Keibubapaan

Rupanya Anak Dah Tujuh Bulan, Fatin Afeefa Kongsi Wajah Buah Hati Ketiga!

Share

Pelakon Fatin Afeefa kini tampil berkongsi wajah anak pertamanya bersama suami, pempengaruh Aliff Awang yang rupanya sudah tujuh bulan melahirkan cahaya mata pertamanya bersama suami.

Ia disahkan oleh Alif yang mesra disapa Opai dalam Instagram miliknya yang kelihatan bersama seorang bayi berserta kapsyen memaklumkan perasaan bergelar bapa.

Entri terbaru pelakon berbakat ini dalam satu majlis aqiqah yang diadakan membuatkan ramai yang teruja.

Mana tidaknya, majlis aqiqah yang dihias indah dan cantik bertemakan warna biru itu bagi meraikan kesayangan mereka, Muhammad Jibril yang kini sudah pun berusia tujuh bulan.

“Kehidupan yang cantik sebagai seorang bapa. Agak sibuk sejak kebelakangan ini untuk menghabiskan masa bersama anak yang cantik, bijak dan bersemangat.

“Ke arah kehidupan yang baharu,” katanya.

 

Melalui satu perkongsian video, Fatin yang turut berada di sisi suami turut memangku buah hati tersayangnya.

“Esok (hari ini) akikah anak kami dan hanya bawah 10 orang sahaja yang tahu sebab kami mahu jadi ibu bapa yang tenang.

“Ini anak kami berdua yang sudah berusia tujuh bulan. Kenapa baru sekarang nak beritahu mengenai anak?.

“Mak dan dia (Fatin) sudah bising sebab anak sudah besar dan dapat kad pengenalan tidak mungkin tak boleh beritahu,” katanya.

Terdahulu, timbul spekulasi apabila netizen mendakwa Fatin sedang berbadan dua selain terkejut apabila timbul desas-desus mengatakan dia sudah melahirkan cahaya mata.

Fatin dan Opai berkahwin pada Disember 2022. Menerusi perkahwinan sebelum ini, Fatin mempunyai dua orang anak, Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia.

Menarik: MK K Clique Kongsi Nama Puteri Sulung, Makna Pun Elok!

Murahnya Hati MUA Bellaz Belanja 500 Rider Petrol Percuma!

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my