Tidak dinafikkan perkongsiannya mengenai parenting sering mendapat perhatian wargamaya.
Terkini, angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor mendedahkan bahawa anak-anaknya ke playschool seawal usia setahun.
Nyata beliau dan isterinya, Datin Dr Halina Mohd Yunos punya pendirian mengenai cara mendidik anak-anaknya.
Kata Dr. Sheikh Muszaphar Shukor apabila menghantar anak ke playschool banyak manfaat yang dipeolehi iaitu membina karektor. belajar bersosial, aktiviti bermain dan melatih untuk berdikari.
Video – Pergi ke Sekolah
“Kami siapkan anak mengikut peringkat.
0600 pagi : Bella & Tasha
0630 pagi : Eusoff & Emelia
0700 pagi : Adam & Nuh
Semua anak-anak kami mula pergi ke PlaySchool dari umur Satu tahun.
Ia membina karakter.
Mereka belajar cara bersosial
Belajar & Bermain di taska
Mereka menjadi berdikari
Dengan bersekolah sejak kecil lagi membuatkan mereka lebih berkeyakinan dan tidak takut kepada orang .
Tapi penat sikit sebab kena hantar sana sini untuk pendedahan mereka.”
Dalam pada itu warganet kagum melihat cara pasangan ini mendidik anak. Malah ada juga bertanya mengenai tip daripada beliau.
Sumber: drsheikhmuszaphar
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara