Ramai ibubapa yang mengeluh bila anak-anak bermasalah. Tidak kira dalam hal tingkah laku, pelajaran mahupun interaksi dengan orang lain. ‘tak tahu apa masalahnya, dah cuba macam-macam doktor..’ begitulah antara isi mesej yang selalu saya terima.
Antara perkara yang saya belajar bila bekerja di child psikiatri unit ialah – kanak berbicara dengan bahasa mereka tersendiri. Dalam banyak situasi, tingkahlaku mereka yang pada kita dianggap ‘bermasalah’ adalah bahasa jiwa mereka untuk meluahkan masalah yang mereka alami. Ada ketika kita akan dapat memahaminya, adakalanya ia kekal misteri.
Ada kes kadang-kadang kanak-kanak tidak mahu ke sekolah dan buat perangai kerana tidak mahu ke sekolah. Ibubapa buat macam-macam untuk paksa. Bila disiasat, rupanya anak tersebut mengalami ‘panic attack’ disekolah, puncanya trauma setelah dibuli.
Ada juga kes yang anak kecil menjadi ganas, menyumpah ibubapa, berkelakuan seperti ‘hilang akal’ pada pandangan ibubapa. Bila dirujuk kepada kami, disiasat dan diteliti, rupanya anak tersebut dicabul oleh ahli keluarga, tetapi tidak dapat meluahkannya kerana takut.
Kisah yang saya kongsikan mungkin bunyinya extreme. Namun noktah penting yang ibubapa perlu faham ialah – kita perlu berusaha memahami masalah anak-anak sebelum kita serabut dengan pelbagai ‘usaha’ untuk menyelesaikan masalah. Kerana dikhuatiri apa yang kita lakukan, jika tidak kena dengan masalah sebenarnya, hanya seperti kata pepatah inggeris – ‘barking at the wrong tree’.
Beberapa teknik yang saya ingin kongsikan untuk ‘memecahkan kod rahsia anak-anak’.
Ads
MENDENGAR DENGAN BAIK
Adakalanya kita perlu kurangkan berleter memberi syarahan kepada anak-anak dan mendengar dari anak-anak. Kaedah yang selalu saya gunakan – DOWN-SEE-SHOW-
REFLECT
Duduk satu level dengan anak, pegang tubuhnya, lihat ke matanya dan biarkan dia luahkan. I am here to listen. Tunjukkan yang anda mendengar dan cuba memahami mereka dengan bahsa tubuh – mengangguk, atau sekadar adlib yang neutral ‘oooo, hurm’.
Reflect apa yang anda nampak pada anak, dan SEBUT pada dia – ‘Ummi nampak kakak marah, kakak jerit, kakak baling barang, betul kakak marah? Apa yang kakak marah, cuba cerita..’ Bila kita sebut pada mereka apa yang kita rasa mereka akan mula rasa kita memahami dan kepercayaan terbina dengan baik. Reflect dari apa yang anda perhatikan dan dengar, cuba fahamkan dan dapatkan kepastian anak-anak, jangan assume. ‘betul ke?’ – ayat ini memberi anak-anak ‘kebebasan’ memilih emosi mereka.
Ads
SEDIAKAN OUTLET UNTUK MELUAHKAN
Didik anak-anak bahawa memendam emosi berbahaya untukmereka. Tetapi mereka boleh luahkan ikut ruang yang mereka selesa. Ada ketika dalam psychiatry interview kita hanya beri kertas dan warna untuk anak-anak yang datang ke klinik kami. Ada ketikanya, banyak yang kita dapat dari lukisan dan warna mereka daripada apa yang mereka luahkan.
Ada kes gangguan seksual yang diselesaikan dengan ‘lukisan misteri’ mangsa ini.
Ads
Selain lukisan, juga boleh guna teknik lain seperti bagi anak rakam cerita mereka, video luahan perasaan mereka dan beri kita dengar. Be creative – anda akan terkejut dengan ‘how mature emotionally some of these kids are’ bila kita beri mereka luah perasaan mereka. Terutama yang remaja. Beri open task seperti – ‘papa nak Abang cerita dalam video ni apa yang Abang suka dan tidak suka dalam rumah ni’. Cuma sanggup atau tidak menelannya lah..
YOUR THIRD EYE
Ada ketikanya banyak yang anda boleh ketahui di luar pandangan anda. Adik beradik, kawan-kawan, ibu dan bapa saudara dan cikgu di sekolah ada kalanya memjadi mata dan telinga anda untuk memahami apa sebenarnya yang berlaku. Jangan pula pasang spy!. Anak anda bukan suspek jenayah. Cuma adakalanya berbual dan bertanya khabar dengan mereka ini memberi anda insight yang berbeza dari apa yang dua mata anda perhatikan selama ini. Saya pernah jumpa kes remaja yang dicabul ayah tiri merahsiakan pengalaman ngeri dicabul setiap hari selama tujuh tahun, dan hanya memberitahu kepada ibu saudaranya tujuh tahun kemudian. Sebabnya, takut ibunya kecewa.
Ingat, kuncinya try to understand first, before you plan your ‘attack’.
Berita kepulangan Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan ke Rahmatullah awal pagi tadi benar-benar mengejutkan ramai pihak.
Rata-rata meluahkan rasa sedih baik peminat mahupun selebriti seakan-akan tidak percaya dengan berita tersebut. Namun, ajal maut semuanya di tangan Tuan. Tiada siapa yang mampu menolaknya.
Sebentar tadi, pelakon terkenal Fasha Sandha berkongsi kesedihan dengan berita tersebut. Pelakon yang sedang hamil memberitahu arwah sebelum ini pernah memasakkannya mi rebus kerana dia mengidamkan makanan tersebut.
Allahuakbar, Sayu dengar perkhabaran pagi ni. Abam oh Abam insan mulia, sudi masakkan untuk kak pada tanggal 26 Jan sebab kak teringin mee ,lepas 2 minggu, Abam dah pi tinggalkan semua.
Kak janji, selagi Allah izinkan, selagi kak mampu, kak akan jenguk Hamzah selalu…. Allahuakbar.
Jom semua followers kesayanganku, Mohon sedekahkan AlFatihah buat insan baik bernama SYED UMAR MOKHTAR ATAU ABAM BOCEY. Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin…
Sambutan menjelang Aidilfitri tahun ini digambarkan lebih meriah dan berseri apabila kerajaan dalam satu pengumuman bersetuju membenarkan operasi bazar Ramadan, bazar Aidilfitri dan solat tarawih di seluruh negara pada bulan Ramadan ini.
Foto: Bernama
Operasi Bazar Ramadan dan Aidilfitri dibenarkan di seluruh negara sepanjang Ramadan ini dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat dan kemas.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, paling penting prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi dan akan ditentukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri masing-masing.
Selain itu jelasnya, kerajaan turut membenarkan solat tarawih secara berjemaah di masjid dan surau di seluruh negara dengan jumlah kehadiran jemaah tertakluk kepada pihak berkuasa agama di setiap negeri.
“Apa yang penting adalah SOP perlu dipatuhi sepenuhnya, antaranya seperti lokasi di kawasan terbuka, menyediakan laluan sehala, pintu masuk dan keluar berbeza, pendaftaran MySejahtera di pintu masuk serta kawalan jumlah pengunjung.
“Selain itu waktu operasi bazar Ramadan dari jam 3 petang sehingga 8 malam dan bazar Aidilfitri dari jam 10 pagi sehingga 12 tengah malam,” katanya semasa sidang media pada Selasa.
Dalam pada itu kata Ismail, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) merekodkan seramai 5.633 juta orang sudah mendaftar bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sehingga Isnin.
Katanya, bagi mudahkan cara, JKJAV telah memperkenalkan lima kaedah pendaftaran iaitu aplikasi MySejahtera, talian Hotline 1800-888-828, laman sesawang vaksincovid.gov.my; atau hadir ke fasiliti klinik kesihatan awam dan swasta.
Foto: The Star
Selain itu, aplikasi juga boleh dibuat melalui program bantuan bagi penduduk luar bandar dan pedalaman oleh agensi berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan pergerakan merentas negeri masih kekal tidak dibenarkan. Walaupun begitu, rentas negeri hanya dibenarkan untuk aktiviti pelancongan sahaja.
Menurutnya, aktiviti pelancongan daripada negeri PKPP ke negeri PKPP melalui konsep gelembung pelancongan perjalanan pelancongan di dalam negara yang menggunakan syarikat dan agen pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC sahaja dibenarkan.
Di kala seorang anak mendambakan doa ibu ayah bagi memohon restu menempuh peperiksaan, sebaliknya buat seorang pelajar ini yang kehilangan bapa hari ini.
Khabar sedih diterima ketika memasuki dewan peperiksaan untuk mengikuti kertas sejarah. Hati mana yang tidak pilu, menghadapi saat ini.
Menerusi perkongsian facebook milik seorang guru, Badariah Mohd Mohaidin berkongsi duka dengan berita ini.
_______________________________
Al-fatihah, kuatkan semangat.
Menghampiri pukul 10.00 pg utk peperiksaan Sejarah K2.. Van jenazah singgah ke sekolah.. Seorang ayah yg sudah tidak bernyawa dibawa berjumpa anak buat kali terakhir.. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada Muhammad Haikal Iskandar utk menjawab SPM (SMK Simpang Beluru)..
Mohon doakan Allah berikan kekuatan kepada Muhammad Haikal Iskandar utk menjawab SPM…Anak ini diuji dengan pemergian ayahnya hari ini…Allahu Akbar…
Semoga Allah menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan orang2 yg beriman dan beramal soleh… aamiin ya rabbal’alamin
MOGA TABAH DIK!
Berat bahu memandang berat lagi bahu yang memikul, rata-rata warganet melahirkan rasa sebak dan simpati kepada pelajar berkenaan dengan mendoakan agar tabah hadapi dugaan itu. Antara luahan hati warganet.
“Allahu.. Tak tergambar betapa sedihnya.
“Hebat juga ujian untuk mu dik.. Allah lebih menyayangi Ayah mu.. semoga di akhirat kelak Kita akan bersama keluarga Kita,ibu Ayah Kita di syurga … amiin ya Rabb.
“Salam takziah .. Ya Allah , kuatkan laa hati adik Haikal agar dia dpt mnjawab peperiksaan dgn tenang .. permudahkanlah urusan dnia akhirat adik Haikal .. buat sehabis baik adik Haikal .. hadiahkan kejayaan adik utk arwah ayah .. InsyaAllah.
“Ya Allah.. Sebak rasanyaa.. Semoga adik ini berjaya dlm pelajaran dan kehidupan.. Buktikan pada ayah.. Adik boleh buat.. Balas jasa dia… Walau dia dh xde… Jaga mk bebaik.. Ya Allah… Semoga adik ini berjaya dunia akhirat.. Semoga roh ayahnya ditempatkan dikalangan para solehin.. Salam takziah(al-fatihah dibaca).
Sumber: Badariah Mohd Mohaidin
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.