
Bersyukurlah jika kita dianugerahkan anak yang sering mengingatkan kita tentang kealpaan kita.
Anak yang mengingatkan kita tentang solat.
Anak yang mengingatkan kita tentang bahasa pertuturan kita.
Anak yang mengingatkan kita supaya bersabar.
Anak yang mengingatkan kita tentang riak dan kesombongan kita.
Anak yang mengingatkan kita tentang pakaian kita.
Anak yang mengingatkan kita untuk bersyukur dengan rezeki yang ada.
Anak yang mengingatkan kita untuk membantu orang yang memerlukan.
Dan anak yang mengingatkan kita tentang kematian.
Anak adalah ujian dan anak juga adalah rahmat buat kita. Kita bukan sahaja mendidik anak, anak juga banyak mendidik kita untuk menjadi insan yang lebih baik dan bertakwa.
Lapangkanlah dada menerima peringatan dan nasihat daripada anak walaupun anak itu adalah anak kecil kerana bukankah didikan kita jugalah yang menjadikan anak sebegitu?
Noor Afidah Abu Bakar
Sumber: Parent Connect Consultancy
Merimbun Subur Di Halaman Rumah, Mudahnya Cara Tanam Rosemary. Lelaki Ini Tunjukan Caranya.

Pokok Rosemary atau Rosmarius officinalis sebenarnya berasal dari Mediterranean. Tapi sekarang kita boleh tanam sendiri di rumah.
Apa kata cuba tanam di halaman rumah. Lelaki ini kongsikan cara yang mudah untuk tanam pokok ini. Lepas ni boleh guna petik bila-bila masa untuk kegunaan masakan dan kesihatan.

Ini pokok rosemary saya, pokok induk sudah merimbun besar. Saya tanam dalam pasu di tempat panas. Berpanas saja. Apabila hujan, basahlah ia ditimpa hujan. Alhamdulillah hidup subur.
MUDAH AJE CARA NAK TANAM
Cara nak biakkan sangat mudah, iaitu patahkan saja rantingnya seperti dalam gambar, dan cucukkan ke tanah dalam pasu, letak di tempat panas dan berhujan. Tak berbumbung.
Alhamdulillah 5 cucuk saya tanam, 4 daripada hidupnya hidup segar jadi 4 pokok baru membesar dengan baik.
Selain gunakan daun rosemary ini untuk masak daging panggang dan barbecue, saya letakkan daun rosemary ni dalam air teh panas. Best!!!
Petang ini saya potong 1 ranting, saya patahkan jadi 2 bahagian dan cucuk ke tanah. Siramkan air. Moga membesar jadi 2 anak pokok baru yang gagah.
Mudah sangat tanam pokok rosemary ini. Boleh cuba tanam sendiri di rumah.
KEGUNAAN ROSEMARY
1.Infused oil.
Pernah dengar tak infused oil? Atau minyak yg telah diserapi dengan herba dan biasa digunakan dalam aromaterapi. Cara utk menghasilkannya dengan rosemary amat mudah. Mula-mula potong batang rosemary (dgn daun sekali) pada ukuran 3 inci panjang. Sediakan 5 keratan. Lepas tu masukkan ke dalam secawan minyak zaitun dan panaskan pada api sederhana selama 5-7 minit. Sejukkan dan simpan di dalam botol untuk digunakan kemudian. Selain utk aromaterapi, minyak rosemary ni boleh digunakan dlm penyediaan salad.
2.Madu Rosemary
Sediakan 5 kerana rosemary berukuran 3 inci panjang. Masukkan ke dalam secawan madu dan panaskan pada suhu sederhana selama 5 minit. Biarkan sejuk selama 45 minit. Keluarkan keratan rosemary tadi dan masukkan madu sahaja ke dalam bekas. Madu rosemary sekarang telah sedia utk digunakan.
3.Minyak Pati Rosemary (Essential oil)
Minyak pati Rosemary boleh membantu melegakan masalah pencernaan, sakit sendi, selesema, sakit kepala dan banyak lagi. Sekarang anda akan belajar cara nak buat minyak pati Rosemary sendiri di rumah. Teknik hampir sama dengan proses menghasilkan infused oil iaitu memasukkan beberapa keratan rosemary ke dalam minyak zaitun. Gunakan ukuran yg sama. Lepas tu masukkan minyak zaitun yg mengandungi keratan Rosemary ke dalam balang kaca dan tutup. Kemudian letakkan balang tadi di bawah cahaya matahari selama 6 minggu. Mudah tak?
4.Melegakan Hidung Tersumbat
Kalau anda sering mengalami hidung tersumbat dan dada terasa sesak sebab sejuk, mungkin kaedah ini boleh membantu. Panaskan air sehingga mendidih menggunakan cerek atau pot. Tungkan air yg masih mendidih ke dalam mangkuk yg besar. Masukkan lebih kurang satu genggam rosemary dan kacau. Boleh guna rosemary segar atau kering. Ambil tuala untuk menutup belakang kepala dan membongkok ke atas mangkuk tadi. Sedut wap air sehingga 10 minit. Tuala tu tujuannya untuk pastikan anda dapat sedut wap dengan maksimum. Boleh ulang beberapa kali. Rosemary ialah antiseptik semulajadi dan ia membantu melegakan hidung tersumbat. Petua ni adalah diantara khasiat herba Rosemary kegemaran saya.
5.Melegakan Kesakitan
Rosemary boleh membantu melegakan kesakitan ulu hati atau angin dalam perut dengan mengambilnya dalam bentuk minuman teh rosemary. Minyak rosemary pula boleh digunakan untuk melegakan sakit gigi, enzima, sakit kepala, sakit urat dan gout. Ciri analgesik (melegakan kesakitan) dan anti-keradangan pada rosemary sebenarnya telah dibuktikan secara saintifik malah telah diiktiraf oleh Badan Kerajaan yg bertanggungjawab meluluskan ubatan di German untuk merawat sakit otot dan artritis.
6.Meningkatkan Tenaga & Kejelasan Mental
Nak mental yg lebih jelas dan keupayaan kognif yg lebih baik? Minum teh rosemary. Ada kajian yg menunjukkan herba ini melambatkan proses penuaan otak manusia. Suatu proses yg secara langsung memastikan anda sentiasa tajam walaupun dah berusia. Bahan kimia yg bertanggungj-awab itu ialah asid Karnosik (Carnosic acid) yg wujud di dalam tumbuhan rosemary. Asid Karnosik ialah sejenis anti-oksidan yg memusnahkan radikal bebas.
7.Kulit Kepala & Badan Yang Sihat
Minyak pati rosemary (essential oil) boleh digunakan untuk merawat kerengsaan pada kulit seperti jerawat atau enzema. Cuma perlu sapu pada bahagian yg sakit. Bagi merawat kulit kepala pula, campurkan ½ cawan rosemary kering dengan ½ cawan minyak zaitun dan panaskan pada api sederhana seketika. Angkat dan biarkan selama 20 minit. Kemudian tapis minyak zaitun dan isikan ke dalam botol. Gunakan minyak ini sekiranya anda nak merawat kulit kepala yg gatal atau berkudis. Sapukan dgn sekata lebih kurang satu penutup botol minyak zaitun tadi ke kepala dan pastikan kepala anda dilumuri sepenuhnya sehingga ke kulit kelapa. Tutup kepala anda dengan tuala dan biarkan selama 20 minit. Lepas tu basuhlah dengan syampu dan bilas dgn air.
8.Dedoran Semulajadi
Badan berbau?? Makan lah daun rosemary selalu. Seeloknya tambah dgn beberapa herba lain seperti Selasih dan Pudina. Saya pasti kalau diamalkan selalu anda boleh berhenti daripada menggunakan dedoran yg mengandungi bahan kimia yg mungkin boleh merisikokan kesihatan anda.
9.Rambut Yang Kuat & Bersinar
Khasiat untuk menguatkan rambut ini memerlukan kombinasi Rosemary & Jelatang (Urtica dioica). Kombinasi ini boleh merawat kelemumur dan melancarkan pengaliran darah yg secara tak langsung menggalakkan pertumbuhan rambut. Tapi kalau payah sangat nak dapatkan pokok Jelatang, sekarang ada banyak produk syampu yg menggunakan kedua-dua herba ini dipasaran.
10.Nafas Yang Segar & Gigi Yg Sihat
Rosemary mempunyai ciri anti-bakteria dan ia boleh digunakan untuk melawan bakteria di dalam mulut penyebab kepada nafas berbau & kerosakan gigi. Caranya mudah saja, Cuma perlu titiskan minyak rosemary ke dalam ubat gigi harian anda. Ataupun sediakan air pembasuh mulut dengan merebus beberapa keratan rosemary ke dalam 2 cawan air. Boleh diguna utk berkumur.
Sumber: Syahr Musafir & melur.com
“Baru Nampak Jantan Sikit Ye Dak?” Begini Cara Ajak Shiro Asuh Anak Jadi Berani.

Anak lelaki memang terkenal dengan lasak dan aktif. Jika tak ada luka atau tanda parut memang tidak sah! Terbaharu, ajakshiro posting di instagramnya telah berkongsi cerita mengenai anak sulungnya cedera di bahagian kening setelah bergurau dengan adiknya.
Namun, pelawak terkenal ini, Ajak Shiro menyifatkan kecederaan anaknya, Mohammad Jad Thaqif sebagai salah satu situasi yang akan ditempuhi oleh anaknya yang sedang akan melalui fasa dewasa nanti.
“Proses untuk dewasa Jad…Baru nampak jantan sket ye dak? Dia begurau dgn Sheikh Had baling-baling beg sekali kena baling dengan botol minyak wangi daaa.”
Melihat kepada luka yang dialami oleh anaknya, riak wajah anaknya tidak menunjukkan kesedihan, sebaliknya tenang menghadapi situasi itu.
Dalam pada itu, menjengah dibahagian komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat kepada anak Ajak Shiro yang berusia sembilan tahun ini.
Sumber: Instagram ajakshiro
Pakai Penyaman Udara Tapi Bil Masih Lagi Rendah Setiap Bulan, Ini Yang Anda Kena Buat, Memang menjadi!

Kini boleh dikatakan setiap rumah mesti memasang penghawa dingin untuk keselesaan malam hari. Bukan soal berlebih-lebihan, tapi penghawa dingin kini dianggap sebagai satu keperluan untuk anak-anak tidur dengan lebih selesa.
Berdepan cuaca panas memang buat kita rasa tidak selesa, anak-anak apatah lagi. Pun begitu, soal bil elektrik yang melambung tinggi gara-gara memasang penghawa dingin setiap hari adakalanya buat mak ayah jadi pening.
Tapi tahu tak sebenarnya kalau kita pandai, bil elektrik yang melambung boleh dikurangkan dan dijimatkan sedikit berbanding sebelumnya. Agar tidak pening kepala melihat bil elektrik setiap bulan, berikut adalah langkah bijak yang perlu dilakukan jika anda menggunakan penyaman udara di rumah.
1. Tutup Suis Utama
Tutup suis utama setiap kali menutup suis aircond. Tabiat menutup suis utama nampak seperti tiada beza tetapi tahukah anda bahawa dengan melakukan ini, anda telah jimat 10% dari jumlah penggunaan elektrik di rumah!
Walaupun anda telah menutup penghawa dingin menggunakan alat kawalan jauh tetapi tidak menutup suis utama, tenaga untuk siap sedia masih lagi menggunakan elektrik tanpa anda sedari.
2. Set Masa
Gunakan pemasa (mod tidur) untuk menutup penghawa dingin anda secara automatik selepas beberapa jam apabila bilik telah sejuk atau selepas kita tidur. Anda boleh ON untuk satu atau dua jam kemudian tutup secara automatik dan gunakan kipas.
Tengah malam lebih sejuk, jadi anda tidak perlu menggunakan penyaman udara. Ketika kita tidur, suhu badan kita sebenarnya akan menurun dan pada masa tersebut, kita tidak perlukan persekitaran yang sejuk. Penyaman udara lebih diperlukan untuk memberi keselesaan ketika kita hendak tidur.
3. Tetapan Suhu
Set penyaman udara pada mode ‘Dry’.Tetapkan suhu pada 24°C atau lebih. 24°C ialah suhu yang selesa. Untuk makluman, kompresor penyaman udara akan menggunakan tenaga elektrik yang banyak apabila bekerja untuk menyejukkan udara di bawah suhu 24°C.
Apabila anda tetapkan pada suhu 24°C, kompressor akan berhenti apabila telah suhu bilik telah mencapai suhu tersebut dan akan berfungsi kembali ketika suhu bilik lebih panas. Anda jimat elektrik bila kompressor tidak digunakan. Dalam kata lain, semakin rendah tetapan suhu, semakin tinggi penggunaan elektrik.
Elakkan daripada melaraskan suhu penyaman udara di tahap terendah, iaitu 16 atau 18 darjah celcius. Sebolehnya selaraskan ia sekitar 23-25 darjah celcius sahaja mengikut keperluan. Setiap 1 darjah celcius penurunan suhu telah meningkatkan 10% penggunaan elektrik anda.
4. Gunakan Kipas
Gunakan penyaman udara bersama kipas. Buka kipas dan pintu/tingkap untuk mengeluarkan udara panas dari dalam bilik kemudian barulah gunakan penyaman udara (pastikan untuk menutup pintu dan tingkap terlebih dahulu).
5. Bersihkan Atau Tukar Penapis Penyaman Udara Setiap Bulan
Menyelenggara sistem penghawa dingin anda adalah kritikal dalam memastikan ia berfungsi dengan baik. Sistem yang tidak diselenggara dengan baik menggunakan 10 hingga 30 peratus lebih tenaga dan jangka hayat lebih pendek.
Penapis udara yang kotor mengurangkan keberkesanan unit anda, menggunakan elektrik lebih banyak dan kos yang lebih tinggi.
6. Jadualkan Penyelenggaraan Tetap Untuk Penyaman Udara Anda
Servis unit penyaman udara anda jika ia meniupkan udara panas. Anda perlukan penyaman udara untuk udara yang sejuk, bukan peniup udara panas.
Jika ia tidak berfungsi dengan baik, ia tidak menjimatkan kos. Anda masih membayar bil elektrik tetapi tidak dapat apa yang anda bayar.
7. Beli penyaman udara yang ada logo Energy Star
Tukar penyaman udara yang lebih 10 tahun, kerana penyaman udara yang terlebih usia tidak lagi beroperasi dengan elok. Dengan kata lain, elektrik guna banyak, tapi bilik tak sejuk pun!
Beli penyaman udara yang memiliki logo Energy Star, logo ini menunjukkan barang elektrik tersebut lebih menjimatkan dan lebih cekap dalam penggunaan elektrik.
Jadilah pengguna yang bijak!