Ada benarnya sambal belacan ini orang kata pelengkap hidangan tengah hari.Walau terhidang nasi putih dan ikan goreng, andai ada sambal belacan boleh buat makan bertambah.
Pun begitu, tidak dinafikan tidak semua pandai menyediakan sambal belacan yang enak.
Malah menurut Nurulain Insyirah, ada beberapa petua untuk dapatkan sambal belacan yang sedap rasanya.
PETUA SAMBAL BELACAN
Tips 1
Bakar belacan sekejap supaya smbal kita lebih beraroma
Tips2
Guna asam jawa yg dibancuh dgn air suam.petua supaya sambal belacan tahan lama
Tips 3
Limau kasturi yg dikisar brsama Kulit(buang biji) sambal lebih wangi dan sedap
Petua 4
Tinggalkan bbrpa biji cili api yg masih bertangkai..petua supaya tidak sakit perut makan sambal
Cara buat ikut urutan:
( kisar kasar bahan2 )
1. 6 biji limau kasturi (buang biji)
2. 50g belacan yg telah dibakar
3. 3 biji cili merah+1biji cili hijau
4. 8 biji cili padi hijau
5. 25 biji cili padi merah
6. 100ml air asam jawa pekat
7. Masukkan sedikit gula dan garam
Nak buat banyak utk buat stok pandai-pandai la tambah bahan-bahan tu.
Kredit : Nurulain Insyirah
ARTIKEL MENARIK : Adunan Tak Naik? Wanita Ni Kongsikan Sebabnya Pada Yis!
Baca Ini Juga :Hidup Mewah, Rupanya Datuk Lee Chong Wei Buat Macam-macam. Bukan Main Badminton Je Dulu!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club