Bila anak kita demam selain selesema biasanya tekak anak-anak kita juga akan tidak selesa. Terasa perit dan tidak berselera untuk menjamah hidangan.
Bagi memulihkan rasa tidak selesa pada tekak, tidak dinafikan ada yang mengambil keputusan untuk menikmati aiskrim bagi memberi rasa sejuk pada tekak. Meskipun akan membuatkan anda berasa lega, namun ada sesuatu yang perlu anda ambil tahu agar apa yang dimakan tidak pula memberi kesan lebih buruk pada masalah tekak yang sakit tadi.
Ini sebagaimana perkongsian daripada seorang ibu dan juga merupakan seorang doktor perubatan yang sering berkongsi berkenaan pengalaman dan ilmunya berkenaan pilihan makanan yang lebih baik, untuk diberikan kepada anak-anak dan keluarga di media sosial.
Menurutnya Dr Mazliana Mazlan, sebaiknya elakkan aiskrim vanila waktu anak sakit tekak. Aiskrim nilah sebenarnya mungkin buat radang tekak tak baik-baik.
Ais Kurangkan Rasa Sakit
Ais. Yang ini memang boleh kurangkan sakit.
Sakit lebam dahi anak sebab jatuh, kita letak ais.
Kaki anak tergeliat main basikal, kita letak ais.
Ais, hanya untuk kurangkan rasa sakit di tekak. Cari ais yang tak dapat tambahkan radang pada tekak anak.
Aiskrim vanila, banyak betul bahan ramuan dia kan. Gula pulak tu yang pertama. Perasa tiruan, pewarna tiruan, pengawet, dan banyak lagi kan.
Sakit tekak ni, biasanya sebab jangkitan bakteria atau virus. Gula makanan bakteria. Kita bagi baja gula, makin lambat anak nak sembuh dari sakit dan radang tekak bila makan aiskrim vanila sebenarnya.
Walau yang buat sendiri kat rumah guna susu segar dan gula organik, tetap ada sumber radang dari susu yang boleh pekatkan kahak. Dan gula walau organik sekalipun, ia tetap gula, tetap pemanis yang kita perlu kurangkan dari anak bila tak sihat.
Sebenarnya kan, dulu saya pun pernah bagitahu pesakit cilik untuk makan aiskrim vanila sebab nak kurangkan sakit tekak. Belum dapat kesedaran tentang makanan proses lagi waktu tu.
Sekarang, baru tahu semua ni.
Boleh je kita nak bagi makan aiskrim waktu anak tak sihat. Bagi aiskrim dari buah.
Blend sendiri buah semata-mata, gula pun tak payah letak. Cari buah yang manis, kalau tawar sangat tambah madu sikit. Inilah baru namanya aiskrim sihat yang walau anak sakit pun masih boleh makan. Gitu.
Kita yang pilih apa anak boleh makan dan tak boleh makan kan. Kita cuba sama-sama ya.
SUmber : Mazliana Mazlan
ARTIKEL MENARIK :“Subhanallah Suara Yang Hari-hari Dengar Di Tv..”-Inilah Pemilik Suara Bacaan Doa Azan!
Baca Ini Juga :“Bagus Didikan Suaminya..”- Minah Salleh Lebih Melayu, Tabah Diuji Suami Stroke!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI