Rasanya semua rakyat Malaysia mengalami rasa kebimbangan akan kesihatan diri. Bagi yang telah membuat saringan covid-19 pastinya trauma jika mendapat panggilan dari pihak hospital.
Jika anda disahkan postive, pastinya anda akan kuarantin. Bukan itu sahaja, ada beberapa tindakan susulan yang dilakukan oleh kakitangan perubatan di rumah individu berkenaan.
Ikuti perkongsian lelaki ini.
INILAH TINDAKAN SUSULAN DI RUMAH PESAKIT.
Covid-19 : ” Hello Encik, anda positive Coronavirus”
Alhamdulillah wallahuakbar.
Apa pernah anda terfikir, setelah membuat saringan dan anda dikhendaki menjalani kuarantin di rumah tiba-tiba pihak hospital menelefon anda dan mengesahkan bahawa keputusan screening anda adalah POSITIVE COVID-19.
Apa yang akan berlaku seterus nya dirumah anda?
Nah, sudi-sudilah membaca post dibawah ini. Gambar dan tulisan itu milik sepenuh nya Dr Narish Kumar.
Setelah menerima keputusan ujian yang disahkan positif, pejabat kesihatan akan segera memastikan 3 benda dilakukan SERTA MERTA.
3 TINDAKAN WAJIB
1) menyelaras pemindahan pesakit je hospital kuarantin dengan kadar segera.
2) menyiasat pergerakan pesakit dan mencari SETIAP kontak pesakit, ahli keluarga, sedara mara, kawan, rakan sekerja, majikan Dan sesiapa pun yang pernah rapat dengan pesakit dalam tempoh ini biar pun hanya sekadar teman membawang semasa berjoging. Dan seterusnya menyelaras proses isolasi SETIAP pesakit dan mengambil sampel untuk diuji.
Seorang pesakit berupaya mempunyai 20 – 200 kontak. So, bayangkanlah.
3) Pasukan khas akan dihantar untuk melakukan proses dekontaminasi/ disinfeksi ( decontamination) di premis premis yang telah dilawati pesakit.
Semua proses ini dilakukan untuk SETIAP pesakit yang disahkan menghidap penyakit tersebut.
Sekadar berkongsi, kut kut ada yang x pasti apa pejabat kesihatan buat.
GAMBAR Proses disinfeksi di premis yang telah dikunjungi pesakit. Gambar diambil seketika lalu. BUKAN PALSU.
#Covid19
#coretanMisi
Sumber: Zamri Shahri