
Daun pandan bukan sahaja berfungsi untuk mewangikan, malah ia juga mampu menyegarkan tubuh badan.
Buatkan air rebusannya dan amalkan minum ketika suam. Kali ini jom cuba daun pandan sebagai masker pula. Muka pun cantik, jerawat pun hilang. Jom cuba.
Bahan Masker
/2 sudu teh air perahan daun pandan
1/2 sudu teh madu asli
1 biji pisang
1/4 sudu teh minyak zaitun
1/2 biji limau nipis
Cara membuatnya:
1. Campurkan semua bahan sehingga sebati dan biarkan selama kurang lebih 5 minit.
2. Masukan minyak zaitun ke dalam campuran.
Cara menggunakannya:
Sapukan masker ini pada wajah dan leher. Gunakan masker ini 2 kali seminggu.
Sumber: Petua Ibu & Sinar.fm
Kuah Spagetti Carbonara Lagi Jimat Bila Buat Sendiri.

Jika merancang untuk mengadakan rumah terbuka, dan masih terfikir menu yang ingin dimasak. Mungkin boleh memilih salah satu menunya adalah hidangan barat iaitu spagetti carbonara.
Umumnya anak-anak pasti menggemarinya dengan rasa lemak berkrim carbonara ni.Ditambah pula dengan ramuan seperti ayam, cendawan, sosej dan sebagainya yang ada di dalam sos tersebut, pasti akan dapat memancing selera mereka.
Pun begitu dalam menyediakan hidangan sos carbonara ini, biasanya ramai antara kita terbiasa menggunakan sos yang sedia ada di pasaran.
Namun tahukah anda, sebenarnya sos carbonara ini boleh disediakan dengan resipi tersendiri. Jika ingin dibandingkan rasanya, memang puas hatilah senang cakap. Tidak dengan itu, kosnya juga jauh lebih menjimatkan berbanding jika memasak menggunakan sos yang ada di pasaran.
Untuk itu, dikongsikan resipi istimewa daripada Sabrina Abdul Ghani. Menurutnya resipi ini begitu mudah untuk disediakan, tdak sampai 15 minit, siap!
Jadi ayuh semak apa ramuan yang diperlukan.
Spageti Carbonara
Bahan-bahan :
Bawang holland
Daun bay
Sosej
Isi ayam-dihiris
Cendawan butang
Serbuk lada hitam
Oregano
2 sudu tepung gandum
Susu segar
Keju Cheddar
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
Langkah demi langkah :
- Panaskan minyak dan tumis bawang dan daun bay. Tumis sehingga bawang berwarna kuning-kekuningan.
2. Masukkan ayam, sosej, cendawa, oregano dan serbuk lada hitam. Tumis sehingga berbau harum.
3. Masukkan tepung gandum dan kacau hingga sebati.
4. Tuangkan susu dan tambahkan air ½ cawan.
5. Biarkan mendidih dan kemudian masukkan garam dan juga keju cheddar. Kacau seketika dan sedia untuk di hidang bersama spageti yang telah direbus.
OMG Dagu Berlapis? Nah Ibu-Ibu Cuba 7 Teknik Tanpa Diet Ini. Confirm Betul Betul Berkesan !

Dagu berlapis ibarat nigtmare buat kaum wanita yang mementingkan kecantikan. Ini antara masalah yang ingin dielakkan berlaku.
Ada yang mengaitkan masalah dagu berlapis ini dengan pemakanan. Tapi sebenarnya, ada faktor lain. Antaranya:
- Lemak di bahagian pipi
- Otot yang kendur
- Tekanan
- Kurang rehat
- Genetik
Usah bimbang ibu-ibu yang bermasalah dagu berlapis ini. Hilangkan lemak di bawah dagu ini tak perlu buat diet yang ekstrem, caranya cukup mudah iaitu dengan melakukan senaman otot muka seperti berikut:
Senaman Otot Muka
Ulang 8 hingga 10 kali. Ini untuk memanaskan otot muka. Gerakkan rahang ke depan dan ke belakang, kemudian ke bahagian tepi.
Gaya Mencedok
Buka mulut, dan letakkan bibir bawah pada bahagian atas gigi seperti dalam gambar. Bayangkan anda sedang mencedok air menggunakan rahang bawah. Dalam masa sama, gerakkan kepala seperti dalam pergerakkan mencedok. Ulang langkah ini 5 hingga 7 kali.
Pipi kembung
Tarik nafas sedalam mungkin, penuhkan pipi dengan udara. Tekan pipi guna tapak tangan. Tahan dalam keadaan ini selama 5 saat, kemudian lepaskan udara dan bertenang. Ulang langkah ini 5 kali.
Membujur
Pusingkan kepala ke kiri, tarik rahang bahagian bawah ke depan. Korang akan dapat merasakan otot di leher sedang ditarik. Kemudian, pusingkan kepala ke kanan, dan ulang pergerakan yang sama. Ulang langkah ini 5 kali di setiap bahagian.
Teknik Cium Zirafah
Pandang ke langit dan muncungkan mulut. Kekalkan posisi 5 hingga 8 saat kemudian lepaskan. Ulang 5 kali.
Genggaman halangan
Letakkan tangan bawah dagu, kemudian gerakkan rahang ke bawah. Dalam masa sama, tegangkan otot sambil melawan pergerakkan rahang. Tahan dalam keadaan ini selama 3 ke 5 saat. Ulang 5 hingga 7 kali.
Senyum Terpaksa
Ketap gigi seperti dalam gambar, cuba senyum selebar yang mungkin. Tolak lidah ke atas lelangit. Saat ini, korang akan rasa tekanan yang kuat pada dagu, Kekalkan 5 saat, dan ulang 5 hingga 8 kali.
Hati Memang Sakit, Tapi Bukan Terus Serang. Begini Cara Isteri Bijak Berdepan Pasangan Curang!

Mengetahui pasangan berlaku curang memang satu perkara yang menyakitkan hati. Hati mana yang tidak terluka dan rasa tertipu bila mengetahui kepercayaan dan kesetiaan yang diberikan dibalas dengan kecurangan.
Hadamkan perkongsian saudara Firdaus Shakirin ini.
“Bila diri diduakan”
Andai anda salah seorang drpd isteri yg diduakan suami disebabkan suami kahwin lagi, maka jgn terburu2 utk pergi dari kehidupan tersebut…
Jgn lari lagi…
Hidup dulu dlm keadaan mcm tu…selagi dia masih boleh bagi sama mcm yg dia bagi sebelum ni ataupun tidak, pilihlah utk kekal bertahan dlm hubungan tu…
Manfaatnya bukan dia yg dapat, tapi awak…
Nak membina kehidupan setelah bercerai tanpa diduga dan tiba2 bukannya senang dan mudah seperti yg org kata…klu awk tak btul2 kuat, awk akan tersungkur dan merana…
Ada wanita yg masih bertahan dlm keadaan yg mcm ni…diduakan suami, suami kahwin lagi, suami tak adil, suami jarang balik, suami lebihkan yg sana, tapi gelaran dia masih isteri pertama…
Apa yg dia buat? Dia kurangkan kebergantungan dan harapan pada suaminya…dia berdikari, hidup atas kaki sendiri dan dia biar masa yg menentukan segalanya…
Bila sampai masa tersebut, maka Allah lebih mengetahui kenapa dan mengapa ianya terjadi…
Kekuatan dan penerimaan kita terhadap perkara itu tak sama…ada yg bleh angkat kaki terus, ada yg tidak, ada yg perlukan masa…bagi yg tidak, itu bukanlah satu kesalahan, itu pilihan awk sendiri…cuma, jgn pernah berhenti dan putus asa dr mengingatkan si dia utk berlaku adil dan memperjuangkan apa yg sepatutnya awk dapat dari dirinya…
Selagi masih ada jodoh dgnnya, selagi masih bergelar isteri kepadanya dan selagi masih boleh bertahan…
Selain itu, isteri yang bijak tidak akan emosi terus menyerang suami atau ‘skandal’. Meski hati panas tapi mereka tenang dan akan melakukan perkara ini.
1. Kawal emosi dan belajar terima hakikat
Kenyataan tetap kenyataan, anda tetap perlu berhadapan dengan kecurangan yang dilakukan. Ketika mendapat tahu berita kecurangan pasangan, anda mungkin merasa begitu lemah sekali, sakit hati, terasa dikhianati, marah dan ingin membalas dendam. Ini adalah respon normal setelah mengetahui ketidakjujuran dilakukan pasangan. Anda sendiri memang layak untuk marah dan juga berasa sakit hati.
Apa yang paling utama, jangan terlalu ikutkan hati dan terus ingin meninggalkannya. Berfikirlah tentang baik dan buruk tindakan anda sebelum melakukannya. Sesungguhnya memang sukar tapi inilah realiti yang perlu diterima.
2. Tidak menyalahkan diri sendiri
Kecurangan adalah petanda besar bahawa sesebuah perkahwinan itu bermasalah. Oleh itu adalah penting anda tidak menyalahkan diri sendiri dalam hal ini. Sudah tentu ia bukan berpunca daripada anda seorang. Bahkan jika pasangan anda berasa tidak gembira dengan perkahwinannya kecurangan bukanlah jalan keluar atau penyelesaiannya. Masih banyak perkara lain yang boleh dilakukan untuk memperbaiki rumah tangga dan bukannya dengan mencari pasangan lain.
3. Mencari sokongan daripada orang yang boleh dipercayai
Dalam hal ini rakan dan keluarga selalunya menjadi tempat anda mengadu nasib. Tapi sebelum anda berbuat demikian, hati-hati rakan yang anda ajak untuk berbicara tentang kecurangan pasangan. Kesilapan memilih rakan kadang kala memakan diri sendiri. Apatah lagi jika rakan itu jenis suka membawa mulut dan membesar-besarkan cerita yang ada.
Carilah sokongan daripada orang yang anda percayai dan kenali luar dan dalam. Selain itu pastikan juga rakan yang anda pilih adalah seseorang yang dapat memberi sokongan dan pendengar yang baik. Bukannya memperdebatkan kembali apa yang anda katakan. Selain itu, boleh juga dapatkan nasihat dan pandangan daripada orang-orang yang berpengalaman seperti ibu bapa, kaunselor atau pakar dalam masalah rumah tangga.
4. Pertimbangkan pilihan secara rasional
Kecurangan pasangan sememangnya sesuatu yang cukup menyakitkan hati. Kalau diikutkan hati yang marah dan sakit anda tentu mahu memutuskan saja hubungan. Biar hidup sendiri dari terus memakan hati. Tapi ingat jangan membuat keputusan mengikut emosi marah. Berikan masa untuk perasaan anda kembali tenteram.
Selepas itu fikirkanlah pilihan anda. Mahu cuba kembali, bermadu ataupun berpisah? Namun begitu, perpisahan seharusnya menjadi perkara terakhir dalam fikiran anda terutama sekali jika telah dikurniakan cahaya mata.
5. Cinta pada Ilahi
Perkahwinan adalah suatu ikatan yang mulia. Berusahalah untuk terus menggapai erat ikatan perkahwinan yang dibina atas dasar cinta pada Ilahi bukan pada manusia semata-mata. Perbanyakan mendekatkan diri pada tuhan, sentiasa berfikiran positif dan berusaha memaafkan pasangan dengan ikhlas. Meskipun rasa sukar, anggaplah kecurangan pasangan itu sebagai salah satu ujian dan gerhana di dalam perkahwinan. Walaupun pada suatu ketika keadaannya gelap dan sukar, namun sinar bahagia pasti akan menerangi kembali.