
Kelapa parut adalah proses mengambil si daripada buah kelapa yang telah diparut, dikikis halus. Ini juga salah satu cara nak hasilkan santan
Bagi menghasilkan santan kelapa, biasanya kelapa parut akan dicampur dengan air dan diperah. Ini akan diulang beberapa kali sehingga, santan yang terhasil adalah cair.
Kelapa yang telah diparut boleh disimpan beku di dalam peti sejuk. Namun adakalanya cara begini tidak membuatkan ia tahan lebih lama. Apabila nak guna sudah berbau masam dan nak basi. Masakan pun terasa lain.
Cara simpan kelapa parut agar tahan lama, mak-mak nak buah kuih pun jadi lebih mudah. Nak tahu caranya jom baca ni.
CARA PERTAMA :
1. Gumpalkan kelapa parut membentuk bola-bola berukuran sederhana.
2. Simpan di dalam bekas atau plastik yang telah diberi sedikit air
3. Tutup rapat bekas atau plastik dan simpan di dalam peti ais bahagian beku. Kelapa parut akan tahan 3 hingga 4 bulan
CARA KEDUA :
1. Masak air hingga mendidih
2. Taburkan garam pada parutan kelapa dan gaul sampai rata
3. Kukus kelapa parut selama 15 minit
4. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam plastik dan simpan di dalam peti sejuk.
5. Kukus semula untuk dapat perahan terbaik sebelum digunakan.
Sumber : petua ibu
Ibu Ini Guna Roti Dengan Sapuan Jem Buat Potluck Hari Raya Sekolah Anak, Raih Perhatian Ramai!

Masih di bulan Syawal, ini pastinya bukan sahaja open house di kalangan rakan-rakan dan saudara mara tetapi sekolah anak-anak juga ada melakukan jamuan hari raya.
Bagi ibu bapa sudah tentu pening kepala di buatnya untuk memikirkan menu untuk anak-anak bawa ke sekolah.
Nak suruh bawa menu berkuah seperti kuah kacang atau rendang, risau tertumpah masa dalam perjalanan masuk ke kelas. Maklumlah ada segelintir kanak-kanak ni kadang kala mudah cuai. Ada aje yang tertumpah.
Menarik dengan perkongsian seorang ibu ini, di facebook miliknya, Syahirah Adnan menerusi group Masak Apa Hari berkongsi menu yang paling mudah dan cepat untuk anak-anak bawa bagi jamuan hari raya dengan konsep potluck di sekolah.
Dia menggunakan empat bahan untuk menyediakan Strawberry peanut butter sandwich untuk anaknya bawa ke sekolah.
Malah dia tidak sangka menu itu paling laris di sekolah anaknya. Difahamkan dia juga mendapat inspirasi daripada perkongsian penguna facebook lain yang berkongsi resipi berkenaan.
“Strawberry peanut butter sandwich ni memang menarik & paling laris masa potluck di sekolah anak tadi.”
“Thank you pada sis yg share idea sandwich ni haritu.”
INI BAHANNYA
4 bahan je nak buat sandwich ni..
Roti Coklat kismis
Roti butterscotch
Strawberry filling
Chocolate peanut butter
CARA PENYEDIAAN
2 Bungkus roti ni boleh dapat satu box sandwich tu.. ada lebih pulak lagi roti butterscotch tu
Strawberry filling & chocolate peanut butter
Strawberry peanut butter sandwich ni memang menarik & paling laris masa portluck di sekolah anak tadi..Thank you pada sis yg share idea sandwich ni haritU
Sumber: Syahirah AdnanMasak Apa Hari
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Nak Tanam Betik Di Tepi Rumah Pilih Yang Jenis Ni. Berbuah Lebat & Manis, Pokok Pun Rendah Je!

Kalau boleh ruang yang ada di tepi rumah ingin sahaja kita manfaatkan untuk dibuat sesuatu di atasnya. Jika tidak dijadikan ruang istirehat untuk duduk santai seisi keluarga, biasanya mesti digunakan untuk bercucuk tanam. Umpamanya menanam sepokok dua betik. Membayangkan hasilnya nanti, dapat juga dinikmati seisi keluarga.
Pun begitu, tahukah anda buah betik mempunyai pelbagai jenis dan untuk itu bolehlah dicuba menanam jenis yang satu ini. Buahya manis dan pokoknya pula rendah.
Nak tahu lanjut, jom ikuti perkongsian ini.
Tip tanam : BETIK SEKAKI MANIS HONGKONG
Buah betik berbentuk lonjong (buah hermafrodit) dan bulat (buah betina).Buah hermafrodit mempunyai rasa yang lebih sedap.
Penyediaan biji benih
Biji benih boleh disemai diatas tapak tray menggunakan cocopeat atau peatmoss atau tanah organik.
Biji benih akan mula bercambah selepas 5 ke 8hari.Apabila anak benih sudah mula membesar, taburkan racun siput disekeliling untuk mengelakkan serangan siput.
Selepas anak benih berumur 4minggu atau mempunyai daun 8helai, anak semaian boleh di pindahkan.
Cara penanaman
kawasan penanaman anda hendaklah bersih dan di gembur terlebih dahulu.
Gali lubang sedalam 30 cm X 30 cm lebar. Semasa anda menanam, gaulkan tanah bersama baja NPK subur .
Gunakan sungkup untuk elakkan rumpai atau rumput tumbuh.
Pembajaan
Pembajaan pokok betik adalah penting supaya dapat menghasilkan buah yang banyak dan berkualiti.
Pembajaan asas dengan menggunakan baja organik seperti tahi ayam.
Baja NPK subur ( baja subur) digunakan dengan kadar 50gram usia pokok 1bulan ke 2bulan. 100gram usia pokok 3bulan dan 300gram usia pokok 5bulan.
Baja NPK buah pula diberikan pada bulan ke enam sebanyak 300gram sepokok setiap 6 bulan.
Pengairan juga penting terutama pada musim kemarau,pokok betik perlu mendapatkan air yang cukup, kekurangan air boleh menyebabkan bunga bunga gugur.
Penghasilan Buah
Betik berbuah selepas 5 bulan disemai. Ia berbuah berpanjangan.
Pokok berbuah paling banyak ketika berumur 10 bulan atau 1 tahun. Petik berbuah apabila hampir ranum, iaitu apabila buah kekuningan.
Sepokok betik boleh menghasilkan 25 kilo sepanjang hayatnya.masa pengeluaran hasil yang banyak adalah diantara 18-24 bulan.
Jangka hidup betik antara 1-4 tahun .Hayat berbuah banyak 2 tahun.
Tip :
Pohon betik akan hidup subur dikawasan lapang yang tidak terdedah kepada angin kencang. Jika angin kuat pendebungaan buah tidak akan berlaku. Bunga akan gugur.Pastikan kawasan anda mempunyai cahaya matahari yang cukup.
Sumber : Donis De Donnis
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Seriously Kalau Nak Anak Hebat & Sihat Perkembangan Otaknya, Buat Cara Yang Diajarkan Ni!

Biasanya ibu ayah akan memberi tumpuan pada perkembangan fizikal anak-anak kerana ianya nampak dari luaran.
Namun tanpa disedari bahawa perlu juga memberikan sesuatu untuk memastikan perkembangan dan kecerdasan minda anak-anak dapat berkembang secara optimum.
Kajian demi kajian banyak dilakukan dan untuk memahami tentang cara bagaimana ibu ayah boleh mempengruhinya, ikuti perkongsian daripada doktor ini.
Makin banyak saya belajar pasal kanak-kanak, tiba-tiba saya jadi makin kagum sangat-sangat dengan Nabi kita Muhammad S.A.W.
Dulu bila saya baca kisah insan mulia yang bernama Muhammad tu, saya rasa pelik kenapa lah Nabi tu baik sangat dengan budak-budak.
Saya tahulah memang Nabi akhlaknya terpuji tapi kadang tu rasa macam melampau sangat pulak baiknya Nabi dengan budak kecil.
Bila duduk dengan cucu-cucunya Hassan dan Hussain, Nabi akan selalu peluk dan cium mereka.
Sampaikan ada seorang sahabat ni nama dia Al Aqra’ bin Habis At Tamimi nampak kelakuan Nabi tu dia cakap,
“Sesungguhnya aku memiliki 10 orang anak, namun aku tak pernah mencium mereka sekalipun.”
Masa ni lah Nabi balas balik,
“Barangsiapa tidak mengasihi mereka maka ia tidak akan dikasihi.”
Hebat kan.
Ada satu peristiwa lain pulak, bila Nabi terserempak dengan kanak-kanak masa tengah berjalan, baginda akan beri salam pada anak-anak tu dan kemudian mengusap kepala mereka.
Fuh!
Pernah sekali tu Nabi solat sambil mendukung anak kecil.
Nabi jugak sanggup bersujud lama sebab masa tu cucu baginda tengah main ala-ala menunggang dekat atas belakangnya. Baginda siap tunggu sampai cucunya puas bermain lalu barulah Nabi bangkit.
Nabi selalu mendoakan anak kecil.
Nabi kerap mengusap pipi kanak-kanak sambil mengucapkan perkataan yang positif.
Nabi turut panggil anak kecil dengan panggilan nama yang bagus.
Bahkan ada baaaaaaanyak lagi kisah yang lain tentang kelakuan baik Nabi pada anak kecil.
Sampaikan saya jadi tak senang duduk dan asyik tertanya-tanya, apakah sebenarnya pelajaran yang paling mahal daripada kebaikan Nabi tu.
Rupa-rupanya bila saya terbaca kajian Professor Bruce Perry, barulah saya sedar dasyat betul rupanya kesan pada otak kanak-kanak kalau tak dapat kasih sayang yang cukup dan selalu diabaikan!
Professor Bruce tu adalah chief of psychiatry dekat Texas Children’s Hospital.
Menakutkan woih bila dia dedahkan anak yang selalu diabaikan ni, perkembangan otaknya jadi terganggu dengan sangat teruk.
Dua-dua gambar CT scan otak yang Proffesor Bruce kaji tu ialah otak budak sebaya umur 3 tahun.
Yang sebelah kanan tu lah CT scan photo otak kanak-kanak yang kurang dapat perhatian, kurang stimulation, kurang kasih sayang dan kurang sentuhan.
Saiz ukuran otaknya jadi jauh lebih kecil daripada otak kanak-kanak yang lain.
Patutlah generasi anak muda zaman Nabi dulu kemain lagi bijak, rupanya teknik parenting yang Nabi praktikkan tu super hebat belaka!
Seriously kalau kita pun nak anak jadi hebat dan sihat otaknya, kita kena copy bulat-bulat apa yang Nabi buat tu.
✅ Gosok ubun-ubun anak sambil doakan benda baik
✅ Bisikkan pada anak kita ayah sayang kakak/ ibu sayang adik
✅ Banyakkan ciuman, sentuhan dan pelukan kasih sayang
✅ Selalu bisikkan pujian pada anak yang kita bangga dengan perangai baik mereka
✅ Tinggalkan handphone dan tutup TV masa duduk bermain dengan anak. Kita nak kena kerapkan eye-contact, bukan screen contact.
Semua mak ayah kat dunia ni kena praktikkan ilmu ni dekat rumah. Kita tak nak perkembangan otak si kecil terganggu sebab kita tak tahu cara yang betul nak stimulate perkembangan otak si kecil.
Terimakasih Dr. Ahmad Luqman Bukhari atas perkongsian ini. Tolong kongsikan ilmu ini pada mak ayah lain ya.
Sumber : Dr. Ahmad Samhan
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club