Rupanya Cara Ni Lagi Cepat Nak Hilangkan Kabus Cermin Kereta. Barulah Lancar Pemanduan!

Share

Sebagai pemandu yang keluar awal pagi untuk ke tempat kerja atau menghantar anak-anak ke sekolah pasti sudah terbiasa berdepan dengan keadaan di mana cermin kereta berkabus.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

 

Apabila cermin kereta berkabus sememangnya mengganggu penglihatan. Meskipun telah dinyah kabus namun mengambil masa yang lama dan agak bahaya kerana menyebabkan pandangan mata kita terbatas.  Sudahlah berkabus, keadaan sekeliling pula masih gelap!

Berkongsi cara yang lebih cepat dan praktikal yang boleh dilakukan adalah seperti perkongsian daripada Dr Rusyainie Ramli. Menurutnya ada teknik yang boleh dibuat untuk pastikan cermin kereta yang berkabus segera hilang. Difahamkan juga, ilmu yang dikongsikan ini diperolehi daripada seorang penjual kereta.

“Bila sentiasa keluar rumah waktu Subuh, yang paling tak suka ialah cermin depan berkabus. Kereta pula bersidai di luar pagar, berembun lah ia.

“10 tahun dulu saya belajar bagaimana nak hilangkan kabus kat cermin depan, sebab setakat gunakan bilah pengelap tu takkan cukup,” tulisnya.

Eddy, nama penjual kereta yang ajarkan saya. Caranya mudah saja:
1. Tekan simbol cermin depan macam dalam gambar.
2. Pusing tombol suhu sampai paling tinggi.
3. Buka kipas sehingga paling kuat.

Memang kita akan terasa haba panasnya dalam kereta kan, tapi tak apa. Sekejap saja. Bila kabus dah lenyap, betulkan semula suhu dalam kereta mengikut yang kita selesa. Padamkan butang yang cermin depan tu.

Banyak sebenarnya fungsi dalam kereta yang saya tak reti pun. Terutama kereta yang berteknologi macam Proton X70. Nampak gaya, manusia marhaen seperti saya ni, layaknya memandu kereta yang murah saja, tak payah nak godek sana sini.

Menjengah di ruangan komen, masalah yang sama juga sering dihadapi oleh warganet dan mereka turut berkongsi trik yang dilakukan untuk dimanfaatkan.

Tulis salah seorang daripadanya, “Kabus kalau diluar, cara paling mudah dan cepat ialah siramkan air. Guna air paip lagi cepat dia hilang. Siram terus hilang.”

Komen yang lain pula, ” Yang defogger tu sesuai untuk kabus di dalam selalunya sebab kereta dijual di sini jarang ada defogger cermin depan kecuali kereta Eropah, dan kini kereta China. Kereta Jepun yang dipasang di sini pun jarang ada.”

Akui warganet yang lainnya pula, “Saya pun Tak tau.. selalu jirus pakai air je, kemudian wipe guna bilah kereta.. kereta Saya jenis zaman purba.. defrost kabus cuma bahagian belakang.. cermin depan Tak ada..”

“Biasa kalau cermin depan berkabus, saya tekan butang yg allow udara luar masuk melalui lubang aircond dan buka aircond macam biasa. Lama-lama hilang kabus tu. Tak pernah lagi tekan butang defrost tu,” tulis yang lainnya lagi.

Sumber : Rusyainie Ramli

ARTIKEL MENARIK : Rupanya Kena ‘Unlinked’ Akaun Tabung Haji Dengan Mybank2U, Elak Duit Hilang Angkara Scammer!

Baca Ini Juga :Main Kon Tersangkut Di Kepala, Anak Darjah 4 Terpaksa Tahan Sakit 30 Minit!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club