
Rupanya begini cara nak buat ayam masak palembang. Ada campuran daun kari patutlah sedap. Kepada nak cuba masakan ni jom buat menu masakan tengahari ni. Memang superb! Rasa lain dan aroma pun memang lazat. Confirm anak-anak dan suami bertambah nasi hari ni.
Berikut resepinya
AYAM MASAK PALEMBANG
Bahan2 untuk 1 ekor ayam
A: Bahan2 dikisar
Bwg besar – 2 biji (sederhana)
Bwg putih – 5 – 6 ulas
Halia – besar ibu jari
Bahan2 B:
serbuk kunyit
Daun kari – 2 – 3 tangkai
Kicap manis – 1/2 cawan
Cili blend – ikut pedas ( 2 senduk nasi)
Asam keping – 2 keping besar
Santan – 100ml
Minyak untuk tumis
garam dan gula secukup rasa
Cara2
1. gaul ayam dengan kunit dan garam.. goreng setengah masak dan ketepikan
2. Panaskan minyak
3. Tumis bwg besar , bwg putih , halia sampai naik bau
4. Masukkan cili blend.
5. Tumis sampai pecah minyak.
6. Masukan kicap. Kalau nak lebih hitam tambah kicap pekat.
7. Masukkan daun kari
8. Tumis sekejap, masukkan garam dan gula secukup rasa.
9. Masukkan asam keping
10. Masukkan ayam dan masak sehingga ayam empuk.
11. Masukkan santan
12. Biarkan mendidih dan boleh dihidangkan ?
13. Kalau kering sangat masukkan air sedikit
Kredit resepi: Junnaina Husin Chua via Koleksi Resepi Masakan Ayam
Jamu Tetamu Dengan Nasi Ayam Enak Lagi Terangkat. Cuba Resipi Masterchef Dari Istana Buckingham Yang Guna Bahan ‘Istimewa’ Ini. Confirm Sedap!

Bukanlah tidak berjaya menghasilkan Nasi Ayam yang enak tetapi mencuba resipi baru yang rasanya lebih enak dan sedikit berbeza pastinya buat semua ibu-ibu teruja untuk mencuba. Lebih-lebih lagi untuk hidangan rumah terbuka ini. nak jemput kawan-kawan ke rumah, cuba buat Nasi Ayam Ini, Confirm tetamu anda suka nanti!
Perkongsian Puan Rafiza Idayu di facebooknya pernah mendapat sambutan yang cukup luar biasa. Dia yang menggunakan resipi perapan ayam yang diadaptasi daripada resepi masterchef yang pernah berkhidmat di Istana Buckingham. Berikut merupakan petua dan rahsia yang diberikan olehnya.
RESIPI NASI
BAHAN-BAHAN:
- Beras
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- Kiub pati ayam
- Bay leaf (atau daun pandan) – untuk wangi
- Lemak ayam
- Air rebusan ayam
- Serbuk kunyit
CARA MEMASAK:
- Asingkan isi ayam dan lemak ayam. Lemak ayam inilah sebenarnya ‘the ultimate secret’ dalam pembuatan nasi ayam. (Lebih mujarab, gunakan lemak di bahagian bontot ayam.
- Panaskan lemak ini dalam periuk nasi hingga keluar minyaknya. Asingkan lemak ayam untuk proses seterusnya.
- Buang lemak yang tertinggal dan masukkan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk halus.
- Masukkan bay leaf dan kiub pati ayam.
- Masukkan beras, biarkan masak sebentar dan kemudian masukkan air rebusan ayam.
Biarkan nasi hingga masak.
RESEPI PERAPAN AYAM
BAHAN-BAHAN:
- 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 3 sudu makan madu
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan kicap pekat
- 1 sudu makan minyak bijan
- Sedikit lada sulah
RESIPI SAMBAL
BAHAN-BAHAN:
- 6 biji cili merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 sudu makan jus limau nipis
- Sedikit halia (anggaan 1 ruas jari kelingking)
- 4 sudu makan gula
- 1 sudu kecil garam
- Air rebusan ayam 3/4 cawan (200ml)
- 1 sudu kecil tepung jagung yang dilarutkan dengan 2 sudu air
Rahsia Mendapatkan Ayam ‘Juicy’
- Masak air hingga mendidih.
- Apabila mendidih, barulah dimasukkan ayam.
- Tutup periuk (wajib) dan masak hingga 5 ke 6 minit.
- Guna api yang besar.
* Air rebusan ini akan digunakan untuk membuat sup ayam dan masak nasi. Tujuan kita menggunakan air mendidih sebab kita nak perangkap jus ayam kekal di dalam daging ayam tersebut. Pastikan air yang banyak hingga tenggelam ayam.
Selamat mencuba!
Lembut Di Dalam & Crunchy Di Luar. Menu Tauhu Berlauk Crunchy Ni Memang Special, Rugi Tak Rasa!

Mempelbagaikan resipi berasaskan tauhu selain digoreng atau dijadikan ramuan pelengkap dalam menyediakan menu hidangan sayur campur atau sebagainya, tauhu ini enak juga jika dimasak dengan resipi ini.
Ia menggabungkan pelbagai ramuan dan dimasak menggunakan teknik kukusan dan gorengan sekali gus menjadikan menu ini bila dimakan terasa lembut di dalamnya, manakala di bahagian luar terasa rangup.
Untuk yang ingin mencuba menyediakan menu ini untuk dirasa bersama keluarga, di sini dikongsikan resipinya. Selamat mencuba.
Okay bahan bahan untuk dua orang makan, boleh digandakan kalau nak jamu pada tetamu atau isi rumah lebih ramai :
bahan-bahan:
Isi tauhu dua keping
Tauhu telur 1 bungkus
Sayur sayuran yang bersesuaian (saya guna lobak,daun sup,cili merah dan lobak)
Bahan perasa (saya guna serbuk pati ayam & lada hitam)
Telur & tepung serbaguna untuk salutan
Air
*Tepung gandum (sekiranya perlu)
Saya tak gunakan isi ayam (malas nak thawing)
step 1


Sapukan sedikit minyak di dalam acuan supaya senang nak keluarkan isi tauhu kukus walaupun masih panas. Isi je penuh dalam acuan, jangan risau dia takkan melimpah pun.





Ala Air Tangan Ibu, Produk Terbaru Adabi Betul-Betul Buat Seisi Keluarga Tak Nak Makan Luar Lagi!

Orang cakap masakan ibu paling tak boleh ditandingi, mungkin ada betulnya. Bila duduk berjauhan mesti selalu teringat air tangan mak-mak di kampung. Kini Adabi jenama masakan yang tak perlu diperkenalkan lagi, mereka muncul dengan empat produk terbaru yang buat anda semua teringat masakan ibu di kampung halaman. Apa lagi, jom cuba!
Empat produk baharu yang kini mula mendapat tempat di pasaran dan boleh didapati secara online terutama di platform atas talian Adabi iaitu di emall.adabi.com adalah Perencah Masak Lemak Cili Padi, Perencah Masak Merah, Perencah Sambal Tumis Balado Merah dan Serbuk Telur Masin Keemasan. Bagaikan masakan air tangan sendiri, inspirasi resepi ibu turun temurun, produk ini pastinya memudahkan pengguna dalam memasak sendiri lauk-pauk kegemaran mereka.
Perencah Masak Lemak Cili Padi, Pengikat Perut Si Suami
Kalau tak dapat lemak cili padi memang bukan orang Melayu lah kan. Siapa sahaja yang boleh menolak bila disajikan dengan menu ini, jadi Adabi tampilkan produk serba lengkap ini yang sedia dimasak dan menjimatkan masa. Sajian terkenal berasal dari Negeri Sembilan ini kini boleh dimasak pada bila-bila masa. Hadir dalam saiz 120 gram dan 350 gram memudahkan pengguna untuk pek sajian buat seorang atau seisi keluarga.
Cara memasak:
- Panaskan kuali dan masukkan air.
- Masukkan Perencah Masak Lemak Cili Padi dan serai yang telah diketuk.
- Masukkan ayam atau daging.
- Didihkan dan tutup kuali. Masak hingga ayam/daging empuk menggunakan api sederhana.
- Masukkan santan kelapa dan daun kunyit yang telah dihiris. Masak dan kacau sehingga kuah menjadi pekat.
- Sedia untuk dihidangkan. Tambah cili padi mengikut citarasa anda.
- Siap disediakan.
Perencah Masak Merah, Lembutkan Hati Ibu Mertuamu
Inginkan lauk bagaikan kenduri kahwin? Apa kata cuba sendiri keenakan Perencah Masak Merah Adabi. Lebih sedap jika digabungkan bersama nasi minyak atau tomato. Pasti mengancam hati ibu mertua yang nak datang bertandang. Pek produk ini terdapat dalam 120 gram dan 350 gram
Cara Memasak:
- Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumiskan bawang besar yang dihiris bulat dengan api sederhana bersama Perenca Masak Merah.
- Masukkan ayamyang telah digoreng separa.
- Masukkan air sedikit dan didihkan dengan api sederhana. Sedia untuk dihidang!
Tips: tambahkan kacang pis mengikut kesesuaian!
Perencah Sambal Tumis Balado Merah, Ala Terasa Di Kampung Halaman
Anak-anak teringin sangat nak makan ikan dengan resepi mudah? Cuba Perencah Sambal Tumis Balado Merah Adabi. Sesuai juga untuk Ikan keli, Ikan Tilapia, Paru, Telur dan Ayam. Pek produk ini juga tersedia dalam 120gram dan 350 gram. Mesti anak-anak dah tak mahu makan di luar lagi.
Cara Memasak:
- Goreng garing ikan menggunakan garam dan kunyit Adabi secukup rasa.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan Perencah Sambal Tumis Balado Merah dan tumis dalam api sederhana.
- Tambahkan sedikit air, masak seketika dan tutup api.
- Kemudian masukkan ikan yang telah digoreng ke dalam tumisan dan gaul sehingga sebati.
- Sedia untuk dihidangkan!
Serbuk Telur Masin Keemasan, Baunya Memanggil Jiran Sebelah
Masakkan menggunakan serbuk telur masin telah menjadi antara sajian yang dikenali ramai dan semakin trendy hari ini. Tak hairanlah hidangan berkrim ini sering menjadi menu di kebanyakan restoran pilihan. Jangan risau, kini Adabi juga menyediakan produk Serbuk Telur Masin Keemasan untuk anda cuba memasak sendiri di rumah. Lebih sedap lagi, produk ini mengandungi kepingan telur masin asli. Produk ini tersedia dalam pek 150 gram, 250 gram dan 800 gram.
Cara memasak:
- Goreng udang bersalut tepung bersaiz sederhana dan asingkan.
- Panaskan marjerin dengan api sederhana. Masukkan bawang putih, daun kari dan cili.
- Tumis sehingga naik bau.
- Perlahankan api, masukkan Serbuk Telur Masin Keemasan Adabi dan kacau sehingga sebati.
- Masukkan udang yang telah digoreng tadi dan gaul sehingga sekata.
- Sedia untuk dihidangkan!
Best kan semua pek perencah ni, bukan sahaja memudahkan para ibu di dapur, malah buat seisik keluarga terus melekat di rumah. Terdapat pelbagai produk Adabi yang mudah disediakan dan melengkapkan sajian anda. Jadi dapatkan di pasaran atau di emall.adabi.com Maklumat lanjut layari media sosial adabi_consumer.
Selamat Mencuba!