Rupanya Air Kotak Pelbagai Perisa Boleh Lemahkan Usus, Jaga-jaga Kalau Anak Suka Minum!

Share

Kebanyakan antara kita tahu bahawa minuman bersoda tidak bagus untuk kesihatan dan seboleh mungkin ibu ayah akan larang anak-anak daripada kerap menikmati air bergas dalam pengambilan harian.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

 

Pun begitu mungkin ada juga antara ibu ayah yang tidak tahu bahawa bukan sahaja air jenis berkarbonat yang perlu dikawal pengambilannya malah air minuman kotak pelbagai perisa juga wajar dielakkan daripada diminum oleh anak-anak.

Ini memandangkan air minuman tersebut sebenarnya boleh melemahkan usus anak-anak anda, ini sebagaimana fakta yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan di akaun facebooknya.

Air kotak lemahkan usus anak.

Ini bukan minuman harian anak-anak kita. Air kotak berperisa, tinggi kandungan gula.

Elakkan beri anak-anak kita minum setiap hari air kotak berperisa macam ni tau. Walau kita nampak remeh, ala air kotak je pun, jus buah jugak kot.

Tengoklah gula dia banyak mana, sampai berapa jenis pulak tu. Belum masuk pewarna tiruan, perasa tiruan, pengawet dan aditif yang berlebihan.

Gula.

Sucralose.

Sucralose ni pemanis tiruan. Pemanis yang hanya letak sedikit je pun, dah cukup untuk beri rasa manis.

Sucralose, banyak ada dalam air kotak.

Sucralose, boleh kacau bilaukan keseimbangan bakteria di usus anak-anak.

Bakteria baik di usus, sangat penting untuk anak-anak. Banyak penyakit berpunca dari usus yang tak seimbang kan.

Sucralose, akan kurangkan bakteria baik di usus, akan lemahkan kesihatan usus anak-anak.

Imuniti tubuh anak boleh rendah, kalau hari-hari minum air kotak macam ni.

Elakkan jugak, sediakan di taska atau sekolah anak-anak ya. Tempat anak kita belajar, sepatutnya anak-anak pun kena belajar tentang makanan yang baik untuk usus, yang boleh sihatkan tubuh badan mereka.

Kita cuba sama-sama ya, insyaAllah.

Sumber : Mazliana Mazlan

 

ARTIKEL MENARIK : Rupanya Kena ‘Unlinked’ Akaun Tabung Haji Dengan Mybank2U, Elak Duit Hilang Angkara Scammer!

Baca Ini Juga :Main Kon Tersangkut Di Kepala, Anak Darjah 4 Terpaksa Tahan Sakit 30 Minit!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club