Berbulu lebat, manja, lincah dan sekali sekala agak nakal sifatnya menjadikan kucing sebagai haiwan peliharaan yang cukup istimewa. Bahkan sifatnya yang seakan meminta diberi perhatian dan tumpuan, begitu cukup disenangi ramai antara kita.

Bela ‘Si Bulus’ Di Rumah Bukan Punca Asma, Ini 5 Kebaikan Kesihatan Seisi Keluarga Perlu Tahu!

Malah anak-anak kita juga sering berasa geram bila melihat kucing di depan mata. Semahunya ingin dipeluk sebagai bukti tanda kasih dan sayang! Atas naluri dan perasaan cinta pada si bulus ini jugalah, menjadikan ramai antara kita menerima kehadiran haiwan peliharaan ini di dalam rumah.

Apabila bercerita tentang memelihara kucing, tahukah anda sebenarnya banyak kebaikan yang diperoleh. Bukan sesuatu yang pelik, bila pelihara kucing akan memberi kesan positif pada tahap kesihatan bukan sahaja fizikal malah emosi seisi sekeluarga. Nak tahu selanjutnya, jom semak.

Bela ‘Si Bulus’ Di Rumah Bukan Punca Asma, Ini 5 Kebaikan Kesihatan Seisi Keluarga Perlu Tahu!1. Tingkatkan daya tahan penyakit

Pendedahan sejak awal haiwan berbulu ini pada anak-anak akan membantu meningkatkan daya ketahanan terhadap alergi malah dikatakan dapat mengurangkan risiko alahan dan asma. Ini kerana interaksi dan sentuhan antara anak anda dengan kucing menjadi sesuatu yang biasa dan menjadikan tubuh anak sudah dapat menerima keadaan tersebut.

2. Kurangkan rasa takut dan bimbang

Bercakap dan mengusap kucing umpamanya boleh mengalihkan rasa bimbang yang bersarang dalam hati. Contoh paling mudah bila anak berasa takut dengan sesuatu, dan dalam masa yang sama ada pula kucing kesayangannya di sisi. Pasti anak tersebut akan leka dengan kucing tersebut dan secara tidak langsung perasaan bimbang yang dialami tadi dapat dilupakan dengan sendirinya.

3. Kurangkan risiko strok

Kajian daripada University of  Minnesota ada menunjukkan pemilik kucing kurang berisiko mendapat serangan strok. Oleh itu jika anda prihatin terhadap kesihatan keluarga, sebaiknya peliharalah kucing di rumah walaupun hanya seekor.

Ads

4. Emosi Lebih ‘Cool’

Bayangkan sedang anda baru melangkah masuk ke rumah saat pulang daripada kerja, tanpa diminta, disapa oleh kucing kesayangan yang setia menanti di hadapan pintu. Lalu anda usap mesra kucing tersebut.  Saat itu pasti anda akan rasa begitu tenang dan beban kerja yang ditanggung terasa hilang seketika.  Begitu juga halnya bila anak-anak kembali daripada sekolah, perkara yang sama akan dilakukan oleh seekor kucing kesayangan tanpa jemu.  Hal ini secara tidak langsung, menjadikan emosi setiap keluarga akan menjadi lebih baik, tenang dan harmoni sepanjang waktu.

5. Tingkatkan kemahiran berbual

Seorang anak yang mempunyai kucing peliharaan akan dilihat lebih pandai berbual. Ini memandangkan sikap kucing suka berinteraksi dengan pemiliknya. Perasan atau tidak, kadang-kadang bila kita ‘bercakap’ dengan kucing, ia seakan faham dan seakan membalas setiap kali kita cuba berbual dengannya. Memang unik!

Oleh itu, sebagai pemilik kucing pastinya kita mahu berikan yang terbaik untuk kucing kesayangan. Apatah lagi bila kita telah menganggap kucing tersebut menjadi sebahagian daripada ahli keluarga.

Berikan terbaik untuk ‘si bulus’

Bagi  memastikan kebaikan dan kepuasan optimum kepada kucing kesayangan anda, sebaiknya berikanlah si comel dengan makanan Delizios™ 100% Ikan Bonito Segar.

Ads

Makanan ini dihasilkan daripada daging putih tuna dan boleh didapati dalam bentuk sup atau jeli lembut. Amat sesuai bagi menyokong metabolisme kucing dan membantu membina ketahanan daripada serangan penyakit.

Bela ‘Si Bulus’ Di Rumah Bukan Punca Asma, Ini 5 Kebaikan Kesihatan Seisi Keluarga Perlu Tahu!Antara kebaikan yang boleh diperoleh dalam Delizios™:

Menggabungkan kepuasan utama dengan manfaat penting kepada pemilik kucing.

Dipilih daripada 100%  daging putih bonito.

Dihasilkan dengan daging putih tuna.

Boleh didapati dalam bentuk sup atau jeli lembut.

Ads

Dilengkapi dengan 100% protein ikan.

Menyokong metabolisme kucing dan sistem imun yang membantu membina ketahanan terhadap jangkitan kulit, gangguan kulit dan kekotoran lain pada permukaan kulit dan bulu.

Bela ‘Si Bulus’ Di Rumah Bukan Punca Asma, Ini 5 Kebaikan Kesihatan Seisi Keluarga Perlu Tahu!

 

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI