Sejak menjadi pengganti Jihan Muse sebagai pengacara dalam Gegar Vaganza Musim Ke-9, nama Elly Mazlein sering disebut dek kerana perwatakannya yang ‘masuk air’ dalam rancangan tersebut.
Meskipun sering mengusik peserta lelaki dalam rancangan tersebut, namun hanya seorang sahaja berjaya takhluk hati pelakon, penyanyi dan pengacara yang lebih mesra digelar kak lina pom pom ini siapa lagi kalau bukan suaminya, Cikgu Azlan.
Baru-baru ini, Kak Lina sempat meraikan ulang tahun kelahiran suaminya yang ke-32. Perkara ini dikongsikan sendiri di laman Instagram miliknya dengan memuat naik gambar Papa Awan Nano bersama kek serta belon dengan angka 3 dan 2 sebagai lambang umurnya.
Dalam entri tersebut, Kak Lina menzahirkan ucapan terima kasih buat suaminya kerana menjadi pasangan dan bapa yang baik.
“Happy birthday Somi mama yg ke 32. Terima kasih jadi Somi & Papa yang baik .. Mama, Manja & Haider love u so much,” tulisnya.
Perkongsian Kak Lina itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tidak melepaskan peluang memberikan ucapan serta mendoakan buat pasangan itu.
Terdahulu, Kak Lina sempat menyambut ulang tahun kelahiran anak lelakinya yang genap 1 tahun pada 23 Oktober iaitu sehari sebelum ulang tahun kelahiran suami tercinta. Dekorasi yang berbeza untuk dua majlis orang terpenting dalam hidupnya menunjukkan Kak Lina sememangnya gigih dalam menyediakan kejutan buat yang tersayang, dan paling penting tetap no ‘syatuu’!
Elly berkahwin dengan Mohamad Azlan pada Januari 2020 dan dikurniakan anak lelaki, Haider Mateen yang memasuki usia setahun.
Sebelum ini, Elly pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun bercerai pada Oktober 2015. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Sara Sefhia, kini berusia lima tahun.
Sumber : Instagram Elly Mazlein
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di https://toko.ideaktiv.com/product/ya-aku-mampu-susukan-anak/