Rupanya Bila Anak Berkelakuan Pelik Ada Masalah Dialami. Ibu Ayah Kena Alert Demi Keselamatan Anak!

Share

Ramai ibubapa yang mengeluh bila anak-anak bermasalah. Tidak kira dalam hal tingkah laku, pelajaran mahupun interaksi dengan orang lain. ‘tak tahu apa masalahnya, dah cuba macam-macam doktor..’ begitulah antara isi mesej yang selalu saya terima.

Antara perkara yang saya belajar bila bekerja di child psikiatri unit ialah – kanak berbicara dengan bahasa mereka tersendiri. Dalam banyak situasi, tingkahlaku mereka yang pada kita dianggap ‘bermasalah’ adalah bahasa jiwa mereka untuk meluahkan masalah yang mereka alami. Ada ketika kita akan dapat memahaminya, adakalanya ia kekal misteri.

Ada kes kadang-kadang kanak-kanak tidak mahu ke sekolah dan buat perangai kerana tidak mahu ke sekolah. Ibubapa buat macam-macam untuk paksa. Bila disiasat, rupanya anak tersebut mengalami ‘panic attack’ disekolah, puncanya trauma setelah dibuli.

Ada juga kes yang anak kecil menjadi ganas, menyumpah ibubapa, berkelakuan seperti ‘hilang akal’ pada pandangan ibubapa. Bila dirujuk kepada kami, disiasat dan diteliti, rupanya anak tersebut dicabul oleh ahli keluarga, tetapi tidak dapat meluahkannya kerana takut.

Kisah yang saya kongsikan mungkin bunyinya extreme. Namun noktah penting yang ibubapa perlu faham ialah – kita perlu berusaha memahami masalah anak-anak sebelum kita serabut dengan pelbagai ‘usaha’ untuk menyelesaikan masalah. Kerana dikhuatiri apa yang kita lakukan, jika tidak kena dengan masalah sebenarnya, hanya seperti kata pepatah inggeris – ‘barking at the wrong tree’.

Beberapa teknik yang saya ingin kongsikan untuk ‘memecahkan kod rahsia anak-anak’. 

MENDENGAR DENGAN BAIK

Adakalanya kita perlu kurangkan berleter memberi syarahan kepada anak-anak dan mendengar dari anak-anak. Kaedah yang selalu saya gunakan – DOWN-SEE-SHOW-

REFLECT
Duduk satu level dengan anak, pegang tubuhnya, lihat ke matanya dan biarkan dia luahkan. I am here to listen. Tunjukkan yang anda mendengar dan cuba memahami mereka dengan bahsa tubuh – mengangguk, atau sekadar adlib yang neutral ‘oooo, hurm’.

Reflect apa yang anda nampak pada anak, dan SEBUT pada dia – ‘Ummi nampak kakak marah, kakak jerit, kakak baling barang, betul kakak marah? Apa yang kakak marah, cuba cerita..’ Bila kita sebut pada mereka apa yang kita rasa mereka akan mula rasa kita memahami dan kepercayaan terbina dengan baik. Reflect dari apa yang anda perhatikan dan dengar, cuba fahamkan dan dapatkan kepastian anak-anak, jangan assume. ‘betul ke?’ – ayat ini memberi anak-anak ‘kebebasan’ memilih emosi mereka.

SEDIAKAN OUTLET UNTUK MELUAHKAN

Didik anak-anak bahawa memendam emosi berbahaya untukmereka. Tetapi mereka boleh luahkan ikut ruang yang mereka selesa. Ada ketika dalam psychiatry interview kita hanya beri kertas dan warna untuk anak-anak yang datang ke klinik kami. Ada ketikanya, banyak yang kita dapat dari lukisan dan warna mereka daripada apa yang mereka luahkan.

Ada kes gangguan seksual yang diselesaikan dengan ‘lukisan misteri’ mangsa ini.

Selain lukisan, juga boleh guna teknik lain seperti bagi anak rakam cerita mereka, video luahan perasaan mereka dan beri kita dengar. Be creative – anda akan terkejut dengan ‘how mature emotionally some of these kids are’ bila kita beri mereka luah perasaan mereka. Terutama yang remaja. Beri open task seperti – ‘papa nak Abang cerita dalam video ni apa yang Abang suka dan tidak suka dalam rumah ni’. Cuma sanggup atau tidak menelannya lah..

YOUR THIRD EYE

Ada ketikanya banyak yang anda boleh ketahui di luar pandangan anda. Adik beradik, kawan-kawan, ibu dan bapa saudara dan cikgu di sekolah ada kalanya memjadi mata dan telinga anda untuk memahami apa sebenarnya yang berlaku. Jangan pula pasang spy!. Anak anda bukan suspek jenayah. Cuma adakalanya berbual dan bertanya khabar dengan mereka ini memberi anda insight yang berbeza dari apa yang dua mata anda perhatikan selama ini. Saya pernah jumpa kes remaja yang dicabul ayah tiri merahsiakan pengalaman ngeri dicabul setiap hari selama tujuh tahun, dan hanya memberitahu kepada ibu saudaranya tujuh tahun kemudian. Sebabnya, takut ibunya kecewa.

Ingat, kuncinya try to understand first, before you plan your ‘attack’.

Sumber: Dr Rozanizam Zakaria – Dr Nizam’s TIPS