Sedapnya makan kerang bakar, cicah pula dengan sos ala thai manis-manis pedas. Memang menyelerakan. Atau boleh juga dibuat rebus, letak serai cili dan bawang. Sudah membuka selera.
Tapi, bab nak mencuci tu ambil masa sikit. Apa tidaknya, permukaan cengkerang yang tidak sekata menyebabkan ia mudah terdedah dengan kotoran. Jadi, banyak petua yang dikongsikan bagaimana cara cuci cengkerang ini.
Baru tau cara cepat nak bersihkan kerang. Tadi berus pakai berus gigi. Baru berapa bijik dah lenguh jari.
Jenuh nak berus sekilo kerang Lepastu terus google cara senang bersihkan kerang. Rupanya cuma pakai air sejuk (saya tambah ais) + garam kasar.
Ads
Buat berapa kali sampai air dia jernih. Tadi saya basuh 3 kali. Memang betul2 bersih.. Lagi bersih dari berus pakai tangan. Senang kerja. Korang ada cara lain tak untuk bersihkan kerang?
Bulan Ramadan, ni ibu-ibu sanggup buat apa sahaja untuk memastikan keluarga gembira menjamu selera untuk berbuka puasa. Asyik membeli di bazar ramadan, tentu sekali sekala, menarik jika buat sendiri hidangan buat keluarga.
Apa kata hari ni buat pizza sedap ni. Guna kuali je. Bahan-bahan pun mudah nak sediakan. Perkongsian puan Murni Rahmat melalui Masak Apa Hari Ini.. (MAHN) boleh cuba untuk hidangan keluarga hari ini. Malah telah mendapat lebih 266K share
Pizza kuali lagi,kali ni utk bekal anak gi sekolah.. 100% masak atas api,tak perlu oven..
Resepi utk 5x pizza
Tepung gandum 1kg Air suam 2 cawan Mauripan 1 peket Minyak masak 2 sudu Gula 1 sudu Secubit garam
*uli bahan di atas sekurang2nya 5 minit ye
Bahan topping
Sos pasta tradisional-jenama bebas. Boleh letak macam2 topping, Hot dog/ayam/cendawan butang/nanas/tomato/cheese/seafood
Tumis bawang holland n bawang putih..bila dah wangi..masuk bahan basah yg lain.contoh..ayam,hotdog n cendawan.. tumis sampai masak ye..perasakan dgn garam dan lada hitam..ketepikan.
Langkah-langkahnya
1.Gaul tepung dgn minyak.
2.Tambah air. uli tepung sekurang2nya 5 minit, bila dah x melekat kat tangan,tutup dgn tuala,rehatkan 1 jam.
*sukatan air perlukan 2 cawan, tp 1cawan air tu,tuang mauripan dlm tu,masuk secubit gula..lps 2-3 minit,dah muncul buih2,baru campur dan uli tepung jadi doh.
2.Slpas 1jam,doh tadi dah naik 2x ganda. Tumbuk2 doh tu biar angin dia keluar.
3.Bahagi doh pd 5 bahagian atau lebih.
4.Bentukkan doh,bila dah elok bulat dan leper,letak atas kuali.
5.Masak api kecik je. 10-15 minit ikut ketebalan pizza yg anda buat. Tutup dgn tudung periuk. Tak perlu letak minyak or letak lapik..masak je doh tu atas kuali
6 Jika suka kerak pizza tu rangup, kena masak doh tu dulu sblm isi topping.
7. Jika suka lembut gebu mcm roti,letak topping atas doh mentah,baru masak.. susun siap2 atas kuali ye..baru senang sbb x perlu nak angkat2 doh tu..sbb topping tu berat..nanti berat n susah nak letak atas kuali/pan pulak..
8.Cheese tu ambil masa 3-4mnit utk cair ye..
*nka cpt..buat pkai roti nan/arab.. *resepi doh ni blh buat donut,roti dan pau..
Lihat gambar untuk cara penyediaannya:
cheese kena pakai mozzarela utk effect tarikkk.. klu x kisah blh je guna cheese apa pun..sedap je tp xblh nak main tarik2 la.. *saya guna mozzarela n cheddarLepas uli doh,rehatkan..tutup dgn kain lembab..biar sejam Lepas sejam.. demok dan gebu Terpulang nak buat bentuk apa..besar ke kecik.. nama pun pizza hommemade..baru nampak hasil titik peluh kita? Utk topping.. Tumis bwg holland n bwg putih..bila dah wangi,masuk ayam,hotdog dan cendawan..tumis sampai masak..perasakan dgn garam dan lada hitam..nk letak bbq sos pun blh..nk letak blackpeper sos pun blh..ikut selera masing2.. tp blackpaper sos klu nk masuk,kena pilih yg sdp..kdg2 rasa blackpeper sos ni pelik,masam cuka dia kuat sgt.. lari pulak rasa pizza tu nanti..nk selamat,tabur je blackpeper tumbuk.. mcmni pun da cukup sedapppp.. Resepi sos.. Klu nak mudah.. beli apa2 sos pasta perisa original/traditional.. Klu nak buat sendiri? 3 ulas bwg putih… See more Lepas masak doh..susun topping.. boleh isi apa je yg kita suka..seafood,ayam,daging,sayur, tapi semua tu mesti dimasak dulu ye.. #mozzarela tu terpaksa potong dadu sbb kat umah xde pemarut cheese.. klu nak senang guna je yg dah siap parut Nak cairkan cheese,mesti kena letak penutup..api pulak slowww je.. 3-4minit dah cukup sbb bahan2 yg lain pun Kita dah siap2 masak tadi.. Api mesti kecik,penutup kena letak.. Yg ni utk bebudak.. extra cheese tp takmau sayur
Hampir masak
Yg dah msak.. tabur oregano atas tu..mmg sedappp..kalah pizza hut n domino..Siap!
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pulut Durian begitu sinonim sebagai salah satu menu manisan istimewa di negara Thailand. Keenakan rasanya yang berlemak digandingkan pula bersama manisnya mangga mahu pun durian, memberi rasa yang sukar digambarkan. Malah melihat sahaja menu ini terhidang di atas meja, sudah mampu membuatkan penggemarnya kecur liur untuk menikmatinya. Inilah penangan hebat Pulut Durian/Mangga!
Lantaran itu, tidak hairanlah terdapat beberapa restoran menyajikan pilihan menu ini kepada pelanggannya. Pun begitu, terkadang rasanya tidak sama dengan apa yang kita harapkan. Bila ini berlaku, pastinya cukup menghampakan.
Jadi apa kata anda sendiri sediakan untuk dihidangkan kepada keluarga tercinta. Perkongsian resipi Zalina Yahaya di dalam fbnya pasti akan mampu membuatkan anda berpuas hati dengan rasa Pulut Durian/Mangga yang anda idam-idamkan. Asli dari Selatan Thai!
PULUT DURIAN
(Resepi asli Selatan Thai)
Bahan-bahan :
500 gm pulut
Cara Penyediaan:
Rendam sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman. Cari pulut yang berkualiti tinggi. sapa yang dok area Selatan Thai boleh cari pulut yang recomend ni. Yang dok berhampiran Tambak Johor, guna je lah pulut apa yang ada. Terbaik ialah pulut susu.
2. Dah rendam, basuh dan tapis. Masukkan ke dalam pengukus. Cucukkan dengan jari kat lubang pengukus supaya wap keluar.
3. Sementara tu didihkan air kukusan. Letakkan daun pandan untuk bagi wangi pulut.
4. Kukus guna api kuat anggaran 30 hingga 45 minit.
5. Selepas 30 minit kalau pulut masih keras, renjiskan dengan 3/4 cawan air atas pulut. Sambung kukus.
6. Selepas pulut masak, masa tengah panas-panas berasap pindahkan ke dalam mangkuk besar dan terus tuang campuran santan (250 santan segar, pekat 5 gm garam & 15 gm gula)
“Okeh…bab santan ni ada dua versi. Kalau anda nak tahan lama pulut itu masak sekejap sehingga mendidih sekali dua. Tetapi kalau anda nak pulut yang cantik dan berkilat tak perlu masak. Tuang terus dan kacau bersama pulut. Lemak santan tu bila dikacau bersama pulut panas akan menghasilkan kilauan emas bak permata…hah..gittewww. Pulut yang diadun dengan santan yang tak dimasak ni akan tahan dalam 12 jam. Ok la kan…silap-silap selepas sejam selesai masuk perut.”
Ok masa mencampurkan santan dan pulut ni janganlah dituang sekali gus. Tuang sikit demi sikit. Buat dalam anggaran 6 kali tuangan. Setiap kali tuang, kacau. Barulah pulut cantik.
7. Lepas tu harap bersabar. Jangan makan lagi. Tutup dan biar sekurang kurangnya setengah jam. Tak perlu kukus balik. Tetapi ada yang kukus balik. Terpulang pada anda.
8. Untuk mengisi masa lapang tu pergi lah kupas durian. Kupas pelam.
“Kalau ikut keluarga saya, kalau kami makan pulut durian ni macam ni saja. Just pulut dan durian. Tapi orang Thai, depa juga makan dengan kuah santan.”
Cara buat kuah santan ni senang saja
250 gm santan segar pekat
250 gm air
5 gm garam
15 gm gula
25 gm tepung beras
Campur semua sekali, didihkan. Siap. Boleh makan dengan gembira sekali.
Info :
500 gm pulut sesuai untuk makan 8 hingga 10 orang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang wanita nekad menetap 40 hari di dalam Perodua Kancil kerana merajuk dengan anak dan menantu. Wanita berusia 51 tahun yang enggan dinamakan berkata penduduk Taman Suria, Pendamar di sini prihatin menghantar makanan sepanjang dia berada di dalam kereta itu.
“Ada perkara yang mereka (anak menantu) kata sehingga membuatkan saya kecil hati. Jadi lebih baik saya keluar daripada rumah kerana tidak mahu susahkan mereka.
“Saya hendak keluar dari kawasan itu, namun kereta saya tidak boleh bergerak membuatkan saya terpaksa tinggal di dalam kereta selama 40 hari.
“Memang saya ada niat hendak pergi rumah anak yang lain, namun belum tentu mereka terima saya. Mesej ucapan Aidilfitri saya pun tidak dibalas,” katanya.
Keperitan wanita berkenaan mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor yang menyewakan sebuah rumah, bantuan makanan, wang RM500 dan kos baik pulih kenderaan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Walaupun anak sudah semakin membesar, namun kita sentiasa perlu beringat. Usah dilupakan senarai ubat-ubatan bila memilih untuk bercuti atau travel dengan anak-anak, terutamanya ketika bercuti ke luar negara.