Rupanya Boss Susu Ada 2 Anak Bujang Bergelar Doktor! Gemar Luangkan Masa Makan Bersama

Share

Apalah kejayaan seorang suami tanpa sokongan seorang isteri di belakangnya. Berkecimpung dalam bidang susu sejak 2010, individu yang bergelar Azmi Zainal bersyukur memiliki seorang isteri yang sentiasa menyokongnya dari belakang.

Baginya, kepercayaan seorang isteri kepada kita masa kita buat bisnes ni itu yang paling penting kerana bisnesman ni kerjayanya tak tentu masa.

“Alhamdulillah disebabkan pengorbanan dan juga usaha isteri saya dia berjaya didik anak saya dua orang sampai ke menara gading dan kedua-duanya dapat jadi doktor.

“Jadi saya ucapkan ribuan terima kasih yang setinggi-setingginya kepada isteri saya yang saya cintai.” ucapnya dalam satu sesi temubual bersama Majalah Keluarga baru-baru ini.

Privasi Keluarga Pada Umum

Mengenali individu yang bergelar ‘boss susu’ ini, jika diperhatian di laman sosial milik beliau, jarang kita nampak Encik Azmi untuk berkongsi perihal keluarganya sehingga menjadi tanda tanya pada orang ramai.

“Tentang perihal keluarga saya, memang saya sendiri tak nak kongsi sangat cerita pasal keluarga kepada tatapan umum. Keluarga saya juga minta supaya bisness is bisness, tak payah get involve cerita hal keluarga, cerita hal anak-anak semua.

“Bila kita berjaya ni, atau bila kita popular, Ada yang suka, ada yang tak suka. Bila orang puji kita, kita suka. Tapi bila orang kata kita yang bukan-bukan, especially di dunia media sosial sekarang, anak dan keluarga saya termasuk isteri saya mereka ada kawan-kawan.
Bila mereka terbaca pasal ayah dan suami. mereka akan rasa sedih, down. Jadi saya cuba gapkan supaya mereka tidak hadapi seperti mana yang saya hadapi sekarang ni.” katanya.

Luangkan Masa Dnegan Keluarga

Bagi seorang yang sibuk dengan kerjayanya, pasti tidak mempunyai masa yang cukup untuk keluarga. Bagi Encik Azmi, rutin hariannya setiap hari akan sentiasa pulang lewat malam dan selalu outstation. Jadi masa untuk keluarga diluangkan dengan ajak mereka keluar makan bersama-sama.

“Saya ada dua orang anak lelaki, yang sulung 29 tahun, yang kecil 24 tahun. Mereka dah pandai haluan masing-masing.

“Saya ni bukan orang yang jenis bercuti ke luar negara, macam mana Saya spend time dengan keluarga saya bawa diorang pergi makan, saya contact diorang jom ayah belanja pergi makan, pergi makan kat hotel. kita makan-makan sambil bercerita tentang hal keluarga, pencapaian dia, beri galakan pada diorang.

“Kadang-kadang panggil diorang balik rumah pun ok, sebab masing-masing dah ada kerjaya, sorang tu dah kat kolej. Dapat belanja belanja diorang makan saya rasa macam satu kepuasan bagi seorang orang tua, seorang ayah, dapat tengok anak dan isteri dapat makan sepuas-puasnya, dapat menikmati makanan yang diorang suka.” tambahnya lagi.

Untuk video penuh, boleh tonton di video di bawah:

Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan  kod KELGST5 di sini