Kepada peminat laksa, sebenarnya boleh buat sendiri laksa di rumah.
Selain dapat menjimatkan kos, paling penting kita akan lebih puas hati apabila melakukan penyediaan sendiri yang pastinya terjamin kebersihan.
Bagi yang belum tahu cara membuat sendiri laksa beras homemade, apa kata ikuti resipi ini yang dikongsi oleh Roslina Shaari Ina Kie.
Jom lihat resipinya.
Cara buat laksa beras sendiri.
Resepi.
4 cawan tepug beras c teratai
3 sudu makan tepung ubi membukit
3 sudu mkn tpg gandum membukit
3 cawan air panas mendidih
Secubit garam
Cara penyediaan:
Letak tepung dalam bekas.
Larutkan garam dgn air panas. tuang sikit2 air panas ke tpg sambil kacau dgn senduk.
Kalau rasa keras tambah ckit² air panas.
Tekan-tekan doh dan kepal bg jd ketul.
Masa kepal tangan sapu minyak.Panaskan kukusan trlbh dahulu. Bentukkan laksa buat sampai habis.
Terus kukus dlm 20 minit. Angkat n letak dlm air biasa dlm 5mnt. Buang air n tambah air baru.
Kacau laksa bg terlerai antara satu sama lain. Terus tapis. Blh mkn dgn segala jenis kuah laksa. Laksa utara, Laksa lemak kuah putih dan aksa kuah kari.
Hrni kita buat laksa lemak kuah putih.Sumber: Roslina Shaari Ina KieBerkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club