Sedapnya makan kerang bakar, cicah pula dengan sos ala thai manis-manis pedas. Memang menyelerakan. Atau boleh juga dibuat rebus, letak serai cili dan bawang. Sudah membuka selera.
Tapi, bab nak mencuci tu ambil masa sikit. Apa tidaknya, permukaan cengkerang yang tidak sekata menyebabkan ia mudah terdedah dengan kotoran. Jadi, banyak petua yang dikongsikan bagaimana cara cuci cengkerang ini.
Baru tau cara cepat nak bersihkan kerang. Tadi berus pakai berus gigi. Baru berapa bijik dah lenguh jari.
Jenuh nak berus sekilo kerang Lepastu terus google cara senang bersihkan kerang. Rupanya cuma pakai air sejuk (saya tambah ais) + garam kasar.
Ads
Buat berapa kali sampai air dia jernih. Tadi saya basuh 3 kali. Memang betul2 bersih.. Lagi bersih dari berus pakai tangan. Senang kerja. Korang ada cara lain tak untuk bersihkan kerang?
Biskut cornflakes susu Tak perlu bakar ini dari Putra Mawar Danisha.Cukup mudah katanya tanpa perlu guna mixer dan juga oven tapi hasilnya cukup sedap. Bolehlah ibu-ibu cuba buat hidangan di pagi raya nanti.
Ni resepinya kalau nak rasa biskut yang tak perlu bakar,sedap sangat
Bahan-bahan
4 cawan tepung gandum di goreng/disangai
1 cawan minyak sapi+1sdb lg
1 cawan gula kastor
2 cawan cornflakes di ramas
Susu tepung untuk salut
Cara membuat:
1. CAIRKAN MINYAK SAPI
Pertama sekali, panaskan minyak sapi hingga cair. Ketepikan dalam sebuah bekas.
2. GORENG TEPUNG SAMPAI RINGAN
Kemudian, sangai (goreng tanpa minyak) tepung gandum lebih kurang 5 minit macam tu. Bila tepung jadi ringan tu maknanya dah boleh angkat.
3. CAMPURKAN GULA KASTOR & CORNFLAKES
Tak payah tunggu tepung tu sejuk, boleh campur terus dengan gula kastor dan cornflakes. Gaulkan semua bahan kering hingga sebati.
4. MASUKKAN MINYAK SAPI
Seterusnya kita masukkan minyak sapi yang dah dicairkan awal-awal tadi. Gaulkan hingga sebati.
5. BULAT-BULATKAN
Sekarang dah bolehlah bentukkan jadi bulat-bulat.
6. SALUTKAN DENGAN SUSU TEPUNG
Akhir sekali, salutkan terus dengan susu tepung.
Siap!
Lepas tu boleh terus simpankan dalam balang.
Untuk sukatan di atas ni dapatlah lebih kurang 2 balang kecil. Boleh sangatlah tu kan?
RANGUP & CAIR DI MULUT
Macam nilah rupa kuih tu bila digigit. Memang sedap… Rangup di luar sebab ada guna cornflakes tadi.
Kombinasi semua bahan pun sesuai dan cair di mulut bila dimakan.
Resepi biskut tanpa bakar
Rugi tak cuba sebab senang sangat. Tak payah nak pakai oven atau mixer.
Senang nak buat, dapur pun tak berkecah kan?
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Biasanya encik suami pasti perasan perubahan tingkah laku isterinya. Jika dulu katanya, isterinya manja dan lemah lembut tapi kini berubah garang dan kasar.
Pun begitu, sewajarnya encik suami jangan mengkritik sahaja tahunya. Pasti ada sebab isteri bertindak sedemikian.
Andai difahami bebenan yang ditanggung setiap isteri hari ini sebagaimana perkongsian pandangan daripada Firdaus Shakirin ini, pasti tidak ada lagi suami mengeluh tetapi rasa bersimpati dengan isteri tercinta.
Kenapa isteri zaman sekarang ni garang, kasar dan tak lagi lembut macam isteri zaman dulu-dulu?
Dia jadi macam tu sebab dah terlalu banyak beban yang dia pikul…lebih dari beban dan tanggungjawab yang sepatutnya dipikul oleh seorang isteri…kudrat dia dengan kudrat suami tak sama, letih dia dengan letih suami pun tak sama…tugasnya bukan sekadar menjadi seorang isteri, seorang ibu tapi dia juga terpaksa keluar mencari rezeki untuk bayar itu ini…apa yang dia buat tu dah lebih dari tenaga yang dia ada…jadi macam mana dia nak jadi “lembut” jika dia memerlukan kekuatan dan kecekalan untuk terus bertahan dalam kehidupannya…?
Dia garang sebab tekanan…dia tak lagi berlembut sebab keadaan…
Tekanan dan keadaan itu yang menjadikan siapa dia pada ketika ini, pada hari ini…kalau kita sebagai suami faham, kita pasti akan mengurangkan beban yang dipikul mereka…tapi sayang, ramai lelaki memiliki wanita, tapi tak ramai lelaki yang memahami hati seorang wanita…apa yang dirasainya, apa yang dilaluinya…kenapa dia jadi garang, kenapa dia jadi kasar, kenapa dia cepat marah, kenapa dia suka beremosi…
Jangan tunggu dia meletup baru kita nak sedar…
Dia tak minta kita ganti tempat dia, ambik alih jaga anak, kemas umah, basuh baju, memasak dan sebagainya…dia cuma minta kita FAHAM dia, HARGAI dia supaya apa yang dia buat tu, bukan sia-sia…
ITU SAHAJA…takkan itu pun susah?
Cuba tolong meringankan kerja-kerja dia dan jangan letak semua beban tu atas bahu dia…kekuatan dia dan kita berbeza, mental dia dan mental kita pun berbeza…dia beremosi dengan kepayahan, keletihan dan kepenatan yang dilaluinya…bukan sebab dia lahir-lahir dah garang, dah kasar, dah panas baran TAPI sebab keadaan dan tekanan yang dihadapinya…
Jangan persoalkan kelembutan dia sebab wanita itu pada fitrahnya memang hamba Allah yang lemah lembut, tapi jika dia terlalu berlembut, kita akan pijak kepala dia…
Sama-sanalah kita sebagai suami membantu isteri, isteri itu bukan hamba dan kita bukan tuannya…
Tentunya seronok sangat jika kita adik beradik dapat balik ke kampung ketika ini dan dapat berkumpul serentak beramai-ramai setelah sekian lama tidak dapat bertemu dek kerana pandemik Covid-19.
Pun begitu, bila semua berkumpul keadaan rumah tentunya sesak dan memang tidak cukup bilik untuk semua. Terpaksa ada yang tidur di ruang tamu dan sebagainya. Keadaan ini tentu sahaja ada yang rasa tidak selesa.
Pun begitu kalau ada adik-beradik, anak saudara sudah berumahtangga dan sesekali berkumpul ramai di kampung, tentu ada diantaranya ambil pilihan untuk check in homestay atau motel murah untuk tidur dan janganlah dikecam atau perli keluarga tersebut.
Ini sebagaimana perkongsian Puan Insyirah Soleha, ada baiknya diambil iktibar dan panduan agar kita melihat ada betul dan baiknya check in homestay ketika balik ke kampung.
Sesekali Berkumpul Adik Beradik
Benar. Rumah itu dahulunya membesar bersama-sama dari bayi sehingga dewasa, tapi bila sudah berumahtangga ada pasangan tambahan pula kalau ibu menyusu sangat perlu ruang privasi untuk berehat dan menyusu anak.
Apalagi kalau anak-anak kecil yang ramai, terkadang nak selak pakaian duduk mengadap dinding usaha nak tutup aurat masa menyusu tapi baby pula memusing kuak lentang kuak rama-rama. Ada yang meragam menangis beriya nak suruh ibu baring untuk selesa.
Benar. Rumah itu dahulunya boleh sahaja bersesak adik beradik yang ramai, bila sudah berumahtangga ada ipar duai agak susah nak jaga aurat terutama lepas keluar tandas, takkan nak berkemban tuala pula lagi-lagi kalau dah ada anak dara.
Sepupu sepapat ramai, ada sudah bujang ada sudah anak dara tak boleh lagi nak bertepuk tampar sayang macam kecil main kahwin pondok-pondok belakang rumah nenek sambil cari biji getah buat main congkak dan kutip cendawan di pokok getah selepas hujan berhenti. Ada ikhtilat yang perlu dijaga.
Kalau 20 tahun dahulu, kita rasa meriahnya rumah datuk nenek boleh tidur ramai-ramai di beranda atau ruang tamu, hari ini kita dengar banyaknya kisah anak-anak gadis yang pernah kena gangguan seksual oleh ahli keluarga sendiri.
Tengah malam tidur separa mati sebab penat lari siang hari, tak sedar selimut terselak nampak aurat lalu pula pakcik lepas balik dari lepak di kedai kopi. Gegar juga iman walau anak saudara sendiri.
Tidur lambak di ruang tamu terutama anak dara atau ibu dara sendiri is a big no. Susah nak pelihara aurat. Dah penat seharian di dapur, tidur tak sedar aurat dah buka. Takkan nak bertudung sentiasa tambah pula musim panas kan.
Aurat Perlu Dijaga
Kadang ada yang ‘segan’ nak balik rumah mertua kerana susah nak jaga aurat.
Benar. Bukan selalu nak berkumpul ramai-ramai. Boleh saja sepanjang siang malam berkumpul di rumah ayah bonda nanti nak tidur menginap di homestay atau motel murah, bukan kerana berlagak tak mahu berpanas bertudung sekali sekala tetapi aurat juga sangat perlu dijaga.
Kalau tidak, masakan kita dengar datuk membaham cucu.
Bapa saudara seks grooming anak saudara.
Sepupu sama sepupu terlanjur.
Mungkin 20 tahun lalu kita anggap tak mengapa, lalu hari ini kita terpaksa mengubati mangsa-mangsa yang melalui ujian emosi untuk merawat mental mereka yang trauma.
Jangan ulangi kelam kisah pada masa hadapan.
Anak dara atau bujang teruna, masing-masing perlu dipisahkan. Ibu ayah ambil cakna, kerana kita mahu sekeluarga masuk Syurga.
Selepas dua tahun bergelar ibu tunggal, penyanyi era 80-an, Suliza Salam selamat melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihan, Ismail A Samad, kira-kira jam 11 pagi hari ini.