Rupanya Azmin Ali Ni Family Man. Sempat Balik Sarapan Di Rumah.

Share

Memang tidak dinafikan untuk menempa kejayaan tiada jalan yang singkat. Pastinya pelbagai cabaran ditempuhi.

Jika dilihat kepada ciri-ciri, perwatakan, personaliti dan kualiti yang ada pada orang yang berjaya pasti mereka seorang yang bijak mengatur masa.

Sibuk dengan kerja memang tidak disangka lagi, namun hubungan keluarga tetap utuh dijaga.

Sejak semalam, suasana politik negara jadi tumpuan utama apabila berlaku perubahan tampuk pimpinan.

Pastinya pemimpin yang terlibat sibuk dengan peralihan kuasa. Begitu juga Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Namun kemelut yang berlaku dalam arena politik negara kini, tidak menjadikan dirinya culas untuk menjenguk keluarga dan anak cucu. Malah lebih sweet, sempat pulang sarapan pagi di rumah.

Jelas berperwatakan ‘family man’ tergambar melalui postingnya beberapa jam lalu di facebook miliknya, Azmin Ali.

SARAPAN PAGI DI RUMAH

Alhamdulillah sedap makan di rumah pagi tadi. Habis semangkuk.

SEMPAT JENGUK CUCU 

Ini lah kebahagiaan. Bermain belon dengan cucu . Luang masa untuk makan tengahari bersama keluarga sempena meraikan ulangtahun kedua cucunda Farah Inayah Rose. Semoga cucu Atok terus membesar dengan sihat, ceria & bahagia.

Bersama isteri dan cucunya

Nyata, bukan retorik semata, tetapi begitulah cara beliau santuni ahli keluarganya walaupun masa begitu mencemburinya.

Dengan sikap profesional ini, sungguh beliau seorang yang tenang dan  dan bijak  menyusun masa waima sebagai pemimpin, suami dan juga bergelar datuk kepada cucunya.

Jelas, kebahagiaan keluarga itu adalah keutamaan dalam hidupnya. Malah tidak dinafikan ia antara pencetus kejayaannya kini.