Rupanya Ini Cara Nak Elak Kelapa Parut Frozen Cepat Rosak Dan Bau Hamis Minyak. Wanita Ini Kongsi Tip.

Share

Bagi yang gemar memasak menggunakan santan asli tentu risau apabila terlalu lama menyimpan santan parut akan mengakibatkan berbau hamis dan cepat rosak.

Tentu ada caranya untuk memastikan santan kekal segar.

Nak tahu caranya, ikuti perkongsian ini.

KELAPA PARUT FROZEN

Cara saya:

30 biji kelapa siap parut putih untuk difrozenkan.
Sya siap timbang setiap 1…..1 kg.
Senang bila nak guna dah siap tinggal froskan. Sebelum perah sya rendam kelapa dengan air panas. Biarkan sejuk baru blender, tapis dan perah guna penapis teh.

Asingkan kelapa tua dan kelapa muda. Packing dan timbang ikut keperluan dan siap labelkan supaya tidak keliru yang mana kelapa tua dan muda.

Untuk santan sya tak suka bekukan. Sya perah guna air panas yang dah disejukkan.

Tapis dan siap sukat ikut sukatan kuih yang nak sya buat. Simpan bahagian bawah peti sejuk.

 tu tu Tahan 3 @ 4 hari tanpa berubah warna, rasa dan bau.
Bila nak guna keluarkan suhu bilik, dah lembut kacau bagi sebati sedia untuk digunakan.

Tips;
✓ perah jangan guna air paip.
✓ bila dah masuk peti sejuk jangan keluarkan pada suhu bilik dalam masa jangka panjang, kemudian masukkan semula dalam peti…akan menyebabkan santan berbau dan rasa tak sedap.


✓keluarkan bila perlu dan masa nak digunakan.
✓simpan dalam bekas bertutup.

NASI LEMAK BERSERAI/DAUN PANDAN < cara sya.
✓Beras basmati, cuci dan toskan.
✓untuk NASI LEMAK DAUN PANDAN, kisar kelapa dengan beberapa helai daun pandan, perah dan tapis guna penapis teh, kemudian masak seperti biasa, hasilnya nasi lemak berwarna hijau dan bau daun pandan…@ masak sahaja nasi dengan beberapa helai daun pandan untuk dapatkan bau daun pandan.
✓untuk santan……sya campurkan hirisan halia, bawang besar, beberapa biji bunga cengkih @ rempah tumis, halba, serai dititik @ daun pandan (pilihan) dan garam….sukatan ikut keperluan banyak mana beras yang nak dimasak.
✓sekiranya nak masak keesokkan pagi, simpan dalam peti sejuk, esok subuh keluarkan terus masak seperti biasa.


✓bila nasi dah masak (warm) campurkan sedikit minyak untuk nasi berkilat….biarkan sekejap.
✓gemburkan nasi, tutup semula dan biarkan sekejap beberapa minit….sedia untuk dinikmati.

Semoga bermanafaat tips dan cara sya.
Sya tak mintak apa²,..doa dari sya semoga kita semua dalam lindungan dan rahmat dari Allah…aamiin³ yrb.

Sumber: Nor Afidah 

*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club