Kebanyakan antara kita tahu bahawa minuman bersoda tidak bagus untuk kesihatan dan seboleh mungkin ibu ayah akan larang anak-anak daripada kerap menikmati air bergas dalam pengambilan harian.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Pun begitu mungkin ada juga antara ibu ayah yang tidak tahu bahawa bukan sahaja air jenis berkarbonat yang perlu dikawal pengambilannya malah air minuman kotak pelbagai perisa juga wajar dielakkan daripada diminum oleh anak-anak.
Ini memandangkan air minuman tersebut sebenarnya boleh melemahkan usus anak-anak anda, ini sebagaimana fakta yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan di akaun facebooknya.
Air kotak lemahkan usus anak.
Ini bukan minuman harian anak-anak kita. Air kotak berperisa, tinggi kandungan gula.
Elakkan beri anak-anak kita minum setiap hari air kotak berperisa macam ni tau. Walau kita nampak remeh, ala air kotak je pun, jus buah jugak kot.
Tengoklah gula dia banyak mana, sampai berapa jenis pulak tu. Belum masuk pewarna tiruan, perasa tiruan, pengawet dan aditif yang berlebihan.
Ads
Gula.
Sucralose.
Sucralose ni pemanis tiruan. Pemanis yang hanya letak sedikit je pun, dah cukup untuk beri rasa manis.
Sucralose, banyak ada dalam air kotak.
Ads
Sucralose, boleh kacau bilaukan keseimbangan bakteria di usus anak-anak.
Bakteria baik di usus, sangat penting untuk anak-anak. Banyak penyakit berpunca dari usus yang tak seimbang kan.
Sucralose, akan kurangkan bakteria baik di usus, akan lemahkan kesihatan usus anak-anak.
Imuniti tubuh anak boleh rendah, kalau hari-hari minum air kotak macam ni.
Elakkan jugak, sediakan di taska atau sekolah anak-anak ya. Tempat anak kita belajar, sepatutnya anak-anak pun kena belajar tentang makanan yang baik untuk usus, yang boleh sihatkan tubuh badan mereka.
Kita biasa dengar kerabu mangga, biasa orang buat lauk makan bersama nasi. Tapi kali ini kita buat satu kelainan sikit, kita buat Kerabu epal hijau. Rasa dia memang segar, dan lebih sedap dari mangga bagi pendapat saya.
Mungkin ramai yang dah tau resepi dia, tapi kita share juga sebab senang dan sedap. Tak perlu masak atas kuali pun. Potong dan gaul saja
BAHAN-BAHAN
■Cili merah+cili padi
■1 Biji Bawang besar(hiris halus)
■3 biji epal hijau (hiris halus)
■1 biji bawang besar(hiris halus)
■1 sudu kecil garam (agak² la)
■2 sudu gula
■Secubit belacan
■1 sudu maggi cukup rasa
Satukan semua bahan gaul sebati
Kemudian boleh ratah begitu saja pun sedap. Hati-hati, kalau buat lauk ni memang buat ajen tambah nasi tau. Memang selera betul makan ada masam-masam ni. Selamat mencuba!
Kredit : Azura Tahir
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menyentuh tentang MC atau surat sakit untuk anak-anak, jangan tidak percaya ada sahaja kisah disebaliknya. Dan hal ini dikongsikan panjang lebar oleh doktor ini.
Ada macam-macam kes dan alasan yang tersendiri. Sama-sama kita ambil pengajarannya agar dalam hal mc ini juga dalam tidak sedar kita sebagai ibu ayah sedang mendidik dan membentuk pemikiran generasi akan datang.
Jom baca perkongsian penuh doktor ini.
Sebelum saya mula, saya nak mohon maaf dahulu kepada pihak yang saya nak tegur, iaitu ibubapa pelajar, dan pihak sekolah. Tiada niat selain mahukan yang terbaik untuk pada pelajar.
Beberapa tahun kebelakangan ini, saya lihat pihak sekolah semakin tegas dalam memastikan para pelajar hadir ke sekolah. Itu perkara yang saya harus puji. Kita perlukan ketegasan untuk mendidik.
Saya dikhabarkan oleh kebanyakan ibu bapa pelajar, bahawa pihak sekolah akan pohon penjelasan daripada ibubapa pelajar sekiranya anak mereka tidak hadir ke sekolah.
Jika sakit, perlu beri bukti cuti sakit daripada doktor. Jika ada urusan keluarga seperti kematian, kelahiran, atau keuzuran ahli keluarga, ibubapa perlu kemukakan surat rasmi sebagai dokumentasi.
Saya sebagai doktor, ada perkara saya perlu beritahu. Jujur saya katakan, ramai ibubapa bawa anak datang ke klinik dan paksa doktor beri cuti sakit pada anak, sedangkan anak tu tak sakit.
Pelajar itu tak hadir ke sekolah kerana ikut keluarga bercuti, ada kerana tak sempat pulang dari kampung kerana jalan raya sesak, ada kerana kenderaan rosak, ada juga kerana kerja sekolah tak siap.
Saya enggan beri cuti sakit, tetapi ibubapa seboleh-boleh merayu, memujuk, memaksa, malah yang sampai mengugut saya, demi untuk dapatkan juga cuti sakit anaknya tak sakit itu.
Lebih sukar bagi saya jika ibubapa itu meminta sijil cuti sakit untuk anaknya, dengan tarikh yang lebih awal daripada hari mereka ke klinik. Kadang-kadang tarikh dua hari awal.
Kenapa saya sibuk nak ketengahkan perkara ini?
Begini. Perilaku ibubapa tadi dilihat oleh si anak. Dia lihat ibubapa dia paksa doktor beri sijil cuti sakit, tawar duit untuk sijil cuti sakit, cuba tipu tarikh pemberian sijil cuti sakit.
Bila pelajar ini dewasa nanti, pastinya sebahagian besar mereka akan rasa amalan ini adalah amalan biasa. Sebahagian besar mereka akan praktikkan juga amalan ni bila mereka dah bekerja kelak.
Andai saya tolak permintaan ibubapa ni, mereka akan kata pihak sekolah yang minta sijil cuti sakit, dan kalau tak dapat kemukakan, markah terkumpul(carry over) pelajar akan di tolak, atau pelajar akan didenda.
Terus terang, saya tak pasti sama ada dakwaan ibubapa itu benar atau tidak, tapi ramai ibubapa yang mengatakan perkara yang sama. Ramai dakwa, tak semestinya ia benar.
Gambar hiasan
Sungguhpun begitu, jika ia benar, saya rasa ia ketegasan yang agak berlebihan. Jika keuzuran ringan, dan pelajar tidak hadir satu hari, pada pendapat saya, cukuplah surat makluman daripada ibubapa.
Ketegasan berlebihan begini, pada hemat saya tidak mendatangkan hasil yang baik. Jika pelajar tak ke sekolah atas apa-apa sebab, mereka akan minta ibubapa dapatkan cuti sakit.
Akhirnya, ponteng kelas membawa kepada, sikap manipulatif, pemalsuan keuzuran dan sijil cuti sakit, dan inokulasi perilaku-perilaku negatif lain seperti telah dinyatakan awal tadi.
Kita(semua pihak, termasuk saya, ibubapa, dan pihak sekolah) perlu sama-sama perlu faham bahawa pelajar tidak ke sekolah bukan hanya atas faktor kesihatan semata-mata.
Jika tidak hadir ke sekolah bukan atas faktor kesihatan, ibubapa tak perlu kemukan sijil cuti sakit. Tulis saja surat penjelasan kepada sekolah. Kalau cuti yang dirancang, hantar permohonan cuti awal-awal.
Saya percaya, jika alasan dan tempoh cuti dalam permohonan itu munasabah, maka pihak sekolah tidak akan mengambil apa-apa tindakan disiplin terhadap pelajar berkenaan.
Di alam pekerjaan nanti, ini juga prosedurnya. Pupuklah amalan ini dari bangku persekolahan lagi. Cadangan saya, lagi elok jika surat mohon cuti itu ditulis oleh pelajar, dan disahkan oleh ibubapa.
Jika memang pelajar tak hadir ke sekolah tanpa sebab yang kukuh, maka ibubapa tak perlu cuba melindungi kesalahan itu. Ajarlah mereka bertanggungjawab atas perbuatan mereka sendiri.
Sebelum tamatkan omelan ini, saya mohon maaf sekali lagi daripada pihak-pihak yang terlibat andainya ada hal yang ditulis ini tidak tepat. Saya terbuka untuk diperbetulkan.
Tekanan darah (blood pressure – BP) tinggi dikenali sebagai pembunuh senyap kerana simptom-simptomnya jarang dijumpai pada peringkat awal. Oleh yang demikian, satu-satunya cara untuk mengetahui sama ada ahli keluarga kita menghidap tekanan darah tinggi atau tidak adalah dengan mengukur tekanan darah menggunakan alatan khusus yang boleh dibeli di farmasi atau pun pergi ke klinik untuk buat pemeriksaan kesihatan.
Menyentuh tentang rawatan atau kaedah untuk mengawal tekanan darah, selain dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan sentiasa mengambil ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor, anda juga boleh usahakan seperti yang dipraktikkan oleh wanita ini dalam mengawal masalah darah tingginya. Terbukti menurutnya, bacaan darah dapat dikawal dengan baik.
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Stabilkan Bacaan Tekanan Darah
Darah Tinggi Kena kawal pemakanan jangan bergantung pada petua sahaja supaya stabil selalu. Dah 3 bulan saya diet dan kekalkan bacaan darah seperti ini 70-80/125
Cara nak bagi darah cantik bergantung pada pemakanan harian kita. Saya cuma makan ikan, ayam dan daging sebulan sekali saja.
Banyakkan minum sayur dan jus. Makan nasi beras BROWN RICE sahaja. Setiap hari minum jus timun dan epal hijau.
Jus cincau minum hanya bila bacaan tekanan darah tinggi saja. Bila dah normal
Cepat cepat berhenti minum cincau sebab takut merudum turun ‘ bahaya’. Jadi untuk kebaikkan dan keselamatan kena ada BLOOD PRESSURE MONITOR dirumah…beli satu
Cincau tak boleh makan untuk jangka masa yang lama dan ada sukatannya. Saya minum jus cincau 8 hari saja kemudian terus stop bila darah dah normal. Sekali minum 200gram cincau. 2 kali sehari.
Jika darah anda tidak terlalu tinggi cukup sehari sekali saja – 250gram
Cincau hendaklah dikisar campur air 1 gelas supaya cepat berkesan ( jangan tambah apa apa terutama GULA) dan cincau mestilah guna cincau TANPA GULA dan PERASA sahaja.
Untuk maintainkannya bergantung kepada pengambilan makanan harian kita dan minum jus TIMUN 1 biji setiap hari. Untuk lebih baik campur epal hijau sebiji.
Jangan makan macam macam..kena kawal pemakanan…langkah paling baik untuk kesihatan yang baik.
Kalau nak buat cincau sendiri paling mudah pergi beli daun cincau kering di
Kedai sinsei cina’…tanya dia cara cara nak buat atau masak. Dalam google pun banyak resepi buat cincau. Cincau dibuat dari daun. Ada pokoknya. Beli pokok dalam shopee lazada pun ada dijual. Tanam nanti boleh buat cincau sendiri dan boleh jual pada jiran jiran.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.