Ramai antara kita kini suka menanam pokok bunga untuk mengisi masa yang terluang dan dalam masa yang sama dapat juga menambahkan keserian ruangan laman dengan pokok-pokok bunga yang dijaga rapi.
Selain pokok-pokok bunga ini boleh terus di tanam ke tanah, menarik juga jika ditanam di dalam pasu yang boleh dipindah alih bagi memberikan gaya susunan laman yang lebih menarik.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Bercerita tentang pilihlah pasu, sebaiknya pilihlah yang bersaiz besar agar pokok dapat hidup subur dan membesar dengan baik. Pun begitu, lazimnya pasu yang bersaiz besar harganya pun boleh tahan juga. Jadi untuk lebih berjimat, apa kata anda lakukan DIY seperti yang dikongsikan oleh Puan Zalina Zakaria di group fb Kelab Kaki Deco Barang Eco/Mr DIY .
Bahan-bahan yang diperlukan :
Besen
Drill
Langkah 1 : Beli besen bersaiz besar dan sama saiz untuk nampak sekata bila ditempatkan di laman.
Langkah 2 : Gunakan drill dan tebuk bahagian bawah besen. Mulakan daripada menebuk bahagian tengah.
Ads
Langkah 3 : Buat beberapa lubang seperti di dalam gambar. Siap untuk digunakan.
Langkah 4: Masukkan tanah ke dalam besen tersebut dan tanam seperti biasa.
Ekstra info : Untuk nampak lebih cantik perletakkan pokok bunga, boleh juga dibuatkan kaki menggunakan campuran simen dan pasir terlebih dahulu.
Setiap suami isteri ada cara tersendiri dalam menyantuni pasangan masing-masing. Justeru, sebagai orang luar, tidak wajar untuk mengadili cara yang mereka praktikkan. Sebaliknya, cuba untuk lebih menghormati. Kerana mereka lebih mengetahui apa yang terbaik dalam rumah tangga. Usah mengecam atau melemparkan kata-kata yang kurang enak.
Demikian yang berlaku baru-baru ini, tular kisah pelawak Shuib digelar sebagai suami dayus hanya kerana dia meminta izin kepada isterinya, Siti Sarah untuk membeli motorsikal impian.
Menjelaskan isu berkenaan, Siti Sarah menerusi perkongsian Instagramnnya tampil mempertahan suaminya. menurut pelantun lagu Semakin ini , dia cukup kagum dengan sikap Shuib yang jujur dan menghormatinya sebagai isteri.
Menurutnya, Shuib boleh sahaja membeli apa sahaja mengikut keinginannya tanpa perlu meminta izin, namun atas dasar tanggungjawab menjadi satu kebiasaan buat suaminya meminta kebenarannya dulu.
“Tak sangka pulak citer mintak izin isteri utk beli motor jadi isu yg besar. Yg peliknya, ramai lelaki meganggap berterus terang dgn isteri atau menghormati isteri adalah sesuatu yang dayus.
“Alhamdulillah saya bersyukur pada Allah kerana pinjamkan saya seorang suami yg baik dan bertanggungjawab walhal dia boleh beli lebih dari moto tanpa bertanya pun pada saya.
Dalam perkongsian tersebut, Siti Sarah turut memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan komen negatif dari netizen berkenaan hal tersebut.
Siti Sarah meluahkan rasa kesal terhadap segelintir netizen yang melabel suaminya yang jujur sebagai dayus, sedangkan lelaki yang sanggup menipu isteri pula dianggap sebagai berani.
“Yang saya tak faham, lelaki2 ni menganggap menipu isteri tu lebih berani dari berterus terang yang dianggap dayus. Ya Allah, ampunilah dosa2 mereka sekiranya kata2 mereka meyakiti suami ku… Amin ❤️,” tulisnya di kapsyen.
Perkongsian Siti Sarah mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Rata-rata bersetuju dengan pandangan isteri kesayangan Shuib itu. Malah turut melahirkan rasa kecewa dengan tuduhan yang dilemparkan kepada Shuib.
Beberapa selebriti turut memberi komen berkenaan hal tersebut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hidup ini begitu banyak pilihan, daripada kita mula bangun pagi hinggalah kembali tidur semula di malam hari, ada sahaja pilihan perlu dibuat. Hatta bukan sahaja perkara ringkas malah hingga kepada keputusan berat dalam menentukan hala tuju kehidupan ini.
Umpanya bagi seorang ibu yang berkerjaya, terkadang kita merasakan tersepit dalam membuat pilihan sama ada untuk mengejar impian dan cita-cita sendiri atau memberi seluruh tumpuan dan tanggungjawb untuk mengurus anak-anak dan keluarga dengan sebaik mungkin.
Pun begitu kelazimannya, pada akhirnya anak-anak menjadi faktor utama yang akan mempengaruhi pilihan kita sebagai seorang ibu.
Begitulah jua kisah seorang wanita dikenali sebagai Puteri Azie yang sanggup melepaskan jawatan terakhir sebagai Pengurus Eksekutif Kewangan di sebuah syarikat demi anak-anaknya.
Dia yang tular di media sosial baru-baru ini kerana sanggup berniaga nasi bungkus di tepi jalan walaupun memiliki paras rupa yang cantik, rupa-rupanya menyimpan 1,001 kisah hidup sepanjang membesarkan anak-anaknya.
Anak Tak Dapat Kasih Sayang
Memetik kisah yang diceritakan olehnya di mStar, wanita berusia 44 tahun itu berkata, dia nekad melepaskan jawatan selepas salah seorang daripada anaknya tidak sihat.
“Saya mula rasa nak berniaga semasa anak kedua demam dan pada masa sama sedang mengandungkan anak ketiga.
“Melihatkan anak kedua demam dan dia tak mahu dengan saya melainkan pembantu rumah, ia menyebabkan saya terdetik dalam hati… kalau keadaan berterusan saya pergi kerja pagi dan balik petang, esok-esok nanti anak saya letak saya di rumah orang tua.
“Masa tu saya tak boleh cakap apa-apa sebab dia sendiri tak dapat kasih sayang daripada saya,” luahnya yang kemudian mula berniaga pada usia 26 tahun.
Berniaga Selepas Suami Meninggal
Memilih berniaga di Seksyen 13 Shah Alam, Selangor, ujar ibu kepada tiga cahaya mata itu lagi, nasi kerabu jualannya mula bertapak di sekitar kawasan tempat tinggalnya sahaja.
Jelasnya, pada masa itu, dia mula membuat flyers untuk diedarkan dari pintu ke pintu rumah seolah-olah mempromosikan produk jualan.
“Saya mula berniaga selepas suami meninggal. Saya buat apa sahaja kerja yang boleh bantu untuk besarkan anak-anak tambahan pada waktu itu terdapat sedikit kesulitan.
“Jadi saya mulakan dengan fotostat flyers dan edarkan di kawasan apartment tempat saya tinggal, dari rumah ke rumah.
“Apabila balik kerja, mereka terus order dan bermula dengan 10 tempahan makanan disediakan. Ia semakin bertambah, maksudnya masakan saya orang boleh terima.
“Pertambahan tempahan makanan membuatkan saya terdetik untuk pergi keluar. Semasa membeli burger di Seksyen 13 Shah Alam, saya bertanyakan jika boleh berniaga di situ,” ceritanya.
Kandong Anak Semasa Berniaga
Menurut anak jati Tanah Merah di Kelantan, urusannya untuk mula berniaga di tepi jalan dipermudahkan.
Malahan, dia dibantu oleh seorang peniaga durian yang meminjamkannya generator, meja dan khemah untuk memulakan jualan.
“Saya tanya peniaga durian dan dia bagi saya berniaga di situ. Siap bagi saya duduk tempat dia.
“Dia cakap guna khemah dan generator dia sebab saya berniaga petang hingga malam. Saya hanya perlu bawa makanan yang nak jual, meja dan kaki meja pun dia bagi.
“Apabila dah berniaga tu, Alhamdulillah bulan pertama saya dapat simpan RM13,000,” katanya yang terpaksa mengendong anak-anak yang masih kecil untuk turut berniaga pada ketika itu.
Bersyukur dengan rezeki yang diberikan, Azie turut merasa gembira kerana hasratnya untuk berada bersama anak-anak tercapai.
Anak Sulung Melanjutkan Pelajaran Hingga Ke Jerman
Berkat usaha gigihnya, anak pertama dan kedua berjaya melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan.
“Anak sulung umur 22 tahun, kedua 21 tahun dan ketiga 16 tahun. Saya besarkan anak sendiri sehingga anak sulung berjaya sambung pengajian di Jerman manakala anak kedua belajar di UiTM (Universiti Teknologi MARA) dan anak ketiga masih di bangku sekolah.
“Imbas balik masa mereka kecil, saya memang seorang ibu yang pentingkan pelajaran kerana mahukan mereka berjaya… janji habis sekolah dan Alhamdulillah, mereka dapat kesemua A dalam SPM (Sijil Pelajaran Malaysia).
“Ada yang pernah tanya kenapa saya tak buka kedai, saya jawab sebab nak duduk dengan anak-anak supaya saya tahu mereka pergi mana dan buat apa.
“Selepas balik berniaga dalam pukul 10.30 malam tu, saya akan semak kerja sekolah mereka… pendek kata saya juga menjadi cikgu mereka di rumah dan sering membelikan buku latihan untuk ulang kaji,” katanya.
Meskipun kesemua anaknya sudah meningkat dewasa, Azie tetap memilih untuk meneruskan jualan di tepi jalan.
Malah dia mengakui enjoy dengan corak berniaga seperti itu yang tidak serabut dan lebih mudah untuk bersama keluarga.
Sehingga kini, sudah 18 tahun Azie mencari rezeki dengan menjual nasi kerabu, nasi berlauk dan nasi lemak.
Meninjau di rungan komen, rata-rata netizen terinspirasi dengan ketabahan seorang ibu dalam membesarkan anak-anak hingga berjaya, bahkan ramai juga yang terus menitipkan doa agar dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusannya sekeluarga.
Perjuangan Elyana tanpa mengenal erti jemu dan penat selama 11 tahun akhirnya berhasil apabila Elyana disahkan bebas daripada penyakit Kanser Limfoma.
Berita gembira tersebut dimuatnaik menerusi laman Instagram miliknya. Menurut ibu kepada seorang anak perempuan ini, penyakit yang dihidapi itu kini hilang.
Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal sebelum ini pernah berkongsi menghidap kanser limfoma tahap empat.
“Assalamualaikum rakan dan keluarga di Instagram. Hari ini saya ingin berkongsi rasa gembira dan bersyukur saya dengan anda semua.
“Perjuangan dan penantian selama 11 tahun saya berhasil! Kanser saya hilang!,” tulisnya menerusi kapsyennya.
Dia dalam pada itu turut meluahkan sebak dan syukur atas kurniaan tersebut.
“Alhamdulillah Ya Allah. Terima kasih Ya Allah, Kau telah mendengar doa kami. Tak dapat saya gambarkan perasaan gembira saya.
“Terlalu lama tak dapat rasa gembira ada tubuh yang sihat. I love u Ya Allah…,” tulisnya.