Rupanya Arja Lee Kini Pensyarah. Tinggalkan Dunia Glamour & Hidup Tenang Di Kelantan!
Rasanya begitu lama kita tidak mendengar cerita tentang pelakon Arja Lee, 39, siapa sangka rupanya aktor yang popular dengan drama Misiku Kuza, kini menceburi bidang akademik bagi merialisasikan impiannya bergelar pensyarah.
Arja berkata dia mengambil keputusan meninggalkan dunia seni untuk memberi fokus pada kerjayanya sebagai tenaga pengajar di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Menurut Arja lagi, dia sudah tidak minat dengan dunia glamour dan lebih tenang menjalani kehidupan di Kelantan sebagaimana memetik di mstar online.
“Alhamdulillah saya selesa dengan kehidupan saya sekarang… ada pekerjaan tetap dan paling penting ada pendapatan bulanan yang tak perlu saya risau setiap bulan.
“Dekat sini saya mahu menjalani hidup tenang dan bebas daripada sebarang kontroversi sebagai seorang selebriti.
“Disebabkan itu, saya mengambil keputusan tinggalkan bidang seni buat masa ini bagi memberi tumpuan kepada tanggungjawab sebagai seorang pensyarah yang turut memerlukan komitmen tinggi,” katanya.
Dalam pada itu, Arja berkata dia seronok tinggal di Kelantan kerana harga kos sara hidup lebih rendah serta dan lebih sederhana tanpa sebarang gangguan.
“Kos sara hidup di Kelantan lebih rendah dan saya tidak lagi perlu memikirkan hal-hal berkaitan dunia hiburan. Fokus saya sekarang adalah terhadap pekerjaan sebagai pensyarah dan mendidik anak bangsa,” katanya.
Berkongsi lanjut, Arja berkata dia sememangnya menyimpan impian untuk bergelar seorang pendidik dan bersyukur diterima sebagai pensyarah.
Dalam pada itu sebagaimana memetik Harian Metro baru-baru ini ketika Arja yang baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Pengajian Persembahan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkata dia bakal menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) tidak lama lagi.
“Saya gembira pengorbanan saya selama dua tahun menyambung pengajian berbaloi walaupun sibuk dengan kerjaya sebagai pelakon dan pengacara serta pensyarah tahun pertama di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kota Bahru, Kelantan.
“Saya berharap kejayaan saya hari ini boleh memberi motivasi kepada rakan seperjuangan dalam dunia hiburan tanah air dan pelajar di universiti ini.
“Kejayaan saya memberi mesej yang jelas bahawa golongan selebiriti pun sebenarnya mampu berjaya dalam pendidikan dan boleh menjadi contoh dalam masyarakat,” katanya.
“Saya juga gembira kerana ada juga yang menjadikan saya sebagai contoh dan berharap mampu menjadi ikutan dan dorongan kepada golongan muda atau rakan seperjuangan untuk menyambung pengajian di UPSI,” katanya.
Sumber : mstar & Harian Metro
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club