Kudapan yang paling mudah nak buat adalah mengunakan wrap. Makanan ini memang mudah penyediaannya dan lebih sihat. Malah ia juga sesuai bagi mereka yang sedap diet.
Namun sering kali ketika membalut wrap ni dengan inti seperti salad, sos, keju dan isi ayam pasti melimpah keluar. Balutan wrap tidak kemas seperti dikedai.
Sebenarnya ada trik untuk memastikan inti wrap tidak terabur. Sebagaimana perkongsian wanita ini.
Mudahnya trik ni, inti wrap pun tersusun kemas dan cantik.
Baru tahu cara lipat dengan betul! selalu buat wrap mesti terabur tu pun hasil tengok tiktok juga.
Gunting bahagian tengah wrap
Letak inti wrap menjadi 4 bahagian
Ads
Kemudian lipat pada bahagian yang telah digunting tadi.
Untuk rasa yang lebih rangup, bakar sekejap. Siap!
Sedapp betull ye. rempah paparoger ayam saya beli dekat shopee. (search saja paparoger) tambah garam and minyak jee. perap 5minit.
telur + lada sulah. sos pula letak nandos, blackpepper and sos cili.
Ads
wrap tuu bakar lepas lipat! lagi sedap and crispy. feeling feeling shawarma.
ada cadangan lagi best tak buat wrap sedap? sebab makan wrap ni kenyang sampai pukul 6. dah macam boleh diet je.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Perasan tak, kalau kita pergi ke pasar malam bersama keluarga dan lalu di gerai yang sedang menggoreng ayam berempah, baunya memang harum. Serta merta boleh buat kita beraasa lapar.
Andai ada pula yang teringin, apa kata kita buat sendiri menu Ayam Goreng Berempah untuk santapan seisi keluarga.
RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH MEKZA
………………………………………………………… BAHAN:
1/2 -1 ekor ayam potong (12-14)
7-10 btg serai (potong dan kisar)
3-4 senduk cili kisar (senduk bancuh air)
4biji bawang merah (kisar)
3ulas bawang putih (kisar)
2-3 sdb Chili flake
2sdb jintan manis (sangai dan kisar kasar)
2sdb jintan putih (sangai dan kisar kasar)
1sdb ketumbar (sangai dan kisar kasar)
1-2sdb tepung beras @ tepung jagung (mana-mana sahaja)
1-2 inci Halia (kisar)
Serbuk kari daging (agak-agak)
Daun kari
Kiub pati ayam @ garam
Serbuk kunyit
(kalini saya tak letak lengkuas macam biasa yang saya buat)
CARA-CARA:
1. Kisar semua bahan yang perlu dikisar, satukan semua bahan diatas dan gaul bersama ayam.
2. Perap dalam 1/2 jam .(kalau nak cepat tak payah perap pun tak apa).
3. Goreng dengan api yang kuat, minyak yang penuh. Minit last perlahankan api, warna dah menarik bolehlah diangkat.
“Ni cara mekza ye, kalau nak ikut..ikutlah…tak nak ikut pun takpe..ikut cara masing-masing.”
sumber : Tengku RosElyza Raja Muhammad Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kalau ditanyakan soalan ini, ‘bila kali terakhir anda sebagai ibu bapa puji anak-anak?’ rasa-rasa anda boleh jawab tak?
Sedangkan kita yang dewasa ni kalau orang puji pun boleh senyum simpul, terbawa-bawa pujian tu seharian, apatah lagi anak-anak yang tiada siapa yang boleh diharapkan untuk beri pujian kepada mereka selain ibu bapa mereka.
Ingat tau, kat rumah macam-macam benda kita boleh buat dengan anak, momen dalam rumah itu sendiri boleh menghidupkan hari-hari mereka. Seperti yang dikongsikan oleh Dr Redza Zainol ini. Jom kita hayati perkongsiannya!
Setiap hari, kita diberi terlalu banyak peluang untuk cipta “Magic Moments” dengan anak kita.
Magic Moments ini ialah detik yang anak kita akan sentiasa teringat tentang kita sampailah mereka dewasa nanti.
Bayangkan anak kita baru lepas letak elok-elok pinggan dan cawan dalam sinki lepas makan. Dia pun dengan gembiranya panggil kita untuk tengok hasil kebaikan dia.
Cepat-cepat kita pergi tengok, kita buat-buat terkejut, tepuk tangan siap peluk anak kita.
“Wahhh, kakak dah besar. Pandai letak pinggan dalam sinki lepas makan.”
Senyumlah anak kita sepanjang malam. Detik itu akan jadi satu Magic Moment untuk mereka.
Kenapa magik? Sebab antara berjuta detik yang lain, detik itulah yang dia boleh ingat sampai bila-bila. Itulah magiknya.
Lagi banyak Magic Moments tersimpan dalam memori anak kita, lagi bahagialah anak kita. Bayangkan zaman kanak-kanak anak kita dipenuhi dengan ribuan Magic Moments yang hebat.
Tapi, saya sendiri banyak terlepas peluang untuk cipta “Magic Moments” dengan anak saya.
Pernah anak saya teruja nak tunjukkan sejenis ikan berkaki yang baru dia belajar pagi tu. Saya pula sibuk dengan urusan lain. Berkali-kali dia cuba nak beritahu saya pasal ikan tu.
Bila kerja saya dah selesai, anak saya pun dah tertidur. Saya fikir remeh aja cerita ikan tu. Terlintas dalam hati, esok mesti dia dah lupa pasal cerita ikan tu.
Itulah silap saya.
Esok paginya, anak saya datang dan dengan suara perlahan dia kata lepas ni dia dah tak nak cerita apa-apa lagi bila dia belajar benda baru.
Allahuakbar, saya menangis. Remuk hati ini.
Terus saya minta maaf pada anak. Leka betul diri ni. Macam tu cara Allah bagi amaran pada saya.
Sebenarnya, anak kita akan ketagih nak berkelakuan baik bila kita selalu “tangkap” dia betul-betul lepas dia buat perkara yang baik.
Bila kita beri ganjaran selepas dia buat apa-apa kebaikan, Magic Moments itu lebih mudah tercipta.
Ganjaran macam duit, permainan dan coklat bukanlah tak baik tapi ia tak sehebat ganjaran yang saya nak kongsikan ni.
Contoh ganjaran atau hadiah yang lebih hebat :
✅ Diberi kasih sayang – dalam bentuk pelukan, ciuman, high five, senyuman atau meletak tangan kita pada bahu anak.
✅ Pujian – puji secara spesifik kelakuan anak yang kita suka. – Contoh:
“Baguslah abang senyap je masa mama bercakap melalui telefon dengan nenek.”
“Kakaklah pembantu mama yang paling rajin sekali. Semua permainan kakak dah susun elok-elok dalam laci.”
✅ Diberi perhatian yang lebih atau dapat buat aktiviti khas. – main game board dengan mak ayah – mak ayah baca buku cerita bersama – tolong mak ayah sediakan makan malam – dapat pergi ke zoo bersama mak ayah.
American Academy of Pediatrics dan American Association of Child and Adolescent Psychiatry pun menyokong jika kita beri ganjaran sosial begini.
Sungguh kawan-kawan.
Kita terlalu banyak “tangkap” anak ketika mereka buat salah sampai kita terlupa nak “tangkap” mereka kita mereka berbuat baik.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebagaimana kisah wanita ini yang memberitahu pengalamannya ketika menghadapi rasa sakit batu karang hempedu yang dialaminya.
Dia juga berkongsi gambar yang menunjukan batu karang sebesar biji lada hitam setelah pembedahan dilakukan untuk mengeluarkannya.
Meluahkan rasa syukur derita yang dilaluinya sebelum ini berakhir.
Seterusnya ikuti perkongsiannya agar menjadi iktibar.
Besar macam lada hitam
Yang paling besar tu 1.6cm. Yang kecil-kecil halus-halis tu dia tak tunjuk la buang la terus..
Sakitnya macam mana? Time kena attack baru sakit..tak kena attack ok je macam tak ada apa..
Time kena attack tu dia rasa macam kembung perut..senak pedih ulu hati, nak muntah nak nafas susah, Dada rasa kena himpit..ehh banyak laa rasa dia..mmg ingat mati je bila kena tu.
Buat pemeriksaan kesihatan
Macam mana nak tahu ada batu hempedu?
Buat full health screening..sebelum tu memang ada rasa macam gastrik pun ya..tahu dr tahun lepas lagi..tapi tak buang lagi sebab tak sakit..bila sakit baru beringat. Manusia kan macam tu. tak heran.
Bagaimana ia terjadi?
Dihempedu kita sendiri ada garam..sekiranya garam terlebih maka itulah berlaku..tapi pelik kan kejadian Allah..garam hempedu terlibat jadi batu. Tapi darah tinggi tak ada..unik!
Faktor tambahan makan pedas makan berminyak..acaner dah itu makanan kita kat malaysia ni..
Sebenarnya bahagian kita nak kena..orang lain makan sama je.. tak ada pun yang kena.
Alla kulli hal..Alhamdullillah hanya secebis ujian kecil penghapus dosa..
Tq Allah!
Moga kisah ini menjadi pengajaran agar melakukan kesihatan jika berasakan kelainan pada tubuh badan.
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Bintang Kecil: Tengok gigi macam bersih je kan, tapi sebenarnya bila kita tak bersihkan dengan betul semakin lama buat gigi kita jadi berkarat. So teknik berus gigi kenalah betul.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM, guru kongsi kisah sedih. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.