Ramai orang tahu kebaikan teh hijau. Tetapi mereka tidak tahu cara terbaik dan waktu terbaik minum teh hijau. Jadi mereka tidak mendapat manfaat sebaiknya.
BEGINI CARANYA
Untuk mendapatkan kesan antioksidan yang optima, teh hijau seharusnya diminum sejam sebelum atau selepas waktu makan bagi memastikan catechin (antioksida yang terdapat pada teh) dapat diserap dengan baik.
Tetapi teh hijau tidak diharus diambil ketika perut kosong kerana ia mengandungi kafein yang bersifat asid. Walaupun tahap kafein dalam teh tidak banyak seperti kopi, namun ia menyebabkan rasa pedih ulu hati (tanda gastritis) bagi mereka yang sensitif atau mempunyai masalah gastritis.
Lebih banyak kuantiti teh hijau dan lebih lama rendaman dalam cawan, lebih banyak kandungan kafein yang ada.
Ads
Teh hijau juga tidak seharusnya dicampur dengan susu kerana penyerapan catechin diganggu oleh kehadiran casein yang terdapat dalam susu. Teh hijau juga menghalang penyerapan kalsium yang banyak dalam susu.
Teh hijau membantu penurunan berat badan dengan meningkatkan metabolisma tubuh dan dengan menghalang penyerapan lemak. Tetapi ia bukan kaedah utama dalam menurunkan berat badan.
Minum teh hijau ketika sedang makan akan mengurangkan penyerapan thiamine (vitamin B1) dan zat besi dari sumber tumbuhan.
Ads
Tahap kafein dalam teh hijau berbeza-beza bergantung pada jenama dan cara penyediaannya. Dianggarkan dalam satu cawan teh hijau yang direndam selama 5 minit adalah antara 40-60 mg.
Jadi teh hijau boleh minum antara 4-6 cawan sehari.
Ada suami yang cukup gemar berendam dengan air panas. Malah kadangkala minta isteri sediakan air panas untukmandian, selepas pulang daripada kerja. Air panas memang baik dan melegakan selepas kepenatan. Namun ada kesannya pada lelaki.
Lelaki yang suka mandi berendam dalam air panas untuk menghilangkan lenguh seluruh badan disaran berfikir dua kali sebelum berbuat demikian.
Hal ini kerana ia boleh menjejaskan kesuburan selama beberapa bulan. Amalan mandi berendam dalam air panas melebihi tempoh 30 minit didapati boleh menurunkan kesuburan lelaki sehingga 491 peratus.
Kajian penyelidik dari Universiti California, San Francisco ke atas 11 lelaki yang menghadapi masalah kesuburan terbukti dengan rendahnya paras kesuburan mereka.
Bagaimanapun, kesan mandian air panas ke atas kesuburan ini boleh kembali ke tahap yang normal selepas tiga hingga enam bulan tidak melakukan aktiviti rendaman ini.
Untuk tempoh hentian ini, tahap pergerakan sperma meningkat di antara 12 hingga 34 peratus. Jadi sebelum bersauna mahupun berendam, berfikirlah sebaik-baiknya.
4 Perkara Jejas Kesuburan
* Kafein baik untuk merangsang otak malah merangsang daya seksual namun ianya kurang sesuai untuk perkembangan hormon kesuburan. Tingkatkan kesuburan suami dengan amalan meminum dua gelas susu sehari. Itu lebih baik!
* Amalkan pemakanan seimbang seperti pengambilan multivitamin supaya badan dibekalkan dengan bekalan zink, selenium dan asid folik yang mencukupi untuk menghasilkan sperma. Multi vitamin juga mengandungi antioksiden seperti vitamin C dan E yang melindungi sperma daripada kerosakan.
* Kurangkan tekanan berpanjangan kerana jika tidak diatasi ia akan mengganggu hormon yang diperlukan untuk penghasilan sperma.
* Sebaiknya kurangkan merokok kerana perokok hanya akan menghasilkan 200 juta sperma sahaja berbanding 500 bagi lelaki tidak merokok.
Buat isteri, sila ambil perhatian!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tubuh yang lemah akibat keletihan berpuasa seharian sememangnya perlukan makanan untuk mengembalikan semula tenaga.
Selain kurma yang membekalkan tenaga dengan cepat, anda boleh juga menyediakan minuman booster penambah tenaga ini selepas berbuka. Confirm badan lebih cergas.
Ini cara yang dilakukan oleh wanita bernama Lyndah Abraham di facebooknya. Juga perkongsian buat ibu-ibu mengandung yang selalu mengalami keletihan dan lemau-lemau badan. Juba jangan tak cuba.
Teh Penyegar Badan
Air Tea O penyegar badan. Paling sesuai untuk keluarga. Ibu-ibu mengandung yang selalu lemau pun boleh cuba.
Bahan-bahan:
Halia
Daun Pandan
Gula kabung/gula batu
Uncang tea
Caranya:
1. Rebus air bersama halia dan daun pandan.
2. Setelah mendidih tutup api.
3. Masukkn air panas tadi ke dalam cawan. Letakkan gula dan uncang teh (seperti bancuh teh biasa).
Lazimya ada segelintir ibu selepas melahirkan anak akan merasa sakit di hujung tulang belakang.
Kesannya apabila buat kerja banyak sikit, cepat lenguh. Diri lama sikit, dah rasa sengal-sengal dekat belakang. Kalau baring atas simen atau lantai, mudah rasa ngilu dan sakit.
Ikuti lanjut perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad melalui postingnya.
Salah satu punca kesakitan pada tulang ekor (coccyx) ialah proses melahirkan anak. Kesakitan pada tulang ekor ini dinamakan coccydynia. Ia kerap berlaku pada kelahiran normal melalui faraj.
Tulang ekor (coccyx) ialah sekumpulan tulang yang terakhir pada tulang belakang kita. Ia mempunyai 5 tulang yang berbeza. Adakalanya tulang-tulang ini bercantum menjadi 2 atau tiga segmen. Ia dicantumkan pada tulang belakang yang lebih besar oleh ligamen, yang membenarkan pergerakan antara tulang belakang dan tulang coccyx. . Ketika melahirkan bayi, bayi dikeluarkan melalui saluran peranakan (rahem dan faraj). Pergerakan bayi dari rahem ke luar melalui faraj memberikan tekanan fizikal pada tisu di sekeliling.
.
Tekanan ini boleh menyebabkan bengkakan dan koyakan pada tisu-tisu tersebut. Jika tekanan itu terlalu kuat, ia boleh menyebabkan tulang coccyx terseliuh (dislocate). Dalam kes yang jarang berlaku ia boleh menyebabkan tulang coccyx ini patah. Dalam kes-kes yang agak ekstrem, tulang yang patah boleh menusuk ke saluran dubur dan menyebabkan pendarahan. . Selalunya wanita yang sedang sakit ketika proses melahirkan tidak perasan tulang coccyxnya patah. Ini kerana kesakitan ketika melahirkan lebih kuat dari kesakitan akibat patah tulang coccyx. Setelah beberapa hari, barulah sakit di bahagian hujung tulang belakang dapat dirasakan. Walaubagaimanapun kadang-kala patah tulang coccyx dapat dikesan ketika lahir apabila terdengar bunyi seperti ranting yang patah. . Oleh itu wanita yang hamil anak yang bersaiz besar dinasihatkan menjalani pembedahan Caeserean kerana fizikal yang besar boleh menyebabkan tulang coccyx tercedera. Begitu juga jika bayi dilahirkan secara songsang. Proses kelahiran yang sukar akan memudahkan kecederaan ini.
Adakalanya wanita yang hamil itu sendiri mempunyai tulang coccyx yang tidak normal. Kelima-lima tulang itu mungkin bercantum menjadi satu dan melekat pada tulang belakang menyebabkan ia tidak boleh lagi bergerak bagi memberikan laluan ketika ketika bayi dilahirkan. Ia mudah patah atau terseliuh apabila wanita meneran bayi keluar. . Wanita yang pernah mengalami kecederaan tulang coccyx perlu memberitahu doktor yang menyambut kelahiran bayi bagi mengelakkan kerosakan tulang tulang coccyx lebih teruk. Kecederaan tulang coccyx biasa berlaku pada wanita yang agak obese dan terjatuh dari tangga dengan posisi duduk.
Hentakan pada tulang coccyx menyebabkan tulang itu cedera. Sekiranya wanita itu hamil dan melahirkan bayi bersaiz besar, ia akan menyebabkan kecederaan pada tulang coccyx ini bertambah teruk. . Kesakitan akibat kecederaan tulang ini semasa proses kelahiran selalunya ditanggung beberapa minggu terutama apabila ketika duduk atau berubah posisi dari bangun ke posisi berdiri.
Kesakitan ini membuatkan pesakit tidak dapat melakukan kerja rutin seharian dengan baik. Saya menasihatkan wanita yang mengalami kesakitan pada tulang coccyx akibat melahirkan anak harus berjumpa doktor untuk pemeriksaan.
Pemeriksaan fizikal dan xray akan dilakukan untk mengesahkan kerosakan pada tulang coccyx. Selalunya kecederaan sebegini akan pulih dalam masa beberapa minggu. Kebiasaannya 6 hingga 8 minggu. . Saya merasa simpati jika musibah ini berlaku pada wanita yang melahirkan. Tidak banyak yang boleh dilakukan kecuali doktor akan memberikan ubat penahan sakit sama ada berbentuk tablet atau suntikan. Pembedahan tidak membantu kecuali mengeluarkan tulang yang patah. Pembedahan bukanlah rawatan terbaik kerana banyak ligament dan otot yang melekat pada tulang coccyx ini. Ia boleh membawa komplikasi yang lebih teruk.
TIPS UNTUK REDAKAN KESAKITAN.
1. Tuamkan ice pack dibahagian belakang untuk mengurangkan bengkak dan sakit. 2. Ketika tidur, seeloknya tidur baring mengiring. Elakkan tidur terlentang atau menangkup, ia akan memberi tekanan kepada punggung dan tulang coccyx. 3. Ketika duduk, lapikkkan bantal di bahagia belakang badan. 4. Anda juga boleh berendam dlm kolam air panas atau tab mandi. Ia bagus utk merehatkan otot-otot pelvis yg melekat apda tulang coccyx yg sakit. 5. Mommy juga perlu disiplin utk minum air yang cukup dan makanan makanan yg banyak serat utk mengelakkan sembelit. 6. Minta suami urutkan selalu. Urut dengan minyak panas atau minyak yg boleh melegakan sengal2 badan. 7. Jangan paksa diri kalau tak larat, jangan angkat barang2 berat dan dapatkan kualiti tidur yang baik dan cukup.
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.