak RM2,000 selepas sambutan Aidilfitri yang lalu.