Rupanya Boleh Tanam Cili Guna Benih Dari Cili Kering. Mudah Je, Wanita Ni Kongsikan Caranya!

Share

Tak sangka, rupanya boleh tanam cili dengan menggunakan biji benih dari cili kering. Sue Haiza

berkongsi idea tersebut menerusi grup  Berkebun Untuk Beginner.

Tanam cili daripada biji benih dari cili kering? 🤔🧐 boleh ke??
jawapannya..boleh dan inshaAllah..hidup subur dan berbuah elok seperti pokok cili dri biji benih yg lain 😌

Saya dh cuba. skg ni dh 5-6 pokok yang berbuah lebat.
saya rasa ramai dh yg cuba dan berhasil👍😘mgkin ada yg berpendapat cili hasil biji benih ni xberapa pedas. ya betul. saya pun rsa mcm tu . tp xpe.

Asal namanya cili dan subur serta berbuah,dh cukup membuatkn hati saya hepi dan ingin berkongsi dgn semua 🥰🥰

so, ini khas utk yg belum tahu&ingin mencuba untuk bercucuk tanam,tp masih ragu2🥰 cuba lah..xperlu beli biji benih tpi msih boleh bercucuk tanam. inshaAllah, kita akn dpt kutip hasil tgn kita sndiri nanti 🥰

Langkah untuk tanam cili :

1. sediakan pasu&tanah.
2. siram sedikit air pada keseluruhan permukaan tanah.
3. masukkn biji benih (tabur).
4. kemudian,ambil sedikit tanah,tabur pada permukaan biji benih td untuk menutup biji benih. tutup dgn tanah sedikit shj. jgn byk ya.
5. siram sekali lgi.
6. siap.
jgn lupa siram setiap hari dan baja kn


Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Jom sertai pertandingan Pilihan Keluarga Bulan Ini. Caraya mudah, klik sahaja link INI atau imbas QR code yang ada di poster. Hadiah menarik menanti anda!