Sejak 4 hari lalu wajah figura ini sinonim dengan bendera putih dengan #benderaputih memenuhi ruang media sosial.
Manakala di Twitter sahaja, lebih 40,000 kemaskini ditemui dengan’hashtag’ #benderaputih.
Lebih manis kejayaan mesej ini capat matlamat apabila beberapa buah keluarga telah menerima bantuan.
Menerusi carian, mendapati kempen ini dimulakan oleh pengguna facebook bernama ‘Jah’ atau Nik Faizah Nik Othman, Timbalan Ketua Angkatan Wanita Amanah Negeri Kelantan yang juga seorang aktivis masyarakat dalam misi bantuan kemanusiaan.
Bukan calang-calang rupanya individu ini yang mencetuskan idea ini yang membuatkan seluruh masyarakat mula menghulurkan bantuan.
Idea yang dilontarkan secara bersahaja ini telah mendapat lebih 20K share sehingga ia menjadi tular dan kempen ini menjadi!
Menerusi perbualan daripada Astro Awani, Nik Faizah Nik Othman mendedahkan bahawa idea itu adalah secara spontan setelah melihat masalah kewangan menjadi punya ramai yang menderita termasuk bertindak diluar batasan dengan membunuh diri dan masalah keluarga yang meruncing.
Katanya hatinya lulur melihat situasi ini sehingga merasakan kempen bendera putih dapat membantu mereka yang mengalami kesukaran hidup.
“Saya tulis dari ikhlas dari hati saya. Bila lihat banyak kesusahan sekitar kita. Asalnya saya nak sampaikan mesej untuk masyarakat sekitar. Tapi tak sangka jadi viral, ayat yang simple.
Ads
“Sebagai wanita dan aktivis masyarakat, hati tersentuh banyak kes bunuh diri, suami kurung anak. Ia seolah wake up call, kena buat drastik untuk bantu segera.
Katanya lagi, pilihan warna bendera putih adalah atas faktor mudah didapati di rumah seperti boleh menggunakan lampin anak dan baju sekolah sebagai bendera. Ia sebagai tanda ‘signal’ untuk bantuan.
Beliau melahirkan rasa syukur kempen ini menyaksikan ramai yang datang menghulukan bantuan.
“Saya bersyukur dengan posting yang ringkas dapat membantu. Ini usaha kecil saya tapi kita patut memberi pujian kepada yang lain sudi membantu.”
Harap semua pihak bersatu tanpa peduli siapa yang mulakan dulu.
Dalam pada itu menerusi perkongsian facebook miliknya, beliau berharap kempen ini berjaya tanpa mempedulikan siapa yang mulakan dulu. Baginya apa yang penting membantu lebih ramai mereka yang memerlukan bantuan.
Ads
Sikap rendah dirinya terserlah apabila tidak berbangga menjadi orang pertama memulakan kempen itu sebaliknya berharap mesej yang disampaikan itu capai matlamat.
Tak kisah lah siapa orang pertama yang memulakan kempen bendera putih itu. Apa warna yg anda suka itu bukan isunya. Siapa pun nak kempen amatlah di alu-alukan. Isunya sekarang adakah ia mencapai matlamat kita semua untuk membantu? Jika berhasil teruskan. Jika ada yang rasa tidak sesuai guna kain putih, pakailah nak pakai kain hijau ke, merah ke asal mencapai matlamat untuk tarik perhatian penderma. Kepada anda yang dalam kesusahan, ambil kesempatan ini untuk meminta bantuan, sementara kempen masih berjalan. Jangan sia-siakan usaha mereka yang uar-uarkan kempen ini. Kami semua nak bantu anda. Abaikan kata-kata negatif. Cuba kumpul kekuatan untuk membela nasib keluarga dengan hanya mengangkat bendera.
Gambar koleksi 2019, aktif membantu masyarakat setempat
Berikut adalah koleksi lama gambar beliau yang aktif membantu golongan yang memerlukan sekitar tahun 2019 sebelum negara mengalami serangan gelombang Covid-19
Ads
Telah bantu selamatkan keluarga dan nyawa! Siapa sangka, usaha murni beliau ini rupanya telah mendapat sokongan padu seluruh masyarakat.
Apa yang pasti, bersama kita hulurkan bantuan, ringankan beban buat keluarga yang memerlukan. Teruskan membantu kepada yang terkesan tanpa mengharap balasan!
Biarpun nampak biasa-biasa aje tetapi apabila suami belanja isteri walaupun dengan hanya secawan minuman air, ia sebenarnya pembuka rezeki buat diri suami. Begitulah yang dialami oleh seorang suami ini melalui catatan dilaman facebooknya Hafizul Hakim. Beliau berkongsi cerita bagaimana, beliau mendapat pelanggan untuk perniagaannya tanpa diduga setelah menghadiahkan isterinya. Ikuti perkongsian yang sungguh inspirasi ini.
Tiap kali saya hadiahkan isteri sesuatu, pasti keesokannya orang yang tak dikenali beli emas. Amaunnya bukan sikit dan jarak kami jauh. Ada yang dari Johor, Terengganu, Kedah.
Buat sekali memang boleh kata kebetulan. Tapi tiap kali bagi, rezeki muncul dari sumber tak disangka-sangka. Dah tak dapat fikir guna logik akal lagi dah.
Sepertimana perkongsian Ustaz Ebit Lew, bagi 1 dapat 10. Korang yang dah biasa buat mesti tahu kan.
Semalam ingat nak singgah butik Hyat Hijab milik Puan Norhayati Yunus di Bangi. Tapi tak sempat, terpaksa bergegas ke airport.
Mendarat je di lapangan terbang, saya terus ke Starbucks beli minuman kegemaran si kekasih hati.
Rasa tak sedap hati kalau tak bagi sesuatu tiap kali pulang dari musafir.
Senyum je dia bila kita hulurkan. Air coklat je pun kan.
Kawan-kawan,
Dalam banyak buku kewangan malah fadhilat sedekah tulis, sedekah adalah pembuka jalan rezeki. Dalam bahasa omputeh selalu guna ayat, “what you give, you’ll get back.”
Orang paling afdal diberi ialah keluarga terdekat terutamanya isteri, anak-anak, ibu bapa dan adik beradik.
Ringan-ringankan tangan bagi hadiah dengan mereka. Nanti pasti ada rezeki yang di ‘unlock’ dari khazanah Illahi. Insha Allah.
Mereka memang tak mintak, tapi sekali sekala tak salah gembirakan hati mereka. Kann.
Happy Wife, Happy Life!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Yang penting ruang nampak kemas, menarik dan ceria.
Kalau dah kreatif, guna bahan murah dan biasa pun sudah mampu menyerlahkan sesuatu ruang dalam kediaman. Setuju tak? Jom kita cuci mata tengok mana tahu dapat ilham untuk tandas rumah kita juga .
Baca sebelum nak kecam!!
“Ok harini haz nak share makeover yang haz dah siapkan untuk Bilik air ni.. Memandangkan bilik air ni xda apa2 masalah jadi haz buat kputusan nk hias la sikit2 bahagian ni.
“Tujuan utama adalah haz nk kawasan ni nampak ceria bukan apa bila kita bangun pagi mesti terus ke bilik air jadi sedikit sebanyak dapat la menaikkan mood ceria.
“Walaupun sebelum ni ada viral kes bahaya pasang wallpaper tapi pada haz benda ni bergantung pada individu tu sendiri.. Kalau xpasang wallpaper pun tapi tandas xjaga tetap ada kuman kan.
“Jadi secara logik akal kalau toilet dah cantik xkan kita nk biar jadi kotor.. Jadi terpulang pada individu tu sendiri..kalau dah rasa lama sgt pakai boleh je bukak terus..🤭🤣
Soda bikarbonat memang banyak kegunaannya. Tidak hanya sebagai bahan untuk membuat kek dan aneka pastri lain tetapi rupanya banyak kegunaannya dalam memudahkan urusan rumah tangga. Tak kurang juga untuk mencantikkan seluruh tubuh kita.
Walaupun tiada sebarang kajian yang membuktikan kesahihan ini namun ramai yang mencubanya. Paling utama rata-rata mereka yang mencuba beberapa petua menggunakan bahan ini memberi tindak balas yang cukup hebat.
Benarkah? Kita tengok apa soda bikarbonat mampu lakukan untuk mudahkan urusan harian kita.
1. Bersihkan Microwave
Masukkan soda bikarbonat ke dalam bekas berisi air. Kemudian panaskan di dalam mikrowave selama 2 minit. Hasilnya kesan kotoran yang melekat dan bau yang tertinggal pada microvawe akan hilang. Kesan minyak juga lebih senang dicuci.
2. Buang Black Head
Campurkan 2 sudu soda bikarbonat dan masukkan 1/4 cawan jus lemon dalam mangkuk. Kacau sebati dan sapu rata ke muka. Biarkan sekejap selama 15 minit dan bilas dengan air suam.
3. Putihkan Gigi
Campurkan sesudu soda bikarbonat dengan sedikit perahan jus limau nipis. Campurkan rata dan gosokkan pada gigi hingga nampak kesannya. Jika suka anda boleh juga menggunakan lemon atau buah strawberi.
4. Putihkan Muka
Campurkan 2 sudu besar soda bikarbonat ke dalam 2 gelas air. Gaul sebati dan sapu rata pada wajah. Biarkan selama 15 minit dan bilas.
5. Bersihkan Tandas
Soda bikarbonat merupakan pembersih semulajadi dan berkesan untuk mencuci. Taburkan sedikit serbuk soda ke atas lantai dan seluruh tandas kemudian biarkan seketika. Barulah dibilas seperti biasa. Kerja mencuci jadi lebih mudah dan kotoram ditanggalkan sekelip mata.
6. Hilangkan Bau Badan
Masalah bau badan utama adalah daripada bawah ketiak. Lakukan campuran 4 sudu makan bikarbonat bersama air (jangan cair). Kemudian sapukan dengan perlahan-lahan pada ketiak atau kawasan sekitarnya. Biarkan hingga kering.
7. Bersihkan Buah & Sayur
Cara paling tepat untuk menanggalkan bakteria dalam sayur dan buah adalah dengan mencucinya menggunakan serbuk soda. Rendam buah dan sayur seketika dengan soda kemudian basuh bersih dengan air mengalir. Bakteria akan turut tertanggal.
8. Manicure & Pedicure
Kuku juga mampu dirawat dan dicantikkan dengan bahan ini. Campurkan 2 sudu besar soda bikarbonat dan sedikit air. Gaul sebati dan sapukan pada kuku. Sental sedikit pada kawasan kuku yang agak keras dan bahagian tepi kuku. Biarkan 15 minit dan bilas dengan air suam.
9. Segarkan Peti Sejuk
Bau kurang enak di dalam peti sejuk adakalanya buat kita rasa tidak selesa. Bancuh soda dengan air suam dan bersihkan seluruh peti sejuk dengan campuran bahan ini. Lebihan airnya, dibiarkan sahaja untuk menyerap bau-bauan lain.
10. Rawatan Kaki
Buang kulit kasar pada kaki dengan skrub daripada soda bikarbonat ini. Mulakan dengan mencampurkan air rendaman daripada soda ini. Campurkan 2 hingga 3 sudu soda bikarbonat ke dalam air. Kacau sebati dan rendam kaki selama 20 minit. Boleh juga campurkan 3 titis essential oil seperti lavender. Untuk skrubnya, campurkan 2 sudu soda bikarbonat bersama sedikit air dan sentallah kulit kasar pada kaki hingga sempurna.
11. Cerahkan Kulit Wajah
Campurkan serbuk penaik dengan satu sudu besar jus lemon dan beberapa titik minyak zaitun. Bersihkan wajah terlebih dahulu, kemudian sapukan campuran berkenaan pada kulit. Bilas selepas 10 minit. Untuk hasil yang lebih maksimum, bilaskan wajah dengan air suam.
12. Redakan Jerawat
Soda bikarbonat ini bukan hanya merawat jerawat bahkan dapat memutihkan kulit. Ambil sesudu soda bikarbonat dan bancuh bersama sedikit pencuci muka kegemaran anda. Sebatikan dan kemudian sentallah ke kulit wajah seperti mencuci muka seperti biasa. Bilas dengan air suam dan rasai hasilnya. Lakukan setiap hari.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...