Anak anak yang buat perangai tu, kadang kadang bukan sebab mereka nakal.
Tetapi, itu boleh jadi attention seeking behavior.
Mereka buat, sebab nak nak dapatkan perhatian dari orang sekeliling.
Nak tahu contoh attention seeking behavior?
☑️ Selalu menjadikan diri mereka mangsa. Contohnya dia rebut barang adik, tetapi bila tak dapat dia menangis sebab katanya adik yang buat
☑️Berlebih lebihan mengadu sakit.
Contohnya anak anda jatuh sikit sahaja, tetapi dia punya menangis meraung tu macam patah kaki!
☑️ Merengek rengek bila ibu dan ayah mula fokus melakukan kerja
☑️Selalu mencelah perbualan ibu dan ayah
☑️Menunjukkan rasa tidak suka apabila ibu dan ayah mula beri perhatian kepada adik beradik lain
☑️Menangis, merajuk, mengamuk sebab benda yang kecil
☑️Buat benda yang pelik pelik, yang buat ibu dan ayah marah
.
Ads
Anak anak yang selalu menunjukkan masalah attention seeking behavior ini akan membuatkan ibu dan ayah garu kepala.
Mana tak nya, manja terlebih lebih, mengada ngada terlebih lebih😆
Akhirnya ibu dan ayah akan penat dan mula lah rasa perasaan geram dan marah.
.
Tapi, anda perlu ingat.
Anak anak ini, bila kita marah lagi mereka akan tunjukkan attention seeking behavior.
Jadi, solusinya begini
☑️ Selalu mengucapkan kata kata sayang
Anak anak ini kadang kadang mereka rasa tak selamat.
Rasa seolah olah macam jauh je ibu dan ayah.
Terutama bila ada adik baru.
Lagi lah mereka terasa.
Ads
Jadi, untuk membantu anak anak, anda perlu sentiasa ingatkan anak anak bahawa anda sayang mereka.
Buat secara spontan pun tak apa.
Sambil lalu pergi dapur, tengok anak sedang main.
Cakaplah
“Kakak, ibu sayang awak tau…Sayang sangat sangat”
Ucapkan 100x sehari pun tak apa.
Biar anak tu sedar bahawa kasih sayang anda tak berubah pun
Tak perlu rasa takut.
☑️Special time
Ads
Lepas ucap kata kata sayang tu, kena buktikan pula dengan perbuatan.
Tak cukup kata kata sahaja.
Kalau ikut 1 kajian.
Ibu ayah spend masa yang berkualiti betul betul dengan anak hanyalah sekadar 7 minit sehari.
Maknanya selain dari tu sekadar hai hai, bye bye jela.
Peruntukkkan at least 1 jam sehari, masa yang betul betul berkualiti dengan anak.
Masa yang kita betul betul pandang mata anak
Masa yang kita betul betul peluk cium anak
Masa yang betul betul kita dengar cerita anak
Masa yang betul betul kita fokus dengan anak
Masa yang kita peruntukkan itu akan membuatkan anak anak percaya bahawa ibu dan ayah itu sebenarnya ada, dekat dan selalu beri perhatian kepada mereka.
Jadi, mereka tidak perlu bersusah payah buat perangai untuk menjadi pusat perhatian ibu dan ayah.
☑️ Beri lebih perhatian kepada perkara yang baik yang anak buat.
Ada sesetengah ibu bapa terbalik, dia akan beri perhatian kepada perkara negatif sahaja.
Bila anak buat baik, dia tak peduli sebab ibu dan ayah rasa anak dah baik, nak komen lebih kebih buat apa.
Itulah yang akhirnya buatkan anak mencari perhatian dengan cara yang negative.
Bila ditanya bagaimana trik yang anda gunakan untuk memastikan anak-anak dapat menunaikan ibadah solat dengan sendirinya tanpa disuruh-suruh, tentu setiap antara kita ada caranya yang tersendiri.
Namun diakui juga, terkadang usaha itu berjaya dan tidak kurang juga tidak terkesan di hati anak-anak. Maklumlah budak-budak, fikirannya belum matang.
Jadi di sini dikongsikan kaedah boleh digunakan sepertimana yang dipraktikkan oleh Ustazah Isfadiah. Menariknya trik ini, beliau menggunakan kaedah kiraan kalkulator.
Bagaimana dan apa hujjahnya, jom kita sama-sama hadam dan bolehlah dipraktikkan.
Solat dan kalkulator.
Tetiba saya teringat pengalaman sewaktu nak biasakan anak saya untuk solat, di usianya tujuh tahun. Waktu itu sebagaimana biasa saya mengajaknya untuk solat zuhur.
Dia bangun dalam keadaan merungut-rungut sambil berkata “Asyik solat, solat, solat!”.
Saya tersenyum dan dalam kepala teringat kakaknya juga dulu pernah tawar menawar solat asar nak buat 2 rakaat sahaja.
Saya tanyakan dia apa perasaannya jika saya umminya ucapkan terimakasih bila dia buat benda baik, dia jawab “I am happy!”. Saya tanya lagi “tau tak berapa banyak nikmat Allah kita ambil secara free?” Segera dia jawab “banyak”, saya tanya lagi pernah tak dia kira berapa banyak oksigen dia hirup? Dia geleng kepala. Saya minta dia ambil kalkulator, “jom kita kira berapa banyak kita ambil oksigen Allah sehari!” Nampak dia sangat excited.
“Okey picit 24 (jam) darab 60 (minit) berapa jawapannya? Dia jawab “1440”. Saya kata “setiap hari ada 1440 minit!”, “Sekarang darabkan minit dengan saat, 1440 x 60 ada berapa?” Saya tanya lagi. Anak lelaki saya kemudian tunjukkan saya kalkulator yang tertera di skrin nya nombor 86 400. Tak tahu sebut lah tu! “Banyak tak?” Saya tanya lagi dan Dia angguk.
Kemudian saya jelaskan padanya, kalau setiap saat kita ambik oksigen Allah begitulah jumlah banyaknya oksigen yang kita sedut 86 400! kita ambil dengan free tau! Tak payah bayar! Kita hanya perlu ucap terimakasih sahaja pada Allah. Dan cara terimakasih yang paling Allah suka adalah dengan solat, itu belum kira nikmat penglihatan, pendengaran, degup jantung, boleh jalan, kerdip mata. “Isyk banyaknya nikmat tu, dan kita hanya perlu balas 5 waktu solat!!! Macam tak padan kan? Dia terdiam.
Kemudian saya kata lagi “so now! What should we do?” Dengan segera dia jawab “Solat! Lantas dia bingkas bangun dan panggil paksa adiknya untuk turut sama solat! Semenjak itu dia segera solat.
(Jangan risau tempoh suka segera solat ni bertahan hanya seminggu je!) Lepas tu kena cari idea lain la pulak…
Mari kita ajak anak kita mengira nikmat Allah, sungguh tak akan terhitung bilangannya apatah lagi nilainya! dan berterimakasihlah dengan balasan ketaatan kita pada Allah. So Manfaatkanlah kalkulator di rumah.
Masa kini, kebanyakan wanita memilih untuk bekerja berbanding wanita masa lalu yang kebanyakannya merupakan suri rumah. Bila dah bekerjaya ni, bukan mudah untuk membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga.
Bagi pelakon popular, Fasha Sandha, walaupun sering sibuk dengan kerjayanya, namun dia tetap tidak pandang enteng tugasnya sebagai ibu dan isteri.
Melalui perkongsian terbarunya di laman Instagram, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan mengakui dia seorang ibu yang tegas. Tetapi, dalam tegasnya, dia tetap manjakan anak-anaknya setiap hari dan tidak lupa untuk ungkapkan kata ‘i love you’ pada mereka.
“Melayani anak2 yang bermacam2 ragam. Saya seorang ibu yang tegas. Tapi saya manjakan ketiga2 anak saya setiap hari dan takkan lupa dengan ayat i love you pada setiap anak lebih dari 3 kali setiap hari, tapiiii, kalau salah tetap akan kena juga….
“Siapa macam sy? Kita gang ok.” tulisnya.
Perkongsian yang berbentuk video tersebut menunjukkan momen Fasha bermanja dengan anak-anaknya yang sedang memeluk dan berciuman.
Meninjau di ruangan komen, pengikut Fasha juga bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh Fasha bahawa dalam bermanja dengan anak-anak, perlu juga selit tegasnya supaya anak tahu apa yang betul dan apa yang salah.
Dapat duit raya, gadis beli emas sejak Sekolah Menengah. Sudah menjadi kelaziman anak muda hari ini menggunakan wang simpanan mereka untuk membeli gajet terbaru atau barangan fesyen yang sedang menjadi ikutan.